Saturday, July 28, 2012

Berbuka Puasa

Assalamualaikum UOlz... Moga ibadah puasa tetap diteruskan walau pun panas terik di Kolumpor 3 4 ari ni...

Sana sini kita tengok promosi berbuka puasa di hotel2 terkemuka... Harganya... Alamak aiii... Memang tak tercapai akal ku... Kiranya boleh la dapat sehelai baju bila nak berbuka kat situ... X de nya aku nak kuarkan duit pasal nak berbuka kat hotel...

Nasib baik diri ini ada teman... Ada la juga yang sudi membelanjakan diri ini berbuka kat hotel... Kelass kau Maria... Kiranya macam tu la yang aku rasa... Hehehe... Best nyeeer...

Semalam pada tarikh 27 Julai... Merasa la bawa Kimi gi makan kat hotel... Macam2 lauk yang ada... Siap jumpa angkasawan negara... Namanya tak perlu la dibagitau... Seantero Tanah Malaya ni dah kenal dia... Terus makin berselera aku makan kat situ...

Tapi, dalam kita menikmati pelbagai juadah yang ada... Jangan la kita melupakan insan yang tak berupaya... Keadaan di Syria, Selatan Thai, Myanmar, Palestine malah di Somalia serta pelbagai tempat di seluruh pelusok dunia... Macam2 kejadian yang berlaku... Sentiasa beringat dan mengingati keadaan mereka...

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment