Fenomena el nino yang telah melanda negara Malaysia nampak amat menakutkan. Berikutan ada kes kematian akibat cuaca panas ni, menyebabkan masyarakat menjadi gusar. Termasuk la dengan saya. Banyak aktiviti luar saya terpaksa ditangguhkan. Namun, kawan2 saya macam tak paham pulak. Ada je yang ajak saya hang-out. Dengan cara baik saya menolak. Tapi hati ada sedikit terguris bila mereka mula upload gambar mereka bercengkerama beramai-ramai di media sosial. Sampai hati kowang. Tapi jawapan mereka... Ko kan takut hitam. Duduk je kat rumah senyap2. Baiklah...
Walaupun ramalan mengatakan panas sehingga Bulan June. Alhamdulillah... Jangkaan kita tak boleh mengatasi hebatnya kuasa Allah swt. Dalam kita merungut sebab banjir, didatangkannya matahari. Sama macam keadaan sekarang. Dalam kita kegusaran akibat panas membahang, diberikan rahmat hujan kepada sekalian alam. Sehingga waktu saya taip blog ini, dah 3 hari berturut, setiap petang jajahan takhluk Kajang akan hujan.
Kalau masuk lorong rumah saya, rumah saya yang pertama yang akan nampak ada kaler hijau dari pokok
Dan bila dah tak panas, barulah tuan puteri dapat bermain di luar rumah. Saya pun dapat la melayan dia. Dengan cuaca yang mendung, dengan angin sepoi2 bahasa yang menyamankan. Dapatlah tuan puteri berlarian di luar. Anak2 jiran pun sama. Punya seronok mereka menikmati rahmat Allah yang dikurniakan. Moga kita terus beristiqamah dalam ibadat kita. Sesungguhnya, tiada nikmat dari-Nya yang hendak kita dustakan.
My fashionista
Berlari memijak lopak air depan rumah
Hingga berjumpa lagi. Tahnks for reading. xoxo...
No comments:
Post a Comment