Friday, February 26, 2016

Kulacakes Kuantan

Assalamulaikum...

Sebenarnya gambar ni dah lama. Tapi tah kenapa tengah tidokan tuan puteri saya. Saya rasa termengidam pulak. Saya tak pregnant. Tapi teringat kan kesedapan kek kat kedai ni. Kiranya tempat wajib saya la kalau saya balik ke Kuantan. Sebelum ni dengar je orang cerita. Namun begitu, barulah sedar. Gambar tak banyak. Malah gambar kek yang saya nak ceritakan tu pun tak ada. Nampaknya saya kene joint penyakit ambik gambar makanan.

Lokasi Kedai Kulacekes ni berhadapan bangunan KWSP lama. Nama je orang Kuantan. Lupa pulak nama jalan tu. Tapi kalau dulu, area ni meletop la sebelum adanya shopping kompleks macam Megamall, ECM dan juga Giomall. Dulu masa saya sekolah, pernah deretan kedai ni yang jual ikan masin terbakar. Seantero Kuantan bau ikan masin. Rasanya kalau nak cari, just waze Kualacakes Kuantan.

Oklah. Tak nak merepek pepanjang. Layan gambar kami je la. Maaf kalau menyinggung sensitiviti anda. Heeee. tetibaa...

Tuan puteri suka red velvet cake



Balik Kuantan memasing konpem hitam




Yang paling best kat sini adalah suasananya. Walaupun kedai dia kecik. Kat tepi kedai ada tapak kedai yang dah roboh agaknya. Situ disediakan tempat makan. Dengan dinding mereka yang dihiasi basikal lama dan juga pokok yang menjalar. Memang lawa la kalau nak berOOTD. Meja makan mereka pun guna kayu terpakai. Harga dia lebih kurang macam kedai kek yang lain. Tak banyak pun pilihan kek mereka. Tapi yang paling famous Mango Cheese Cake dengan Red Velvet. Kalau saya datang, itu je la pilihan saya. Lawan pulak dengan Pandan Cooler. Air daun pandan je pun. Tapi rasa dia memang not bad.

Errmmm... Tak sabar nak balik Kuantan cuti sekolah ni nanti. Hingga berjumpa lagi di entri yang lain.

Thanks for reading. xoxo...

Wednesday, February 24, 2016

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Nah haiii... Macam tiap hari pulak saya membelog ni. Datang pulak angin rajin nak bercerita. Saya nak kongsikan dengan tempat baru kegemaran saya bawa anak saya untuk beriadah. Stop la kejap dengan shopping mall semua tu. Sesekali, amek angin luar dari air cond. Kita hirup udara segar kat tengah kota ni.

Dulu saya duduk area Sentul. Masa sebelum  "Eye on Malaysia" ada di Taman Tasik Titiwangsa ni. Tempat ni macam tak de penyelenggaraan. Kalau hidup pun kat belah Restoran Nelayan tu. Bila ada "Eye on Malaysia" tu nampak la tempat ni dah membangun. Tapi merundum semula bila dah tak ada daya tarikan kat situ. Pernah la saya pergi sebelum ni. Restoran Nelayan tu dah jadi macam bangunan tinggalan. Bersemak. Now Taman Tasik Titiwangsa dah cantik. Terjaga rapi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Banyak juga rakyat marhaen dapat menambah pendapatan di sini.

Dedi melayan anak kesayangan minta basikal baru. Basikal tu nanti nak main kat taman



Ni kawan abang Kimi. Kebetulan dia datang main kat umah, mak ayah dia tak ada. Kami bawa sekali la ke taman Titiwangsa.


Kat sini ramai la yang buat perkhidmatan menyewa roller blade, basikal, kereta kontrol. Kemiudian ada juga yang jual belon buih pakai tali tu. Dulu saya pernah nampak di Taman Tasik Permaisuri Cheras. Rasanya sekarang, kat mana2 pun orang jual. Trending gamaknya.

Dikesempatan yang ada, mami haruslah berOOTD. Dapat pulak view yang cantik bersama abang kuda ni. Tetiba terserempak pulak dengan orang yang pakai baju sama dengan saya. Encik suami punya bahan gelak padan muka kat saya.

Lake Swan, Perth Australia...ehhh

Hahaha... kantoi OOTD pakai selipar...

Dah puas main basikal dengan roller blade. Kami pergi ke hujung taman. Kat situ ada super duper besar playground untuk budak2. Kat hujung nya pulak ada la gadget senaman. Saya tak pergi pun ke sana. Next time la ye kalau saya pergi saya hidangkan gambar tu.



Tuan puteri saya main sampai berpeluh lencun baju dia. Bawa pegi toilet mandikan sekali. Toilet kat sini bersih dan yang penting masuk percuma.

Tu je la serba sikit ngomelan saya. Kalau nak bawa anak ke playground yang selesa. Tak rugi kalau bawa ke sini. Bagi sesiapa yang nak sewa roller blade. Bawa la stokin sekali. Tapi kalau tak ada pun takpe. Mereka jual stokin sekali.

