Tuesday, September 30, 2014

Untuk Baby Lagi

Salam.
Bertemu lagi. Wahh!! Kata busy dukung anak. Boleh je update blog?? Haruslah. Anak dipangkuan ni haaa. Update blog sambil susukan dia dan guna handphone Sony Xperia mini. Gituu..

Masa pregnent saya suka sangat membeli barang keperluan baby. Boleh tengok dari post2 sebelum ni. Dah bersalin pun masih membeli. Pendek kata, mami suka sangat la bershopping ni. Shopping barang mami dah tak ada.
 
Mula asalnya nak beli enjut2. Baby suka sangat duduk kat pangku sambil enjut2. Jadi, kami pun mencari la. Kebetulan terjumpa carseat yang boleh enjut2 ni. tak pikir panjang, terus beli.
Namun kusangkakan panas sampai ke petang. Tuan puteri tak nak duduk dalam tu. Lantas, aktiviti enjut2 masih diteruskan di atas lengan.

Malam2 pun tuan puteri tetap nak enjut2. Bangun pagi berikutnya, saya pula merengek kat encik suami kita perlukan satu lagi gadget untuk kesenangan bersama. Jom kita beli buaian untuk baby. Yeah. Ingatkan harganya bawah seratus. Boleh tahan juga harganya. Tak pe. Demi kesenangan kita.
Tuan puteri sangat suka. Kami pun suka

Yee. Tuan puteri sangat suka. Suka sangat sampai dia minta enjut buaian tu tanpa henti. Asal behenti je dia akan merengek. Bila behenti dia diam. Asalnya saya sangka mungkin perut dia tak selesa. Buat macam2 rupanya dia nak tido dan mahu buaian dienjut. Dan mami tak boleh tido juga sebab nak enjut buainya.
Sekali lagi saya merengek keesokan harinya. Kita kena ada penyelesaian yang lain. Marilah kita bershoping sekali lagi. Kami membeli buaian elektrik. Nahh. Kusangkakan murah. Rupanya tidak.
Pembelian ini dapatlah menyelesaikan permasalahan baby yang asik nak berkepit. Dapatlah saya pegi mandi, masak simple2 untuk perut sendiri.



Nampak tak kaki mak cik yang gemok tu... Senang hati baca novel kat sebelah buaian

Tapi, saya masih ada satu lagi masalah. Tuan puteri akan merengek dan berjaga antara jam 2pagi hingga jam 6 atau 7 pagi. Ermmm. Masih mencari jalan penyelesaian