Baru2 ini saya dikejutkan dengan berita seorang sahabat lama saya yang tiba2 diserang angin ahmar. Beliau merupakan classmate saya semasa di tingkatan 6. Ye... Umurnya sebaya dengan saya. 38 tahun. Tetapi diuji dengan sakit yang sebegitu. Namun setiap sakit merupakan ujian kepada kita sebagai hambanya dan mensucikan dosa2 kecil kita. Tatkala menerima berita tersebut, pastinya saya dan kawan2 yang lain berasa sedih dan hiba. Moga beliau diberi kesembuhan seperti sediakala. Isterinya juga sahabat sekelas saya. Dan kami sememangnya terkejut masa awal2 percintaan mereka. Dalam kelas dulu mereka berdua teramatlah bermusuhnya. Dan untuk Ida Liana Baba, isteri Muhammad Azizi Khalid, moga kau juga tabah mengahadapi ujian ini dan dapat menjaga suami dengan penuh kasih sayang.
Get well soon my dear sahabat
Me, Shahrani (pegang Mahirah) dan Ida
Walaupun sakit, masih kuat melayan kami. Dan walaupun sang isteri kepenatan, tetap utuh bersembang bersama saya dan juga bekas rakan sekelas kami Shahrani Idderis. Moga ikatan persahabatan kita kekal ke syurga.
Thanks for readings. XOXO
No comments:
Post a Comment