Assalamualaikum...
Sama seperti di Putrajaya yang pernah saya ceritakan dulu. Aktiviti untuk anak2 juga berlangsung di Stadium Kajang. Disebabkan tuan puteri saya yang kemain payah nak tidur malam2. Nak bagi dia tidur kami kena bagi dia penat. So kat sini pun dia boleh berlari dan bermain sepuas hati dia. Bezanya kat sini ada taman permainan. Tak macam di Putrajaya.
Namun suasana sini sedikit berbeza. Spotlight hanya dibuka semasa perlawanan bola sepak sahaja. Orang datang ramai2 pun bukan nak tengok orang berlawan sepak bola. Tapi nak main buih sabun dan rollerblade. Masuk percuma. Lokasinya macam yang saya nyatakan tadi, di Stadium Kajang, bersebelahan dengan sate Kajang Haji Samuri. Betul2 tengah town Kajang.
Walaupun lampu buka ke dah tutup ke tetap ramai budak2
Secawan air sabun RM5.
Tak tau team mana yang lawan
Lampu dah ditutup. Kami tetap bermain
RM10 untuk 20 minit
Ok laa. Kira lepas ni kalau saya nak datang sini saya nak makan sate Kajang tu dululah. Tapi kena datang awal sebab ramai. Bila masuk dalam rstoran tu, rasa macam pernah datang. Tapi suasana tu macam lain je. Hingga bertemu lagi.
Thanks for reading. XOXO
No comments:
Post a Comment