Thursday, March 17, 2016

Bila Datangnya Dugaan

Assalamualaikum...

Balik dari kampung malam tadi, masa nak masukkan barang2 dari dalam rumah, saya ada dengar bunyi air mengalir kat longkang. Dengan cuaca yang super panas ni, takkan laa air mengalir dari mata air atas bukit tu. Tak sedap hati, maka saya pun menjenguk ke longkang. Bunyi air berdesir. Saya panggil encik suami. Oooo... Paip pecah kot. Nanti la call SYABAS. Saya pun meng-ooo jugalaaa..

Lepas menggagihkan barangan dari kampung kepada jiran2 sekelian. Saya pun sekali lagi jengok ke dalam longkang. Kali ni dengan lebih dekat lagi. Masa nak menjengok tu laa saya terdengar bunyi yang menakutkan. Jeng jeng jeng... Bunyi apakah itu. Macam ku kenal bunyi itu. Bunyi tu memang seram. maka saya pergi ke arah bunyi tersebut. Mata saya tertumpu pada meter air saya. Kemain... Macam F1 putaran meter saya. Cepat2 saya tutup kepala paip kat meter tu. Jiran saya nampak kelakuan saya. Lantas dengan selamba dia kata, lama dah bunyi air bocor tu. Dari masa awak balik kampung hari tu. Hari saya balik kampung. Maknanya dah 5 hari. 5 hari laa meter saya berkeadaan sedemikian. Tap...tap...tap... Mata saya hanya mampu berkedip2 kegusaran.

Sejurus memberitahu berita meter laju itu, encik suami hanya mampu tersenyum. Memang itulah wajah dia yang saya suka. Bila ada masalah, hanya tersenyum. Muka pun bertabah aje. Esok you call SYABAS je laa ye. Apa2 nanti bagitau. Aikk... Tak gerun ke kot bil air bulan ni melonjak. Yang tu saya cakap sendiri. Kalau saya tanya dia, kang dia jawab, you nak bayarkan ke.

Setelah saya menghubungi pihak SYABAS, agak menakutkan juga la bila mereka datang dengan pasukan "tentera" mereka. Setelah diteliti, katanya paip tersebut bukan tanggungjawab SYABAS kerana paip yang pecah tu selepas meter. Kalau sebelum meter, mereka boleh bantu membaikinya. Biasalah, saya kan pandai buat muka kesian. Mereka menjawab semula. Kami boleh betulkan tapi kena charge laa puan. Saya pun meng-OK kannya.



Bayaran yang diminta untuk tukar paip, masuk longkang keluar longkang dan berbagainya. Kena caj RM200. Ok la dari panggil plumber maybe dalam RM300.  Tu pun bila tanya encik suami, dia minta ambil duit dalam almari. Katanya sengaja tinggalkan duit, kot2 saya nak keluar jumpa kawan boleh pakai duit tu. Sekarang kan masih cuti sekolah. Is it??? Really??? Tapi duit tu dah pakai untuk bayar kos repair paip. Sob...sob...sob... Tak pe laa... Love you encik suami.

Thanks for reading. XOXO

No comments:

Post a Comment