Wednesday, June 17, 2015

Cara Masak Bubur Bayi Dengan Cepat

Assalamualaikum...

Tuan puteri dah lena lepas pekena bubur nasi mami masak tadi. Nak cerita pasal masak bubur pulak kali ni. Permasalahannya, puteri saya bab makan amat memilih. Dalam memilih, kadang2 ada juga makanan yang tak sesuai untuk dia. Harap, lepas ni tuan puteri saya boleh terima bubur nasi. Kalau sebelum ni, bila dia makan bubur nasi, dia sembelit. Puas guna macam cara tapi memang susah hati tengok keadaan dia bila sembelit tu. Harap, umur dah nak masuk setahun ni, tak adalah masalah macam sebelum ni.

Kadang2 bila kita nak masak bubur nasi untuk baby kita, boleh dikatakan ambil masa yang agak lama. Tu yang bila datang angin malas dan terjadinya mak yang tak berapa bagus, suakan aje dengan nestum. Sebab, mudah dan pantas. Saya tanya juga pada kawan2, kowang masak bubur lama tak. Ada yang kata masak lama sampai terlupa. Ada yang kata beli je yang frozen kat instagram. Pernah juga beli. Tapi sebab masa tu tuan puteri saya tak boleh consume. Jadilah pembaziran di situ.

Yang ni kegemaran tuan puteri saya

Untuk yummy frozen food, boleh follow IG ni.

Tapi macam mana pun busy kita ni, air tangan ibu yang paling baik. Bagi ibu2 yang sememangnya busy tapi masih mahu menyediakan makanan yang berkhasiat dan cepat, boleh cuba cara yang saya pelajari ni.

Mula2, ambil beras yang kita nak basuh. Ambil lebih sikit, stok untuk 2-3 hari. Seeloknya basuh lama2 sikit (untuk baby kita kan mestilah bersih tahap piawaian yang tinggi). Basuh dan toskan dengan penapis.

Beras yang siap dibersihkan.

Lepas kita dan toskan. Jemur beras tersebut. Make sure kawasan yang kita nak jemur tu tak ada ayam atau kucing.

Line clear. Takdak burung

Atas kereta pun boleh.

Seterusnya. Bila dah betul2 kering. Boleh lah kita kisarkan dia. Pastikan teksturnya halus seperti nestum bayi tu. Supaya cepatlah ia nak masak nanti.

Rupa dia macam tepung beras. Tapi agak kasar sikit.

Dah siap untuk dimasak. Guna secukupnya untuk masak pada hari tersebut. Selebihnya, simpan dalam bekas kedap udara. Nak masak campur apa2 yang ibu2 suka pun boleh. Lepas masak nak kisar sekali lagi pun boleh. Nak tapis pun boleh. Bergantung pada kemampuan baby kita makan macam mana. Yang penting, cara ni memang bubur cepat masak. Tak sampai setengah jam dah siap. Setengah jam tu boleh kot nak lepak kat dapur dari guna biji2 beras tu.

Botol free dapat masa pegi kenduri kahwin

OK lah. Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat saya kongsi/ceritakan. Moga bolehlah guna tips yang saya dapat dari orang lain juga. Moga bermanfaat untuk kita semua. Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak esok. Maaf andainya ada salah dan silap dalam entri2 saya selama ini. Semoga amalan ibadah kita diterima dan digandakan dengan pahala pada bulan yang mulia ini. Hingga berjumpa lagi dalam entri yang lain. Salam.

ps : thanks for reading... XOXO

No comments:

Post a Comment