Monday, June 22, 2015

Ramadhan 1436H / 2015

Assalamualaikum...

Masih teringat kisah Ramadhan tahun lepas. Usai bersahur dan mengemas dapur. Masa saya sedang mengambil wudhu, water bag saya pecah. Tapi tak suspect apa2 sebab masa tu kandungan saya baru 33 minggu. Nanti2 lah saya akan ceritakan kisah kelahiran pre-mature baby saya. (banyak kali dah janji ni)

Ramadhan tahun ni merupakan tahun kedua kami laluinya tanpa emak di sisi. Sedikit terasa. Tapi kami kena hadapinya juga. Masing2 hanya memendam perasaan. Pelbagai cerita yang diperoleh kononnya roh dibebaskan dan pulang ke rumah. Sebelum ni saya percaya juga. Berharap moga dipertemukan semula dengan arwah mak. Tapi lepas baca apa yang ditulis oleh Ustaz Harun Din. Barulah tersedar semua ini hanya kesilapan. Alamak, serius pulak entri kali ni.

Kalau masuk bulan puasa, tak ada cerita lain, petang ni nak makan apa, nak masak apa, nak berbuka kat mana, nak terawikh masjid mana sampai lah ke tengah malam tak abis nak sembang pasal makan sambung pulak nak bersahur apa nak bangun pukul berapa. Group whatsapp berdering2 bercerita kisah yang sama. Sampaikan menu untuk sebulan pun ada. Somehow, membantu juga ye menu untuk sebulan tu.

Biasalah hari pertama puasa. dia pumya excited lain macam. Semua serba semangat. Bangun nak masak untuk bersahur pun semngat. Encik suami siap sediakan lauk yang bakal dimasak pada malam tu. Sang arjuna pun siap set alarm clock nak bangun untuk bersahur. Saya pun semangat masuk tido demi nak bangun awal. Pukul 4pagi, klentung klentang bunyi dapur. Bersahutan pulak dengan jiran sekeliling. Bertubi2 bunyi jam loceng seantero Sungai Long ni. Siap boleh jengok melalui tingkap walhal selama ni saya langsung tak pandang kot nampak mende lain. Tapi sebab yakin mereka semua diikat. Hebat betul semangat saya di dinihari. Sangat berani.

Ikan Masak Kicap Jee..

Hasil bersilat bersama jiran tetangga. Dapatlah sediakan super sedap ikan masak kicap saya. Tapi tak mampu pula nak bergurau senda dengan lesung batu untuk sambal belacan. Impak pedasnya ketuk aje cili masuk dalam kuah. 

Sekenit saya ni pun bangun joint bersahur. Sahur tahun lepas tak sabar nak keluar.

Pada puasa pertama tahun ni, encik suami beri kebenaran untuk balik ke Kuantan untuk berbuka bersama encik abah saya. Yeayyyy. Bukan tak nak berbuka bersam encik suami. Masuk bulan puasa dia memang sibuk kat tempat kerja untuk buffet Ramadhan kat hotelnya. Dan sah2 dia balik lambat. Jadi kami berpakat, berjauhan sementara demi tugasan masing2. Lepas Sang Arjuna balik dari sekolah, saya terus gerak ke Kuantan.

Belum mulakan perjalanan tuan puteri dan terlentok.

Sesampai di Kuantan hujan lebat. Agak mencabar juga drive sensorang time berpuasa ni. Dengan panasnya. Tetiba hujan pula bila masuk Gambang. 

Ayam panggang bermadu tapi bini sorang saje tau

Untuk menu berbuka hari pertama, ayam panggang bermadu, ikan kembong goreng dengan bayam tumis air. Encik Abah just makan yang simple. Saya pulak agak kepenatan. Selesai lah sudah untuk puasa yang pertama tahun ini. Malam tu saya terbungkang tido anak beranak. Penat oiii bawa kete bulan puasa.

Hari kedua berpuasa. Adik saya yang tinggal berhampiran rumah encik abah pun joint berbuka puasa hari tersebut. Semalam dia berbuka di rumah mak mertuanya. Hari ni ramai la kat rumah encik abah. Maka menu pun kene la meriah sikit.

Selesanya montot anak sedara mami duduk atas handbag mami

Kami ke pasar raya Tunas Manja. Kalau area Jalan Gambang ni memang popular la pasar raya ni.. Misi mencari lauk. Lain yang dirancang, lain yang dibeli. Kita stay aje kat kawasan barang basah. jangan pusing kat lorong lain. Kang banyak pulak yang tak sepatutnya ada dalm troli.

