Sunday, June 29, 2014

She Is Coming Soon

Assalamualaikum...
Bersiaran langsung dari wad bersalin PPUKM. Woot woot. Dah nak melahirkan sang puteri!!! Baru je melalui minggu ke -34 dan saya berkemungkinan melahirkan bayi pra-matang sebagaimana yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Tapi setakat ni hanya ada tanda air ketuban yang melimpah je. Babx pun tak besar. Tengok tang perut mak dia juga. Doc baru masukkan ubat untuk bukakan jalan or induce. Harap terbuka la jalannya. Doakan yang terbaik untuk saya dan baby.


Thursday, June 26, 2014

Ramadhan Bakal Tiba


Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Andai panjang umur kita hingga hujung minggu nanti. Kita akan dipertemukan kembali dengan penghulu segala bulan >>> Ramadhan Al-Mubarak <<< Bulan yang seharusnya dipenuhi dengan rasa keinsafan dalam diri kita. Bulan yang diisi dengan ilmu dan amal ibadah kita. Jangan asik pikir apa yang nak dibelanjakan sempena Ramadhan ini. Amboiii… Siap pikir nak pakai apa Syawal nanti. Baru je nak melalui sahur yang pertama.Puasa pun belum lagi.


Bagi saya, sebagai seorang ibu dan juga isteri, sedikit sebanyak agak sibuk juga. Dengan anak teruna yang dah pun mula puasa beberapa hari lepas. Persediaan untuk dia harus diutamakan. Mana la budak tu paham pasal keinsafan. Yang dia tau, bulan Ramadhan kene puasa. Cukup sebulan kena sambut Hari Raya. Sama la macam kita kecik2 dulu. Puasa tetap puasa. Kalau tak puasa nanti abah marah. Kita tak pikir Allah marah. Sebab tu dalam puasa kita waktu itu, sanggup masuk bilik mandi minum air dalam kolah. Tak kira dah masa tu air bersih ke tidak, air masak ke tidak. Yang penting dahaga kita hilang. Jap lagi nak sambung main kat padang pulak. Berlagak dengan kengkawan, aku puasa pun steady lagi nii oiii..

Cedok gambar kat Google. Empunya gambar, kalau tak boleh kasi bagitau ye.

Kalau terkantoi tak puasa pula.
Mak masak sedap2. Abah beli kuih macam2. Yang tak tahan kalau ada lauk ayam. Aduiii… Ada pulak peha ayam. Fuhhh… Tak boleh tahan… Tapi sebab tak puasa. Tak boleh makan sama2 dengan mak abah. Kene duduk jauh2. Kene pulak ada adik beradik yang dok menunjuk ke kita betapa sedapnya makanan itu. Ditambah pulak suara abah yang cakap abiskan lauk ayam tu. Orang tak puasa tak boleh makan ayam. Ehh..ehh… mak pun sama naik perli2 kita yang terkantoi tak puasa. Huwaaa… Nyesal aku tak puasa. Macamana la boleh kantoi tadi. Malam tu terus pasang niat. Esok aku nak puasa. Siap bangun sahur. Masa sahur tu juga minta kat mak berbuka nanti nak makan apa. Buat muka kesian minta peha ayam macam berbuka semalam. Maklumlah. Malam tadi tak dapat pun peha ayam tu sebab  adik beradik kongkang ayam2 tu sampai licin. Ciisss-cake toll…

Ayam goreng!!! (baca nada suara Upin Ipin tau)

Kalau bab bersahur. Saya malas juga nak bangun sahur. Masa malas tu kepala dok pikir macam2. Sayangnyer nak tinggal bantal. Kena pulak tengah sejuk2. Tapi mana boleh. Abang Kimi nak bersahur. Encik suami pulak bukan jenis bangun sahur. Saya?? Kalau saya pulak akan bersahur kalau hari tersebut saya keje pagi. Pas sahur tak tido. Terus gi keje. Agak segar juga. Kalau dulu2. Mana2 makanan yang waktu berbuka tu tak habis, yang itu lah saya makan. Sangatlah saya berusaha untuk mengelak pembaziran. Haaa… Ni nak bagitau ye. Ada kerajinan pula di situ, tahap rajin yang mana saya akan panaskan makanan itu. Wahhh… Ye laa Puan Aida!!! Rajinnya puan panaskan makanan itu. Rajinnya... Rajinnya!!! Hurmmm… Now you know ehh..


Tahun ni. Nak up kan sikit tahap kerajinan itu. Dulu masa arwah mak ada. Kalau kene time dia rajin (perangai saya ni rupanya ngikut mak). Dia akan masak masa bersahur. Itu pun dia cerita, dia terjaga dengar orang sebelah tengah masak. Dia pun terbangun dan terajin pulak nak masak. Dan lauk yang dia masak masa tu, Antara most wanted sahur dish. Sardin dengan telor dadar. Perghhh!!! Saya akan makan 2 pinggan nasi pada pukul 0430am tika itu. Giler sedap.

Google kan aje gambar sardin dengan telor ini.

Dan menjadi rutin bagi saya kalau bangun sahur. Saya kene basuh pinggan lepas makan. Ini kerana perangai nak ponteng puasa masih ada dalam diri. Nanti pukul 1000am saya masuk dapur, ternampak pulak left-over sardine sahur tadi. Mula la rasa lapor manjang. Tengok sisa sambal tu pun jadi terliur. Naharoomm punya perangaii.

Saya tak nak komen apa2. Tapi saya nak tanya. Betul ke sebotol pencuci Joy ini boleh basuh pinggan dari malaysia ke Singapura???!!! (trending komen zaman sekarang)

Hingga sini sahaja catatan blog saya. Sama2 la kita berdoa pada pagi Jumaat yang mulia ini. Agar kita sempat menyambut bulan Ramadhan tahun ini dan penuhi bulan itu dengan amal ibadah. Bulan yang dapat kita tingkatkan pahala kita. Saya pun nak tanam niat. Andai tak dapat hadir ke surau untuk Solat Sunat Terawikh, dapat baca Al-Quran satu malam satu surah pun Alhamdulillah. Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Jom kita upgrade buku amalan kita yang sebelah kanan bahu kita. 



Akhir kata. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. In sya Allah. Jumpa lagi di next entri. Salam.

Monday, June 23, 2014

Cerita Weekend Lepas

Salam semua.

Kali ni punya entri berkemungkinan agak panjang. Wahhh... Intro nak bagitau banyak cerita pada entri kali ini. Alahaiii... Perut yang makin sarat ini, malasnya nak keje. Mood memang ke laut habis. Nak berjalan buat keje memang dah tak berdaya sangat2. Minggu ini, usia kandungan saya dah masuk minggu ke-34. Errmmm... Excited nak timang princess ni.

Gadget hospital yang menakutkan

Hujung minggu saya dimulakan dengan temujanji bersama sidia di atas. Kalau setakat scan biasa pada perut saya tak de masalah. Suka sangat tengok baby yang bergerak2 dalam perut masa kena scan. Tapi, tang nak kene jolok batang itu. Alahaiii... Paling saya tak suka. "Kenapa kena pakai batang tu???" Sebab scan biasa tak nampak uri. Scan guna menda tu leh jumpa uri saya. Uri saya masih di bawah. Baby... Tolong mami naikkan uri tu ye sayang...

Jumpa dia ni kat Ikea

Sebab tak nak terlalu asyik belek barang baby. (ari2 bau baju baby yang baru basuh tu). Makanya, set kerusi yang saya beli hampir dua bulan lepas baru kami pasang. Sebab mood nak pasang lepas beli tetiba hilang lepas mak meninggal dunia. Jadi tengah menonton tv, baru nampak set kerusi ni terperosok bawah tangga. Tetiba datang mood rajin nak menghias rumah. Barulah ada tempat duduk extra.

Si Abang yang menyertai sukan sekolah. Kepala dah macam Dedi

Si Abang Kimi pulak menyertai sukan tahunan di sekolah dia. Kalau tengok pemandangan keliling tu, yang ramai2 yang ada di situ adalah parent yang sibuk mengambil gambar anak2 mereka. Makanya, saya pun sama sibuk kat tengah padang tu. Program ni untuk pelajar tahap satu. Lepas habis sukan. masing2 dikehendaki ke kelas masing2 untuk parent mengambil pulak result peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Alhamdulillah. Si Abang berjaya memperoleh tempat ke dua di dalam kelas. Tentang kejohanan sukan, juga tempat kedua. Mami bangga sangat Abang Kimi boleh manage waktu belajar dengan waktu bermain. Sangat seimbang. Good boy!!!.

Tetapi Abang Kimi tak puas hati sebab dapat pingat perak

Hajat hati nak bersenang-lenang kat umah lepas balik dari sekolah. Namun apakan daya. Si Abang Kimi yang merajuk sebab dapat pingat Perak minta dipujuk. Dan digunakan pula result exam yang baru diperolehi itu untuk keluar jenjalan menonton wayang. Aduhaiiii Anakkuuu... Mami dah penat semalam mami kemas umah. Ari ni mami bangun awal nak ke sekolah dan melangut kat tepi padang. Mami nak berehat untuk ari ini. Masih merajuk. Ok. Bagi mami sejam untuk bertapa seketika. Nanti kejutkan mami. Dan dengan itu, mami sambung tido pula.

Filem yang amat diminatinya. Sequal yang ke-2. OK la. Not bad at all.

Ni la hasilnya bila selalu buka Disney Channel. Mesti ada je cartoon movie terbaru diiklankan kat tv. Rasanya tiap bulan kami menonton wayang dan saya hanya menonton cartoon. Nak pilih movie lain. Banyak sangat klasifikasi filemnya.



Jamuan mata Mami...

Dikesempatan yang ada. Mami mula la nak juga meneroka barangan baby. Alahaiii... Sedapnya mata memandang pelbagai barangan yang menarik ni. Ikutkan hati, nak aje saya borong. Tapi sebab waras lagi dan tengah2 bulan saya mampu mengawal nafsu. Dan dikuatkan denagn semangat baby tak perlukan ini semua bila baru lahir. JANGAN BELI!!! Eeewaahhh...

Barangan import dan saya tak nak tau harganya

Ni suggestion dari doctor. Sebab ada infection dalam pundi kencing saya. Ditambah pula ada diabetes. Maka doctor menyarankan saya minum carnberries juice ini. Tak de lah susah nak cari. Sebab entri sebelum ni kan saya katakan saya berkerja di Bukit Bintang. Dan hanya seberang jalan sahaja ada Pavilion dan di dalamnya ada pasaraya yang khusus untuk orang putih. Semua barang dari negara mereka ada di Mercanto. Dan encik suami yang menyayangi isterinya, mencari juice yang dimaksudkan di situ. Rasanya sedap, tapi agak manis. Kenapa saya yang tak berapa tahan rasa manis ni boleh kena diabetes. Doctor cakap mungkin masa pregnent je ni ada diabetes. Owwhhh really??? Aminn...

Masa sekolah dulu2. Cikgu cakap nasi lemak adalah makanan yang seimbang

Yee... Dulu masa saya sekolah tahun 80-an dan 90-an. Nasi lemak adalah makanan yang mempunyai gizi dan zat yang seimbang untuk tubuh badan kita. Kenapa saintis sekarang kata nasi lemak adalah makanan yang tidak sihat. Saya seolah tak boleh terima!!! Saya tak setuju. Saya bangkang!!!. (dah kenapa ko serius sangat) Namun begitu, kerana nasi lemak adalah sajian asli masyarakat Malaysia. mari tutup mata aje dengan fakta tersebut. Dan saya menyediakan nasi lemak ini ketika encik suami nak menonton bola sepak jam 0000hrs (haaa gituu kauu). Lepas dapat nasi lemak. Bola pun tah ke mana.

Keluarga bahagia saya. Muuaahh...

Saya adalah seorang sangat gemar menghadirkan diri ke kenduri kahwin. Kalau dapat undangan. Ada je masa terluang saya akan hadir. mana yang tak dapat hadir tu saya minta maaf banyak2. Tapi kenduri baru2 ini (Sani & Rehan), saya tak sempat nak bergambar dengan pengantin sebab bergegas ke tempat keje. Errr... Dah lama tak keje ari Ahad. 

Dah sampai ke penghujung cerita. Ehhh... Panjang ke tak entri kali ni. Macam tak je. Hehehe... Nasib baik dah kekeringan idea. Jadi tak de lah nak membebel panjang. nanti saya simpan idea yang tak nak keluar ni  untuk entri yang lain pula. Hingga jumpa lagi. XOXO (feeling Istanbul Aku Datang-puii)

Thursday, June 19, 2014

Baju Baby Lagii

Assalam...

Wahhh... Dah masuk 33 minggu la. Waktu matang hamil adalah antara minggu ke-36 paling awal dan paling lewat minggu ke-42. Minggu 42??? Aiyooo... Macam lama sangat ehh. Tapi dari pembacaan blog2 ibu mengandung ni. Kalau 36 minggu tu dah kira boleh la nak beranak tu. Errmmm... Minggu ke-36 ek... Kalau macam tu. Lagi 3 minggu je la yee... Weeee....

