Assalamualaikum...
Baru2 ni rumah saya dimasuki seseorang. Berkemungkinan yang saya kenali juga sebab tak ada pecah masuk ke dalam rumah. Setelah disoal siasat oleh saya terhadap anak saya si abang Aiman Hakimmy, saya simpulkan, berkemungkinan antara kawan2 dia juga. Maklumlah, si abang kan susah sangat nak mengikut berjalan. Selalu sangat nak tinggal di rumah. Sebab tu tiap kali saya balik, mesti ada je kawan dia yang ada sekali dalam rumah. Kalau tak ada pun, saya dapat jangka sebab ada tinggalan Maggi Cup dalam tong sampah. Tak kan laa dia sorang makan sampai 3 mangkuk.
Hati saya memang dah panas masa tu. Dengan provokasi dari adik saya sendiri yang bekerja sebagai polis tu lagi, dengan sindiran adik2 saya yang lain dan juga dengan sengihan yang macam memerli dari encik suami membuatkan meluap-luap api dalam diri. Belasah dan pukul dia pun dah tak berguna sebab benda dah jadi. Maka, malam tu saya tak boleh tido. Berteleku dan memikirkan mana silapnya. Sebab kisah zaman muda sayakah. Sebab salah mendidik kah. Sebab Allah nak uji kah. Semua bermain di benak fikiran saya. Solat Isya malam tu pun hampir jam 2pagi lepas semua tido. Sambil berteleku di sejadah saya terpandang HP saya yang sentiasa bunyi Whatsapp masuk.
Tapi saya tak buka WA. Mencari logo Google Chrome. Dan saya mencari doa seperti yang saya nyatakan dalam tajuk. Lantas saya temui beberapa dari blog. Nak semak samaada betul ke tak doa2 yang saya jumpa pun tak sempat dah, masa tu saya hanya bertawakkal sahaja. Dan meletakkan niat ketika itu seandainya Allah mendengar dan menerima permintaan, moga dikabulkanlah.
Selepas membaca Yassin. Saya memulakanlah permintaan saya. Saya membaca Surah Al-Hasyr ayat 1-18. Setelah selesai membaca surah tersebut, teruskan dengan membaca zikir seperti di bawah. Baca sebanyak 11kali atau 33kali atau 44kali...
Dan akhir sekali membaca doa seperti di bawah.
Saya hanya memohon. Sama ada Allah nak makbulkan atau tidak, itu adalah urusannya. Setiap kali selesai solat Isya, memang saya duduk lama di tikar sejadah. Alhamdulillah. Dalam masa yang kurang dari seminggu, sewaktu kami mengemas dapur, encik suami telah menemui duit kami yang diambil itu. Berkemungkinan di campak dari tingkap yang sedikit terbuka. Walaupun tak sepenuhnya, kami berpegang mungkin jumlah yang tak cukup itu bukan hak kami. Walaubagaimanapun, saya bersyukur. Dalam kekurangan saya, Allah mendengar juga rintihan hambanya. Tak kira siapa pun kita. Sesungguhnya ketika itu saya akur akan kebesaran Allah. Alhamdulillah dan syukur. Tapi jangan pula bila susah aje baru nak ingat Allah.
Moga bermanfaat untuk anda juga. Thanks for reading. XOXO
No comments:
Post a Comment