Dah lama sebenarnya saya nak berkongsikan pengalaman saya dan juga anak pra matang saya. Tuan Puteri yang selalu saya ceritakan dulu... Aliya Mahirah Sofiya binti Mohd Arif. Tapi tu laa... Nak ceritakan macam panjang sangat entri nya nanti. Nampak, mukaddimah dia pun dah ke laut.
Sepanjang tempoh kehamilan saya, cara kerja saya memerlukan saya banyak bergerak. Ditambah pulak saya penghidap Thyroid. Jadi berulang alik ke hospital tu memang menjadi rutin saya. So far saya tak ada masalah sepanjang hamil. Doktor cuma cakap kandungan saya mungkin marginal placenta previa. Memang dah agak dari awal, mesti nak kena operate kalau bersalin nanti.
Hari puasa pertama 2014.
Selesai besahur, saya menonton TV sementara nak tunggu azan Subuh. Bila azan je, saya terus mandi. Masa saya ambil wudhu tu la saya perasan air keluar. Alamak... Apasal kencing tak bagi signal ni. So ambik wudhu sekali lagi.
Sedang saya duduk pada tahiyat terakhir. Sekali lagi saya rasakan air keluar semula. Terus terhenti solat saya. Selesai solat, saya pun memberitahu encik suami. Muka dia blur. Dah sampai masa nak beranak ke ling. Kan baru 33 minggu. Jawapan saya.. entah...
Kami tiba di HUKM jam 6.30am. Lepas cerita pada doktor dan beberapa pemeriksaan dilakukan. Doktor memanggil kami berdua. Puan dah sampai masa untuk bersalin ni. Air ketuban dah pecah. Kemungkinan anak yang dilahirkan itu nanti adalah bayi pra-matang. Muka saya laki bini blur... Doktor jawab semula mungkin paham muka blur kami. Anak puan akan lahir tak cukup bulan.
Ahkak terus warded. Dan sambil tu saya google apa tu bayi pra-matang. Baca juga cerita yang orang share kat blog. Alhamdulillah. Doctor dan nurse bagi kata semangat. Begitu juga kawan2 saya. Oh ye... Hari pertama puasa jadi tak puasa laa...
3 Hari yang sengsara
Memang saya tak kan lupakanlah. 3 hari saya ni sengsara dalam wad. Setakat masuk ubat antibiotik tu memang bolah terima lagi la. Tapi sebab jalan tak bukak. Doctor paksa buka pulak. Paham2 sendiri la macam mana gayanya kena paksa tu. Memang rasa seriau sangat bila diingatkan kembali. Pada hari ketiga tu la doctor bagitau, jalan tak buka puan. Memang puan kena operate. Aduhhh... Ahkak tanya kenapa tak operate awal2.
1 July 2014
Jam 11.30pm. Lahirlah puteri akami. alahaiii... Halus sangat suara dia menangis. Nurse yang angkat baby ke coat pun cakap... Kecik je baby ahkak. Dengar nurse lain cakap 1.6kg. Order inkubator. NICU... errkkk... Serius ahkak tak abis seriau lagi.
Lepas dihantar semula ke wad, encik suami dengan si abang ada. Sorang doctor datang minta permission untuk bagi susu formula kat baby. katanya baby sihat. Cuma kena tahan kat NICU sebab kecik sangat. Rupanya encik suami pun dah dapat tengok baby. Saya sempat la jenguk baby sebelum diorg bawa baby ke NICU.
Keesokan harinya baru lah saya dapat tengok baby saya. Alahai comelnya.... Keciknya.. Halusnya...Nangis kejap sebab tengok banyak wayar. Kenapa banyak wayar tu. Ohh... tu wayar nak tengok nadi dia, suhu badan dia, nak masuk kan susu sebab dia tak kuat menghisap lagi puan. Ok ke tu... Ok je puan. Baby sihat.
Kami berkampung di NICU selama 22 hari. Saya pun tak serupa orang berpantang la. Ke sana sini uruskan si abang yang bersekolah dengan berpuasa. Duduk kat NICU tu pulak tido merata2. Nak makan pun kena beli sendiri berjalan kaki ke cafe HUKM. Alhamdulillah, Allah berikan semangat dan kekuatan yang luar biasa untuk saya.
Aliya Mahirah Sofiya
Sekarang premie baby saya dah berumur 1 1/2 tahun. Kejap je masa berlalu. Masih terasa dan teringat pengalaman saya menghadapi saat ke dewan bedah. Berulang dari Kajang ke HUKM. Tuan puteri saya pun membesar dengan sihat. kalau ikutkan umur dia sekarang, badan dia tak sama la dengan budak yang sebaya dia. Tapi saya redha - bersyukur dan yang penting dia sihat. Setakat selsema, batuk dan demam tu biasalah.
Mahirah 44 hari
Mahirah 2 bulan
Mahirah 4 bulan
Mahirah 8 bulan
Mahirah 10 bulan
1st Birthday
Mahirah the fashionista
Latest Mahirah
Sekian sahaja perkongsian pengalaman saya bersama bayi pra matang ahkak. Di doakan, Mahirah membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah.
Thanks for reading. XOXO...
No comments:
Post a Comment