Tapi dalam kata doctor suruh get ready untuk bersalin awal sebab Marginal Placenta Previa tu. Saya apa pun tak ready kat dalam kereta. Masa memula dengar je macam menggelabah sangat. Tapi orang suruh kita bertenang semua berbagai. Saya pun buat bertenang. Take easy. Everything gonna be OK. Wooowooo... Over konfiden mak buyung ini.

Sampai la minggu lepas 13 June 2014. Dari malam sebelumnya saya mengalami sakit2 pinggang. Tahap nak bongkok pun tak boleh. Nak baring pun sakit. Apa lagi nak berjalan. Kalau berjalan pun dah macam penguin. Terkengkang semacam. Comel sangat... (tetibaa)

Dalam entri saya sebelum ni saya kata saya punya persediaan pun buat slow2. Beli sikit2. Dan lambat2. (jenis suka buat keje last minit). Dari mak sampai ke anak. Sama je perangai anak beranak ni. Tak dapat pula mewarisi perangai abah saya yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pantang keluar. Nak beli lauk pun sekarang ni mesti pegi Tesco. Sebabnya kat tesco ada jual baju baby. Beli ikan 2-3 ekor, beli sayur campur sikit pastu mesti "terbeli" baju baby dalam 2-3 helai. Kalau dah nama Tesco, bukan tempat baju memahal pun. Kiranya ni beli baju buat basahan la kunun. Selai pun harga dalam RM9.00. Jadilahh... Dan yang penting, pegi dengan si abangnya.

Abang jadi tukang pilih...

Tempat keje saya pulak betul2 di tengah kota. Cheyy... Kat Bukit Bintang je. Dekat je dengan Pavilion (seberang jalan je). Dekat juga dengan Lot 10. Serba serbi tempat shopping dekat la. Kalau dapat balik awal adalah waktu yang paling gembira ketika ini sebab encik suami pulak balik lambat. Saya habis keje kadang2 pukul 4pm. Encik suami pulak pukul 6pm. Jadi dalam masa 2 jam yang nak kene tunggu beliau habis keje, saya akan merayap ke Pavilion. Dan selepas puan isteri asik sangat melangkah melintas jalan ke Pavilion tu. Maka encik suami sedaya upaya juga balik awal demi menghalang kegiatan tidak berapa nak sihat puan isterinya itu. Namun kuasa isteri melebihi segalanya kerana encik suami jarang2 dapat balik awal.

Rembatan yang berjaya dilakukan oleh puan isteri

Ingatkan pemantauan berterusan encik suami berkesan. Sampaikan saya sendiri minta dia pegangkan kad ATM saya. Tapi katanya dia bukanlah suami yang terlalu mengongkong. Yang penting adalah jati diri sendiri. Kuatkan semangat supaya mengawal perbelanjaan. (tapi tak boleh control ler pulak kalau masuk bab baju baby ini). Dan apabila kalah mengawal. Mula la memberikan pelabagai alasan.

Ehhh... Ada 50% discount la Bee!!!

Jadi saya katakan kepada beliau. Ini adalah satu keperluan. Dan menjadi satu kebanggan untuk suami kerana puan isteri bijak berbelanja. Ada discount dan juga tak beli yang mahal2. Manual tau. Nak beli yang elektrik. Masa tu duit tak cukup. Sebab pantang keluar kan. Mesti nak kene membeli satu barang untuk baby. Pam susu pun boleh.

Cuti hujung minggu baru2 ni saya pulang ke kampung untuk majlis tahlil dan sedikit doa selamat lenggang perut. Almaklumlah kami bukan jenis bergambor masa kenduri, nak2 pulak, ni kenduri tahlil untuk arwah mak. Makanya, tak de lah gambar keadaan semasa itu. Namun begitu, majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dan juga Al-Fatihah untuk bonda tercinta.

Cuti agak panjang. Jadi saya pun melakukan kerja pembersihan. Ehhh... Bukan.. Bukan saya. Tapi suami saya. Menyimen halaman depan umah yang sebelum ini sya tanam rumput. Sebab kucing asik berak atas rumput karpet saya maka encik suami dengan rasa tak puas hati sebab hari2 kene kutip najis kucing, dia pun menyimen keseluruhan halaman umah. nanti saya masukkan gambar kat next entri ye. Saya pulak. Duduk menonton telivisyen. Doctor kan tak bagi buat keje berat. Tengah melingkor macam ulor. Rasa tak sedap hati pulak sebab encik suami berpanas di luar tapi isteri buat begitu. Makanya... jeng...jeng...jeng...

