Assalamualaikum...
Bila review balik blog saya ni, rasa macam blog2 resepi pulak. Pehal banyak sangat resepi kat blog ni. Tahun lepas aje berderet resepi. Nanti la saya update gossip retis pulak.
Adik saya yang kawin tahun lepas dah peknen. Maklumlah, mak dah tak de. Maka saya la tempat dia bermanja tatkala mengidam. Banyak pulak tu ngidamnya. Baru ni dia wasap saya, ngidam miang kham. Mentang2 la abang ipar dia chef, main order aje.
Ye la ye la... Orang mengidam kan. Kita pun turutkanlah idaman dia tu. Makan2 tu boleh la saya menolong. Ada pulak dia wasap saya memalam buat ngidam jubah Haute#1 BellaAmmara. Kejadah betul. Saya yang tak peknen pun idamkan jubah yang sama pun tak dapat. Dia pulak sesedap rasa order.
Resepi Miang Kham
Gula kerek
Udang kering (goreng tanpa minyak)
Mangga muda
Kelapa parut (goreng juga tanpa minyak)
Kacang tanah (goreng laa juga tanpa minyak)
Bawang merah
Cili padi
Daun kaduk
Secawan air
Cara-cara membuatnya
Masak air dengan gula kerek. Ambil sedikit udang kering yang dah digoreng tadi kemudian blend kering. Campur udang kering tadi dengan gula kerek tadi. Agak2 dah pekat. siaplah sos minga kham tadi.
Senang aje nak membuatnya. Semua kita goreng garing. Masa nak makan nanti, kita celet la sos gula tadi kat daun kaduk, letak la bahan2 di atas kat daun tu. Lipat laa macam makan sireh. Jangan pula diludahnya. Kang jadi lautan hitam pulak. Kat Kuantan dah jadi lautan merah.
Ehhh... sampai di sini sahajalah coretan saya. Ayat pun sama macam tahun lepas. Nanti kalau line clear lagi saya update lagi yee... Anak saya tu suka benor mengacau kalau ahkak buat apa2 aktiviti. Dia memang suka mami dia duduk kat sofa tengok TV. Mami bangun aje, dia punya meraung siap paut kat kaki. Jumpa lagi.
Thank for reading... XOXO
No comments:
Post a Comment