Monday, March 21, 2016

Bunga Di Hadapan Rumah

Assalamualaikum...

Seronok tengok kawan2 yang bercuti di luar negara masa cuti sekolah baru2 ni. Yang saya seronok bila tengok warna hijau rumput di sana. Warna bunga yang pelbagai. Saya kan suka pokok dan bunga lately ni. Jadi, gambar yang berbunga la yang menjadi tumpuan saya. Bila dah tengok bunga yang pelbagai tu, nak jugalah ada bunga2 depan rumah. Ditambah pulak dengan rak besi Hyllis yang saya beli di Ikea masih kekosongan ruangannya

Throwback masa pergi Eco Semenyih. Cuaca panas di Malaysia hanya sesuai dengan taik ayam dengan balong ayam ni. 

Saya suka bunga yang selalu berbunga dan senang jaga

Senangnya berbunga. Masa beli ari tu dia masih bertunas nak keluarkan kuntum2 ia

Dah besar dooh pokok ni. Memang nak kena tukar pasu


Ulam pegaga ni memang tiap kali cecah rak atas dia je konpem saya petik dan makan terus

Idaman saya. Ada patio depan rumah ni yang kosong. Bila saya cakap nak buat macam ni kat encik suami. Dia sengih je. Tak tau sengih melarang ke sengih izinkan. Abis2 pun jawapan dia nanti banyak nyamuk kat rumah. Tak pe. Saya dah beli aerosol untuk semburan pada pokok. InsyaAllah tak de nyamuk.

Untuk pokok bunga matahari nanti saya cadang nak tanam kat rumah saya di Maran. Harap boleh la ia mekar kat kampung.

Bila saya tengok dan baca blog2 pasal tanam pokok bunga depan rumah ni. Rasa tak sabar pulak nak merealisasikan impian berbunga di halaman asmara saya ni. Tapi pergerakan sedikit tersekat dek kerana cuaca yang super panas ni. Saya ni kalau ke mana2 memang kena bawa porch bag lagi satu ni. Kesian pulak dia nanti kepanasan. Kena tunggu encik suami cuti la gayanya nanti. Kita tinggalkan tuan puteri dengan beliau.

Hingga berjumpa lagi. thanks for reading. xoxo...

No comments:

Post a Comment