Ikan popular di Pahang

Menu hari tersebut, pais tempoyak ikan patin. Ni kalau gi warung Mabiq kat Tanjung Lumpur ni tak sah kalau tak ambil lauk ni. Menu berbuka untuk hari kedua kita berMabiq la pula.

Resepi Pais Tempoyak Ikan Patin 

Bahan-bahannya
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
Sedikit kunyit hidup
Sedikit halia
Serai (ketuk)
3 sudu Tempoyak 
2 tangkai daun kesom

Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit dan halia. Tumiskan dengan sedikit minyak sampai naik bau. Masukkan serai dan tempoyak. Gaul sebati sampai pekat. Letak ikan dalam aluminium foil. Lumurkan bahan2 tadi pada ikan. Masukkan ikan dalam pemanggang. 

Gunakan ini lagi senang


Resepi ni nak guna ikan lain pun boleh bagi mereka yang tak makan ikan sungai. Dulu saya tak makan juga, tapi tengok orang lain makan macam sedap. Encik abah pun amat wehi makan ikan sungai. Ok laa... Boleh terima dek tekak.


Puding kek karamel ni pula bukan saya yang buat. Saya order je dengan kawan. Memang kalau tiap kali balik Kuantan saya akan order dengan kawan saya ni. Sedap sangat pudingnya. Bagi mereka yang berada sekitar Taman TAS kalau nak order boleh lah hubungi Puan Zahanita hp: 013-9269583.

Ramadhan pada hari yang berikutnya, hari ketiga. Tinggal la saya dengan encik abah semula. Adik ikut turn ke rumah mak mertuanya. Selang2 turn berbuka puasa. Senang tak yah gaduh2. Menu pun simple juga. Cencaru sumbat sambal. Saya tak buat sambal tumis atau sambal kelapa macam biasa. Tapi saya buat sambal belacan campur bawang besar je. So resepi tak diperlukan. Kalau nak, komen "saya nak resepi".

Ni memang masak untuk meratah je ni.

Ramadhan hari yang ketiga ni la baru saya berkesempatan untuk melawat tapak bazar Ramadhan yang super busy kat Jalan Gambang ni. Kalau dulu2 memang redah dengan motor. Dah beranak pinak ni, kene la bawa kereta. So kena datang awal. Bawa kereta datang pukul 5.30 ke atas memang saja nak pusing Taman TAS namanya untuk cari parking aje. Ngam2 datang time tu orang tak ramai sangat.


Nampak saya tak??

 Sweet sour oxtail with basil

Hari keempat Ramadhan tahun ini. Kami berbuka dengan makanan tunjuk2. Saya balik ke Kajang. Pun drive sensorang. Tapi tak rasa letih sangat sebab dah prapare dari segi mental dan fizikal. Awal2 pagi dah pekena 100plus. Tidur pun amat mencukupi. Atas highway banyak kereta. Jadi tak adalah rasa kesunyian sangat macam balik ke Kuantan hari tu. Saya ke bazar Ramadhan area Sungat Sekamat, kajang. Dekat je la dengan rumah saya. Parking kat stesyen minyak yang berdekatan. kena caj RM1. Laju je mereka buat duit. Motor pun kena caj 50sen. Saya beli laksam Sang Arjuna beli murtabak. Tuan puteri pun tak ketinggalan. Membeli juga dianya. Lewat malam tu encik suami bawa balik lauk untuk kami supper.


Hasil tangkapan tuan puteri.

Tu dia. Dah main dengan budak kecik yang pandai minta dah sekarang. Berpusing2 kepala dia nampak ke belon tu. Budak yang jual belon ni multy language. Melayu boleh, Jawa boleh, Cina boleh, Tamil pun boleh. Rasanya barang dagangan dia yang paling laku kat bazar Sungai Sekamat tu.

Ermmm... Setakat ni lah cerita Ramadhan saya. Hari ni dah 5 Ramadhan 1436H. Dah menghala ke tua ni, tengok budak makan eskrem pun tak raa terliur dah. Tapi kalau kopi, memang tergugat. Buka AFC channel pun tak rasa apa. Tapi bila buka IG, nampak post yang lama. Memang luluh iman saya. Hingga jumpa lagi di lain entri. Salam Ramadhan dari saya. Assalamualaikum

Nampak lempeng kat IG sendiri terus rasa nak masak time tu juga.

ps: thanks for reading. xoxo

No comments:

Post a Comment