Friday, July 25, 2014

My Little Angel

AsSalam

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yang esa, yang memiliki seluruh alam. Tiada kata2 yang dapat diucapkan melainkan rasa syukur atas nikmat yang telah dikurniakan. Anugerah dan amanah yang terindah.

1hb Julai 2014 jam 11.40mlm. Lahirlah puteri kami. Selepas 3 hari menahan sakit oleh kerakusan doktor dan jururawat. Wahhh!!! Ayat tu menunjukkan betapa sakitnyer. 3 hari selepas air ketuban pecah, dipaksa, dijolok, ditekan dan macam2 di lagi. Akhirnya kena operate juga.

Nak pegi dewan bedah. Punya la rasa debor. Awal2 tadi suruh encik suami pegi amek Kimi. Kononnya nak suami dan anak ada di sisi. Tak sampai 10 minit dia pegi. Nurse pun datang ajak ke dewan bedah katanya. Waaaa!!! Aku sensorang. Merayu domba kat nurse. Tunggu suami saya datang dulu boleh tak??. Kabhi nehi katanya.

Tengah2 syok landing sambil dengar nurse bergossip

Tuhan je yang tau, betapa seriaunyer sorang2 kat dewan bedah. Minta pulak dengan doktor nak bius penuh sebab ketakutan yang melampau tu. Doctor pun jawab kabhi nehi jugak!!! Diorg ni dah pakat kot. Apa2 yang pesakit minta jawab lah nehi2. Sementara menunggu giliran untuk masuk ke dewan itu. Mulut saya tak henti2 berselawat, istighfar dan berdoa. Baru lah lega dan tenang rasa hati.

Setelah diepiduralkan. Wahh!!! Sedapnyer. Kaki tak boleh diangkat. Doctor memulakan kerja merobek kulit perut saya. Sampailah doctor cakap dah nampak kepala baby. Dan dengar tangisan dia. Seronoknya. Alhamdulillah.

Seperti yang saya ceritakan dalam entri yang sebelum ini. Baby saya lahir pra-matang atau tak cukup bulan. Beratnya hanya 1.67kg sahaja. Tapi syukur. Dia sihat. Takde lah lama sangat dia berwayar melainkan tiub susu dia agak lama dalam 2 minggu. Mungkin kerana usia dia dalam kandungan hanya 34 minggu sahaja maka naluri hisapannya tak begitu kuat. Dan 19 hari lah kami duduk dia wad NICU itu. Saya pun dah tak macam orang dalam pantang rupanyer. Pegi beli makan, pegi mandi dalam wad tu yang jauh amat. Tido pun kat sofa. Tapi saya tabah dan redha demi puteri yang tercinta.

Mami will do anything for you princess

Insya Allah. Habis berpantang nanti saya akan upload gambar2 baby saya yang lebih jelas ye. Banyak sangat dalil dan pendapat dalam laman sosial ni berkenaan upload gambar baby. Maka saya pun amek langkah untuk tak upload awal2. Baby ikut muka dedi dia la... hehehe

Jumpa lagi di next entri. Salam.