Gitu haiii. Lama tak menghapdet dalam ni. Serius kekangan masa dek kerana tuan puteri nan sorang ni. Serba serbi tak boleh buat keje. Asik nak kena full attention kat dia sorang. Biar pun sekarang dah tak banyak nak kene kelek. Tapi pantang lepa. Tetiba ada je mende dalam mulut dia. Mengutip nombor satu. Letak la apa pun yang orang tua pesan. Ni jenis berani mencuba. Tak serik punya.
Dah 6 bulan juga ye saya tak hapdet belog ini. Banyak baca dari belog org. La ni dok menggila kat belog The Vocket. Macam2 kisah dunia dalam belog tu. Ermmm. Start tak membelog masa saya masuk wad awal tahun ri tu. Nanti2 lah saya ceritakan pengalaman demam bengkak susu tu. Memandangkan ramai juga yang PM saya kat FB macam mana saya mengaharungi sakit tu. Ye laa. Hanya ibu2 yang pernah mengalami demam tu yang tau sakitnya macam mana. Bukan tahap sakitnya tuh di sini.
Gambar atas masa princess saya baru pandai duduk. Sebab dah jadi suri rumah sekarang. Setiap perkembangan dia. Saya yang tau dulu.Memang rasa seronok bila tengok 100% baby kita membesar depan mata kita.
Sama juga macam arjuna saya yang sorang ni. Terjaga rapi bak anak dara. Pegi sekolah berhantar. Balik sekolah berambik. Dengan pelbagai pengaruh cerita kat FB dengan Whatsapp. Saya pun takut nak lepaskan dia pegi sekolah sorang2. Apa lagi nak main bola. Apa boleh buat nak. Zaman kanak2 kamu tak sama macam zaman kanak2 mami.
Dah kata bini chef kan.
Akal yang baru. Tarik puting susu bagi merecik susu kat muka.
Pertandingan nasyid peringkat sekolah2 daerah Kajang.
Kegiatan anak2 banyak lah mami pantau. Sampaikan meeting PIBG pun saya berjaya hadirinya. Dengan pertandingan nasyid sekolah yang sangat2 saya sokong bila arjuna terpilih. Paling kelakar cikgu cerita masa audition cikgu buka peluang pada semua. Sape rasa suara dia best sila ke pentas. Arjuna saya naik pentas nyanyi lagu Selimut Tetangga. Steady abang Kimi.
Sebab dah selalu terperap kat rumah. (selain pegi pejabat pos). Maka dedi bagi ler release tension sesekali. Cuti sekolah bulan 3 yang lepas. Merasa la arjuna dan princess ke Cameron Highland. Tak yah show off gambar banyak2. Bukan pegi Paris pun kan.
Ooo. Kiranya entri yang ni entri bulan 3 pumya la ye. Ada entri bulan 1 2 4 5 6 ke. heh. Kalau rajin la ye. Nak kongsi maklumat lain. Nanti la saya pikir. Nak kongsi pasal apa. Saya sekarang pun kemaruk tengok adik2 cantik model muslimah kat instagram.
Bangun pagi2 minta mami bukakan almari sebab nak memunggah.
Nampak muka kepuasan dapat tarik baju2.
Dah teguk dua biji kelapa barulah ada orang cakap baby belum umur setahun mami tak boleh minum air kelapa lagi.
Test drive
Terus dapat. Untung laaaaa
Putrajaya
Saya kan suka pegi kenduri kawin.
Kenduri kahwin kat Kuala Kangsar.
No comments:
Post a Comment