Hingga berjumpa lagi. Thanks for reading. xoxo...



Tuesday, February 23, 2016

Pavilion's Chinesse New Year Decoration

Assalamualaikum...

Dah abis dah pun raya Cina, saya baru nak update pasal CNY ni. Tapi saya tak pergi beraya pun. Saya mempunyai ramai kawan dari bangsa Cina. Jadi kalau nak kata pasal racist tu, saya berkemungkinan tak tergolong dalam kalangan itu. Setakat ini, kawan2 yang bukan bangsa Melayu tak ada masalah bagi saya. Selagi saya hormat pegangan dan cara hidup mereka, selagi itulah mereka begitu seperti saya bila keluar bersama saya. Sebab tu masa saya bekerja dulu, bila perkara yang melibatkan hal agama yang memaksa saya untuk mohon cuti, tak pernah menjadi masalah dalam kalangan kawan sekerja saya.

Kemain intro... Berjela2. Berbalik pada tajuk saya. Saya selalu nampak orang upload gambar mereka bila ke Pavilion. Masa saya bekerja di Bukit Bintang dulu, jarang2 la saya ke Pavilion. Memang boleh kira dengan jari berepa kali je saya masuk ke shopping mall yang megah itu. Ye la... Bagi saya nak masuk tempat tu kena bercantik, kena bermewah. Even nak makan kat food court dia pun abis syiling dalam beg nak kena korek. So better saya tak masuk. Tapi bila tengok orang tunjuk gambar2 yang cantik kat situ, membuatkan saya teringin nak ke sana. Bermula dari decoration Krismas mereka. Sampai tak terpergi la demi nak kumpul duit untuk parking aje. (betul2 merendah diri)

Jadi, sempena sambutan tahun baru Cina yang lalu, saya pun berkesempatan la nak tengok decoration mereka. Paling saya suka ialah deretan lampu2 merah. Jom kita ke sana.

Tah kenapa ari tu kamera saya jadi blur. Hadap ler gambar macam ni tau.



Pintu gerbang



Lepas berpenatan berjalan dalam mall yang super besar tu, kami pun menikmati pemandangan Bukit Bintang yang jadi tumpuan pelancong. Baru la saya dapat rasakan betapa gahnya keadaan di situ. Padahal dulu tempat kerja sendiri. Langsung tak harga tempat tu. 


Tu je nak cerita. Thanks for reading. xoxo

Monday, February 22, 2016

The Lost World of Tambun, Perak

Assalamualaikum...

Penghujung cuti sekolah tahun baru cina yang lalu, saya sekeluarga dan juga sahabat kami merancang untuk percutian singkat. Lokasinya di Perak. Maklumlah, anak2 kami suka mandi. Nak pergi Sunway Lagoon, tengok harga tiketnya, setelah dicongak tolak bahagi kuasa dua logaritma berbagai. Tak jadilah. Jom kita ke satu tempat yang berbaloi nak pergi.

Perjalanan kami mengambil masa dalam dua jam sahaja. Mujur ada "waze". Tapi singgah kat Tapah Perak untuk minum petang. Kami makan kat Pak Tam Cafe. Lain kali kalau nak berhenti kat Tapah, kita makan KFC aje la yee. Kami exit tol Simpang Pulai. Tempat penginapan kami kali ni hotel biasa2 je. Tapi sangat berbaloi dengan harga keseluruhan.

R&R Tapah

Penginapan kami di Ibis Style Hotel, Ipoh. Memang bilik nya kecil je, tapi berbaloi dengan harga. RM356 untuk 3D 2N berserta sarapan. Paling best, budak yang berumur 13 tahun ke bawah free breakfast. Tepi tempat sarapan tu pulak, ada bilik untuk kanak2 bermain. So parent boleh breakfast dengan tenang. Choice of variety pun banyak. Berpadanlah dengan harga RM22nett kalau kita nak add on dalam room price kita.



Saya pernah singgah Ipoh ni masa balik dari kenduri kahwin dulu. Pernah la pergi ke downtown Ipoh ni ataupun dikenali Pasar Gerbang Malam. Malam tu mencari la juga gerai jual popia kat situ. Popia dia memang terlajak sedap. Popia SS Ali namanya. Tapi malam tu dah tutup sebab dah habis. So kami makan kat satu kawasan yang jual limau bali banyak2. Lupa pulak tempat tu. Tapi menurut kata pekerja gerai tu. Kalau nak beli limau bali, sebut je gerai limau bali Ipoh. orang mesti tau.

Esoknya, lepas breakfast, kami pun terus gerak ke Lost World0 of Tambun. Tak jauh pun dari hotel. Dalam setengah jam dah sampai tu pun sebab banyak traffic light. Tuan puteri saya pun sama excited nak terjun kolam. Si abangnya, tak payah cakap laa. Jumpa semula pun masa dia nak makan.