Betapa bertuah suami saya dapat isteri macam saya

Ini baru separuh. Mereka kata kene basuh baby dengan cucian tangan. Saya pun ikut. Aduhaiii... Terus saya merasakan ini adalah kerja berat. Doctor tak bagi buat kerja berat!!! Dan saya kene tukar plan untuk cucian batch ke-2 nanti dengan cucian mesin pula. Maafkan mami. Mami tak serajin ibu2 terdahulu. Ehhh... Siap masuk kt FB??? Dan komen mereka. "kenapa ada baju untuk umur setahun tu?". Owh... Itu adalah pilihan mak sedara baby yang belikan untuk pakai masa besday. Hoverr sangat mak sedara dia.

Dan waktu melipat adalah waktu yang amat malas bagi kaum ibu. Bukan saya seorang okey!! Nak pulak, kena lipat baju cinonet ini. Bagi membuang rasa kemalasan itu. Marilah kita melipat sambil meng-wasap teman2 sekolah masa muda remaja dulu. Hasilnya... Lipatan tidak membosankan malah kita akan berasa sangat gembira melipat baju2 kecil. Apatah lagi jika hasil lipatan di capture dengan Camera 360!!!

Lihat almari anak dara ini... Belum penuh lagi sebab ada lagi 1 trip yang nak kena basuh!!

Rasa panjang sungguh entri kali ini. Dah tak tau pulak macamana nak buat ayat penutup. Kita stop sini dulu ehh. Nanti la kalau rajin saya update lagi belog sepi ini.

Assalamualaikum...

Wednesday, June 11, 2014

Terima Dugaan Ini

Salam.

Kehamilan saya dah masuk minggu ke-32. Saya dapat berita yang agak kurang menyenangkan. Saya tak tau apa pun berkenaan ini. Tapi dari riak muka doktor dan nurse ketika itu. Is it serius doc. Saya disahkan mengalami marginal placenta previa atau pun uri di bawah. Bermacam nasihat doktor ketika itu.

  1. Tak boleh buat kerja berat
  2. Tak boleh bersama suami.
Owhhh. Saya tak tau tahap serius yang macam manakah. Still buat muka blur. Ditambah pula berita kedudukan baby yang dah ke bawah (bukan kah itu berita baik). Bila doktor scan. katanya...

Baby dah kat bawah. Uri you pun sama. So jangan buat kerja berat. Kalau you bleeding even setitik pun you kena masuk wad. Balik ni you kena sediakan semua barang2 keperluan untuk masuk wad bersalin dan simpan dalam kereta. kalau you bleeding or ada keluar air ketuban. Kemungkinan you akan lahirkan pre-mature baby.

Allahuakbar!!! OK... Now saya tau this is serius. Apa lagi yang boleh saya katakan. Saya hanya menerima ketentuan dari Illahi dengan hati yang terbuka. Nurse yang agak berusia tu beri nasihat. 

Jangan henti berdoa agar semua dipermudahkan. Jangan terlalu memikirkan semua ni. Nanti sembang2 lah dengan baby suruh dia tolong mami. Jangan tingalkan solat. In sya Allah. Masa kita sujud 5 waktu ada pergerakan kat uri tu.

Baiklah akak nurse. Saya akur. Saya pasrah. namun saya masih bertabah. Saya tak nangis. Mungkin kehilangan mak tercinta adalah dugaan yang lebih berat dari berita ini. Saya redha mendengar berita ini. Kalau doktor cakap nak kene caeser pun. Mungkin itu yang terbaik. Asalkan baby selamat. mami pun selamat.



Malam2 saya tak boleh tido. kadang2 perut rasa mengeras semacam. Sampai sesak dada dibuatnya. Saya banyak refer pada pengalaman ibu2 kat blog2 ni. Jadi saya ikut mana yang saya rasa sesuai. Bercakap dengan baby. Harap2 menjadilah.


Sunday, June 1, 2014

Keterujaan

Salam,

Masih banyak lagi persediaan menimang cahayamata baru belum selesai. Bila dilihat pada senarai barang, aduhhh... Banyaknya. Tu tak masuk lagi barang2 yang perlu ada lepas bersalin nanti. Beli sikit2 dan last2 minit ni. Menggelabah juga jadinya. Tapi kalau kita terlalu ekcited pun, orang tua kata tak bagus juga. Jadi kita buat slow and steady. EEhhh... Ni terlebih slow rasanya.

Setakat baju lengan panjang ke, baju butang kat depan ke, jumper jumpsuit dengan romper ni rasanya dan ada. Cuma kuantiti tak berapa banyak. Hati saya lebih ke arah gaun dan dress. Pun tak boleh beli juga sebab bukan boleh pakai pun. Sampai terpikir nak pakai masa majlis cukur jambul nanti. Hoverr sangat mami kamu ni dikk..

Omey angat!!!

Semalam (31 May 14), berkesempatan meneroka jualan pertengahan tahun kat Sogo. Syurga idaman ibu2 Kolumpor untuk bershopping. Nak kata murah sangat, maybe adalah juga certain thing yang murah. Yang lain sama je. Tapi, saya siap jadi ahli Sogo. Nak diskaun punya pasal la katakan. Maklumlah, mana2 shopping complex bila buat jualan je mesti keutamaan untuk ahli. Dengan keadaan saya duduk kat Kajang ni. Kalau sanggup pegi Sogo semata2 nak shopping tu. Memang suami ahkak akan tabik spring kot.

Memandangkan saya ni bukan jenis nak amek2 gambor barang yang dibeli. Maka saya googlekan aje. Mujur ada dalam google. Saya ke Sogo berseorangan kemudian adik bongsu pula datang nak joint. Saya just beli few thing macam baju lubang2, baju singlet dan baju lengan panjang untuk tambah2 mana yang tak cukup. Jadi adik saya membelanjakan baby dalam perut ni dress untuk majlis cukur jambul. Hahah. Makcik dia pun sama hover dengan mami.


Nil ler baju yang Acu belikan. Sampai kat umah saya tetap membelek dress ni. Teruja sangat nak pakaikan kat baby. Tapi... Sabar mak cikkkk.. In sya Allah, akan sampai masanya nanti. Selain dari baju untuk si baby yang belum keluar ni. Acu tak lupa juga pada dua orang ank teruna yang nak beraya. Baby keluar lepas raya tapi baby yang dapat dulu.


Acu keje kat HP Tower Damansara. Katanya jarang dapat keluar bershopping ni.. Sekali dapat keluar, dan keluar pulak dengan penasihat utama yakni saya la tu, haaaa... Mendapat ler.

Tak semestinya jadi ahli kelab Sogo, semua benda nak kene beli kat Sogo. Saya sedang meninjau2 besen mandikan baby. Sebab stroller dan katil baby boleh beli lepas pantang. Bajet yang dah ada ni kita beli barang lain. Jadi, sebagai ahli ahli Tesco juga, saya cadang nak beli besen mandikan baby kat situ. Sebab harga kat Tesco lebih murah dari JJ dan Sogo. Ikutkan beli je besen biasa kat kedai barangan plastik. tapi kesian baby ahkakk...


Saya nak kan tempat yang baby boleh baring tu. Senang keje nanti tak perlu nak pegang lama2. Set mandian baby pula saya gunakan Anakku. Saya suka kan bau nya lembut tu. Dan arwah mak pun suka pakai bedak Anakku sebab halus sangat katanya.


Yang ini pun penting juga tapi masih belum beli. Encik suami tanya kenapa tak beli? Saya jawab. Yang ni kena bali sama2. Boleh la dia yang membayornya. Amboi niat!!! hihi

Selalu dihidangkan dalam filem2. Bila si ayah menukar lampin baby. Memang macam ni ke. Hoverr sangat cik abang kita.

Sekarang kandungan saya dah masuk 31 minggu. Alahaii.. Comey sangat perut ni. Bila orang tengok, orang tanya, orang pegang. Masing2 macam tak percaya. Saya pun sama. Tapi, kecik2 pun. Dia punya aksi dalam ni. Aktif sangat. Pantang doktor scan. Ada je aksi yang dia buat. Yang penting anak mami dalam ni sihat ye sayang.

Babybump at 28 weeks

Si abang pun dah teruja dan tak sabar nak tunggu adik dia keluar. Semua teruja. paling si abang suka bila dia lekap telinga kat perut. Bergoncang2 adik dia. Terkekek2 abang nya ketawa. Moga, segalanya dipermudahkan oleh Allah. Mami, dedi dan abang Kimi tak sabar nak jumpa adik.