Monday, July 25, 2016

Aildil Fitri 2016

Assalamualaikum...

Bertemu kembali kita ye setelah lebih sebulan saya tak hapdet belog ini... Selalu juga lalu2 je kat meja komputer saya ni, tapi nak memegang button on pc pun dah rasa macam tak ada masa sangat2. Makanya... bersawanglah belog saya akhirnya.

Tak lambat lagi agaknya saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Walaupun saat saya taip belog ini dah masuk raya ke-20, raya kan sebulan. Boleh lagi nak wish2. Kat radio pun masih lagi memainkan lagu raya. Kat wasap pula masih lagi sembang pasal baju raya dan ayat2 jemputan rumah terbuka. bak kata orang muda nan hipster #SHRMZDB...


Tahun ni turn Johor ye. So berayalah kami dengan perjalanan yang jauh ke Batu Pahat ke Parit2 berbagai. Saya suka ke area sana sebab suka tengok rumah2 yang terpisah dengan parit yang seluas sedepa atau dua depa. Ada titian yang uzur dan juga yang dibuat dengan konkrit. Kat situ kalau bergambar lawa juga.


Tema baju tak yah cakap. Dengan hujanan hashtag yang pelbagai dalam instagram saya, kemain nak menghaplod. Tu pun salah satu sebab juga tak hapdet belog. Tapi kawan2 suruh juga hapdet sebab kat IG saya tak banyak cerita. Ehhh gituuuu...


Dah balik Kuantan haruslah jumpa kawan2 sekolah. Tu yang paling best. Begelak ketawa beramai2. Ehhh syoknya. Tapi tak jumpa semualaa.. Mana yang sempat je.


Tak lupa juga kenduri aqiqah anak sedara. Berdondon dondon la kimi adik beradik pempuan. Seronok pula bila pakai baju sama sesekali.

Ok la. Sampai sisni je la ye, Kemalasan sebab anak dah mengamuk. Hingga jumpa lagi. Thanks for reading. XOXO