Kecundang lepas main air



Tuan puteri ni bangun tido minta sambung main



Lepas balik, kami singgah lagi kat Gerbang Malam untuk beli popia. Anak2 semua dah tertidor dalam kete. Tapow je la. Encik suami pun nak balik bilik cepat sebab nak tengok bola Piala Sumbangsih JDT vs Selangor. Tahniah laa JDT. Malam tu juga bermulanya liga Malaysia. Tak nak cakap la pasal Pahang. Elok je siaran langsung kat TV abis. Anak2 pun bangun. Memasing kelaparan. Jom la kita makan je kat kedai yang dekat2 kat bawah ni. Kawan saya kat bilik sebelah pulak senyap je. Dah tido juga agaknya.

Kami makan kat kedai sup belut dan sup ketam. Baru nak masuk kedai je, kami nampak bas The Red Warrior. Masa tu terkedu juga la sebab awal tahun ri tu saya cakap saya nak sokong Kelantan tahun ni sebab baju mereka kaler pink. Tetiba datang pula bas team Kelantan. Saya punya teruja tak payah cakap laa. Encik suami je mencebek tengok saya. Oh yee. Malam tu Perak vs Kelantan. Sebab tu la mereka ada kat Perak. Dan tak disangka juga, Dato Seri Vida pun ada.




Esoknya kami check out. Habislah percutian hujung minggu kami. Seronok tengok anak2 happy. Orang kata tak sah kalau pergi Ipoh tak try nasi ganja. Moh ler kitee. Cuma saya rasa tu 1st dan last la saya makan kt situ. Maklumlah dah tua2 ni, sensitiviti tu makin menebal.






Hajat hati nak singgah kat Kellie Castle. Tapi dengan cerita mistik orang keliling dan dinasihatkan supaya tak payah la pergi situ dengan budak kecik. Maka hajat saya pun terbantut. So kami teruskan perjalanan ke sarang kami di Kajang. Dah samapai sarang, memasing membungkang laa.

Thanks for reading. xoxo...

Tuesday, February 16, 2016

Balik Kampung Hoo Hoo Hoo

Assalamualaikum...

Bertemu kembali. Lama juga laa tak menghapdet belog ni. Dengan keadaan cuaca yang tersangat panas kat Kajang ni. Malas pulak rasanya nak naik tingkat atas nak duduk depan PC. Time tengah hari, atas rumah saya, memang azab la nak melepak lama2. Tambah pulak cuaca panas sekarang. Ditambah pulak, masa cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina, saya balik ke Kuantan.

Berbeza dengan Kajang. Masa saya di Kuantan, cuaca tersangatlah berbeza. Sampai je kat Bentong memang berjumpa dengan hujan.  Saya pun dah ready dengan keadaan jalan raya masa tu. Mujur gerak awal. Tak adalah nak mengadap jem yang orang perkatakan. Cuma berdepan dengan beberapa kemalangan sepanjang perjalanan ke Kuantan. Alhamdulillah. Kami selamat pergi dan kembali ke sarang masing2.

Saya balik untuk tengok abah, tengok tanah kami dan juga menghadiri kenduri kahwin. Biasalah saya, kalau kenduri kahwin je, memang excited saya nak pergi. Dari kecik sampai ke tua sekarang, memang berkenan bebenor pergi kenduri kahwin. Banyak pulak jemputan kami pada minggu tersebut. Semuanya anak kawan arwah mak. Kalau dulu merka selalu bertandang ke rumah kami, kali ni tak kan lah kami tak hadirkan diri ke majlis istimewa mereka.




Kawan2 arwah mak. Arwah mak dulu masa dia sihat, terlibat juga alam program marhaban ni


Adik bongsu saya dah pregnant 5 bulan


With my auntie and cousin

Hari yang berikutnya pulak saya singgah pulak ke kenduri kawan sekolah. Maaflah. Tak bergambar pulak kat kenduri beliau. Kemudian ke Sungai Karang melawat kawan saya yang baru sahaja melahirkan anak. Pun tak bergambar sebab saya pun tak suka orang amek gambar anak saya masa tengah pantang. Just bergambar depan rumah dia je la. Si arjuna saya pulak, bila dah berjumpa kawan, tak nak balik pulak. Malam tu pulak saya ke Chenor untuk menghadiri kenduri rumah makcik saya. Agak penuh jugalah program saya selama balik ke Kuantan. 

BerOOTD dengan koleksi Minaz

Masa kat kampung abah pulak, sempat la tengok tanah yang abah nak usahakan. Peninggalan abah untuk anak2 kataya. Dah tua baru la abah nak mula berkebun yang mana sebelum ni dia tak berminat. Dengan sedikit rezeki, dapat la dia bina rumah mesra rakyat kat tanah tu. Saya pulak keluarkan idea je nak buat apa kat tanah tu. Just tanam sikit2 pokok buah. Kot2 la dah tua nanti dapat merasa buah dari pokok sendiri.






Kami pulang semula ke sarang masing2 pada hari Isnin. Konon nak lari dari jem cuti raya Cina. Jem jugalah dari Bentong ke Gombak. Oh ye... Saya balik dengan anak2 saya dan juga adik saya sahaja. Encik suami tak dapat balik sebab kekangan tugas.

Thanks for reading. xoxo....