Memang menjadi rutin saya sekeluarga, bila malam minggu je, saya akan bersama2 hang out anak beranak berempat ni ke Putrajaya. Kenapa Putrajaya. ?? Sebab dekat dengan rumah saya. Lagipun kat situ happening. Ramai orang. Ada banyak aktiviti. Padahal aktiviti tersebut sebenarnya dah dilarang. Tapi orang tetap ramai ke sana. Saya pun tak tahu kenapa laa mereka tak benarkan rakyat berlibur bersama keluarga kat tempat yang murah dan free macam tu. Orang pun tak dibenarkan berniaga. Eeee... Tak pahamlaa.
Kami melepak di hadapan Perbadanan Putrajaya. Dengan spotlight yang terang benderang. Dengan rumput carpet yang lembut, dapat la kami duduk melayan anak2. Sebelum ke sana, saya masaklah sedikit bihun goreng untuk santapan kami. Kononnya macam picnic la tapi ini picnic waktu malam.
PS: mutu gambar kurang memuaskan
Super yummy bihun goreng. Puji sendiri jee
Istana Kehakiman
Tuan puteri saya dah tido dalam kereta lagi. Ngam2 saya abis makan dia pun bangun
Time ni akan ada event esok paginya. Power Man Asia
Dengan abisnya entri ini, saya rasa saya nak tunjuk la kat encik suami supaya dibelikan HP yang baru. Bila waktu malam je gambar2 saya tak lawa laaa.
Thanks for reading. xoxo
No comments:
Post a Comment