Tuesday, January 19, 2016

Swiss Garden Resort Lumut, Perak

Assalamualaikum...

Sebenarnya cerita ni dah lama. Tahun lepas punya cerita. Tapi nak cerita awal2 dulu laptop rosak. Sekarang dah nak mula belog semula, tak de idea nak ngarut kt sini, makanya buka je la cerita tahun lepas.

Kiranya ni first time kami sekeluarga check-in kat rangkaian hotel Swiss Garden ni. Tengok review orang macam best je kat Swiss Garden ni. Makanya, encik suami yang amat menitik beratkan soal penginapan bila kami berada di luar kawasan pun mencuba laaa.

Sebenarnya kami ke Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. Kalau sesaja pergi nak check-in tu memang tak laa... Encik suami lebih suka duduk rumah kalau dia cuti. Sementelah saya pun suka sangat pergi kenduri kahwin, maka diikutkanlah kehendak puan isteri.




Kenduri kahwin ni kat area Kuala Kangsar. Memang kami dah tau, dari Kuala Kangsar ke Lumut memang amek masa dalam 2 jam, Demi nak tengok laut, kami gagahkan jua.


Masa sampai pun dah petang. Dari pekan Lumut tu kira jauh la juga nak menyampai ke destinasi. Encik suami pun bebel la apasal la pilih hotel jauh2. Dah kata nak hotel bagus, mestilah jauh. Baru sampai simpang nak ke hotel, lagi 17km oii nak masuk dalam tu. Terus encik suami kata, malam nanti tak yah keluar laa... Nak harung hutan pulak nak gi makan kang. Ni gambar pemandangan dari lobby. Arjuna saya yang amekkan sebab masa kami sampai ada group tah dari mana beratur pepanjang nak check-in. Ada juga group yang nak check-out. Sib baik welcome drink mereka air sirap limau.


Ni view dari bilik kami. Kami amek bilik biasa je. Katil double sebab ada anak2 kan. Untuk bilik saya amat berpuas hati. Dengan view yang cantik, dengan bath tub yang besar. Cadang nak mandi kolam, baru sampai kolam tetiba hujan la pulak. Anak2!!! Mandi kat bath tub je la ye.


Kami order in-room dining aje. Tak amek gambar makanan sebab encik suami chef, dia pun tak pernah amek gambar makanan. OK laa makanan mereka. Semua makan dengan licin sekali. Sebab kami menghargai makanan yang berharga mahal. Order baby coat niat nak tidokan tuan puteri dalam tu, Meraung pulak tak nak duduk dalam tu. Si abangnya pulak fefeling baby malam tu, dia la yang mengerekot kaki duduk dalam baby coat.



Bangun pagi, cuaca sangat cantik. So we went for our breakfast that included in room package. Pehhh... Nak cerita pasal dapat breakfast free ko pun speaking makcik. Saya pun puas hati la juga dengan a lot of variety kat buffet breakfast tu. Siap ada live-cook roti canai. Encik suami sangat impressed dengan ini. Walaupun dapat tempat duduk yang jauh luar dari cafe, redha je. Yang penting kita gi makan dan saya dapat kopi. Lepas makan kita boleh bermandi-manda ye anak2.




Kolam mereka pun cantik dan luas. Overall memang saya amat puas hati dengan penginapan kali ini. Anak2 pun suka sangat. Sesambil tu saya pun ke lobby. Minta untuk late check-out. And im so lucky. Sebab masa tu dah hari Isnin, maybe tak ramai guest. Kami dapat late check -out till 3pm. Thank you so much.



Tuan puteri pun seronok sangat mandi-manda. Mami tunggu tepi kolam aje. Sebab kita pun berjaya dapat late check-out. Ada banyak masa lagi ni. Jom kita pergi ke pantai pula. Kat pantai ni ada la juga aktiviti yang kita boleh buat. Macam jet-ski, naik kuda dan juga naik boat menuju ke Pulau Pangkor. Refer kat gambar 1st and 2nd tu. Seberang tu je Pulau Pangkornya. Layankan aje tuan puteri saya yang seronok sangat main pasir. Kuis2 masuk mulut.







Lepas main pasir, balik semula ke bilik, tuan puteri pun sambung tido semula. Nasib baik saya minta late check-out yooww. OK la. Dah settle semua, kami pun meneruskan perjalanan ke pekan Lumut. Kita jalan2 cari makan kat sana. Kami just makan kat area jeti. Kemudian beli ikan bilis mata biru untuk cenderahati buat kawan2.








Dengan itu, habislah percutian makan nasi minyak kami sekeluarga ke Lumut Perak. InsyaAllah, lain kali saya ceritakan lagi pengalaman saya bersama Swiss Garden di lokasi yang lain pula. Hingga jumpa.

Thanks for reading. XOXO

No comments:

Post a Comment