Dalam seminggu ni, rajin pula saya menjenguk halaman rumah saya. Kalau sebelum ni agak semak la juga keadaan nya. Macam la busy sangat kan. Bukan sebab malas, tapi panas sangat nak menebas ke nak cabut rumput ke. Tapi sejak pergi ke Flower Show Eco Majestic Semenyih tu, rajin la saya menengok pokok2 saya. Tapi saya buat waktu malam. Panas kannn...
Maka dengan itu, saya rasa saya nak kena tambah pasu dan juga beberapa pokok. Saya suka pokok yang hujau, besar dan tinggi. Kalau berbunga tu satu keseronokan juga. Mesti ada juga warna halaman rumah saya. Rumah kos rendah je. So nak buat beria tu tak dapat la. Halaman pun kecik je. Jadi saya ke Ikea. Bukan semata2 nak beli pokok je kat situ. Ada beberapa kawan saya buat kiriman sebab kat Kuantan kan kalau orang jual barang Ikea katanya mahal. Tolong kengkawan juga la ni.
Bila pergi Ikea mesti la kena possing
Mula2 tu nak beli pokok2 yang kecik je sebab harga RM1 pun dapat kalu kita pandai cari. Tak sangka pulak, kemain banyak pokok2 mereka yang berharga super murah. Apa lagi, lets sumbat dalam troli lerr.
Pokok yang besar tu harganya Rm15.90
Cadangnya nak beli rak besi yang murah tu. Tpi bila cari tak jumpa. Tanya staff mereka katanya dah abis stok. Patut la tak jumpa. Lagipun saya pernah nampak orang kemain promote rak besi tu untuk dijual kawasan luar dari KL - Selangor ni. Lepas makan we all pun balik. Kena balik cepat saya pergi masa weekdays. Nanti tersekat dengan jem time orang nak balik kerja.
Yang ni nanti idea satu hari nanti nak buat juga sebab ada dinding kosong depan rumah saya
Masa dah sampai rumah, tuan puteri saya dah tido. Senang la saya nak buat kerja. Lepas keluarkan barang, kemain excited nak deco deco bersama Eric katanyaa. Kat luar tersangat panas walupun masa tu dah pukul 5.30pm. Tapi demi nak menghias halaman depan, gigih la juga duduk bawah garaj je pun.
Lain kali pergi Ikea nak kena tambah lagi ni. Padahal ni tempat letak sudu.
Inilah hasil pokok2 dari Ikea. Sorryla pokok kecik, lain kali saya belikan kasut dan rumah untuk awak ye. Stok untuk awak dah abis.
Lepas mengemas kat luar, perasaan happy tengok pokok tu berbunga sangat dalam hati. Rasa bersembang pulak dengan pokok2 depan rumah ni. Hari masih panas. Malam nanti kita sembang lagi ye pokok. Malam tu saya mengemas pula kawasan yang tak berbumbung depan halaman ni. Orang tua kan kata, pokok2 ni pun ada perasaan. Kalau kita layan dia, dia pun akan sihat.
Saya kira kuntum2 bunga ni, dan saya jangkakan setiap hari sekuntum akan mekar.
Bunga ni akan gugur bila petang. Tapi tiap hari akan akan mekar pada kuntuman yang baru. Setiap pagi dia menceriakan saya
Sebab dalam seminggu yang lalu saya mula membelek mereka. Pagi ni mereka menghadiahkan pemandangan yang cantik bila saya buka pintu. Subhanallah. Cantiknya awak. Walaupun awak bukan kategori bunga idaman orang lain, awak tetap cantik. Saya sayang awak juga.
Ni pokok bunga kantan. Memula dapat dia kering je. Tapi tiap hari juga saya siram dan belai dia. Dah mula bertunas. Membesar dengan sihat dan cantik tau sayang.
Pokok ni yang paling banyak berjasa dengan saya. Terima kasih awak.
Siapa sangaka pokok kedondong ni boleh berbunga dan akan mula mengeluarkan buahnya yang pertama. Padahal saya tanam dalam pasu. Alhamdulillah.
InsyaAllah, lepas ni saya nak membela ikan pulak. Si abangnya minta dari dedi nak hadiah akuarium sempena birthday dia kelmarin. Kena rajin menjaga haiwan belaan pulak.
Hingga jumpa lagi di lain hari. Thanks for reading. xoxo....
No comments:
Post a Comment