Assalamualaikum...
Sejak2 bermain dengan pokok ni, waktu siang saya dihabiskan dengan bersembang dengan pokok. Sampaikan arjuna saya pun naik pelik. Mami ni OK ke tak ni. Asik cakap dengan pokok je. Macamlah pokok tu boleh cakap semula. Memang la pokok tak boleh bercakap. kalau dia bercakap, kompem mami cabut lari dulu.
Nanti2 la saya ceritakan tentang pokok. Disebabkan panas yang membahang, saya duduk rumah je la. Cuma baru2 ni je ada gak keluar dengan famili ke Ikea. Ramai pula yang nak kirim barang2 Ikea untuk dibawa balik ke Kuantan hujung minggu ni. Penuh la kereta comel saya nanti.
Malam tadi saya berkesempatan mengikut encik suami main badminton. Memang jadi rutin dia, bila hari Selasa je dia akan bersukan. Ini merupakan kali pertama saya ikut dia. Tapi nama je ikut dia. Yang saya buat, melepak kat kedai makan. Pening pulak tengok orang bersukan. Rupanya jiwa saya tak ada semangat kesukanan kot. Tapi, kalau Manchester United main, punggung macam kena gam juga laa. Acaner tu.
Banyak la batang betik yang gebu
Tak tau mana pengikat rambutnya. Masuk dalam kereta elok bertocang. Keluar kereta, ginilaa rupanya..
Go dedi go!!!
Here Dedi. I take racket for you
Seperti yang saya nyatakan dalam IG saya. Tuan puteri pengarang jantung saya ni dah mula take over saya. Dah mula over dari maminya. Dia la tukang pegang air dedi, dia la yang nak sediakan makan dedi. Dia laa yang akan ambil tuala bila dedi nak mandi. Dia juga la yang akan berkepit dengan dedi bila kami menonton TV. Dedi's princess sangat sekarang ni.
Setakat ini sahaja yang saya nak merepek. Thanks for reading. xoxo...
No comments:
Post a Comment