Friday, April 1, 2016

Weekend Foodgasm

Assalamualaikum...

Selamat hari lahir saya ucapkan ke pada GST. Dah setahun umur anda. Walau setahun awak semakin kaya dan semakin hebat bergaya. OK. Cukup la intro yang bisa menyakitkan hati sesiapa sahaja. Kalau nak cakap GST, tak kira peringkat umur, tak kita kelas dan kedudukan seseorang. Memang tak boleh lari dari GST.

Hujung minggu yang lalu juga banyak betul pengisian saya bersama keluarga dan kawan2. Tu yang sampai tak sempat nak menjengah belog ini. Banyak perkara dihabiskan dengan aktiviti makan. Bermula dari kenduri adik kawan saya, kami sekeluarga turut serta dalam rombongan mereka ke kenduri kahwin di Taman Medan. Hajat nak menyinggah di Sunway Pyramid tak kesampaian bila cuaca yang panas sangat, sakit pula kepala saya. Masuk dalam kereta rupanya dah berdarah hidung. Encik suami tak cakap apa atau tak bertanya. Terus pandu kereta balik ke Kajang.




Aktiviti makan nasi minyak dah settle. Rasa macam dah lama tak makan nasi minyak. Dan biasalah, saya kan suka pergi kenduri kahwin. Keesokannya, saya mengikut encik suami beli barang hotelnya. Pun macam dah lama tak masuk area pasar Chow Kit. Nampak teratur la sikit dari dulu. Lepas beli barang kami ke Kampung Baru untuk lunch. Targetnya haruslah pintu gerbang.

Kuasa membeli belah dan tawar menawar




Dah puas makan kat Kampung Baru yang makin meletop harganya. Kami terus balik ke rumah sebab encik suami nak kena sambung kerja. Saya lepak tiga beranak je tengok tv. Lambat pulak encik suami balik. Saya bawa anak2 makan kat cafe yang baru bukak di kawasan perumahan saya. Cafe 43ribu namanya. Cafe ni simple je bangunannya. Bangunan ala2 rumah kongsi pekerja buat MRT. Tapi harganya macam Secret Recipe laaa...



Hari berikutnya dah tak hari minggu. Siabang Kimi merengek nak menonton wayang lepas balik dari sekolah. Nak tengok Boboiboy katanya. Semua kawan2 dia dah tengok. Semua gelakkan dia sebab tak tengok lagi cerita tu. Encik suami pun cek tiket yang available. Mujur laa ada kat Balakong. Dekat sikit nak peginya. Ooo... Dedi cuti sebab tu dia layan.



Ni untuk kucing2 yang selalu datang rumah

Dan penghujung bulan March saya, setelah lama tak jengah ke Bangi Sentral. jom la kita pegi tengok kawasan. Masa saya nak luch kat Paramount Bangi Sentral ni, saya perasan ada orang tengah shooting. Tetiba datang pulak Ady Putra kat sebelah saya sambil tegur tuan puteri. Terkejut dan buat2 terkejut pun ada. Alang2 dia dah ada saya tanya, nak bergambar boleh tak. Dapatlah sekeping. Ok laa minta gambar dengan dia dari Apek Kelantan dulu. Baik je. Si Apek tu, siap lari2. Tau la kat padang dia tak berlari sangat.



Ni namanya Sinful Drinks Tudung People.

So, setakat itu sahaja coretan saya untuk kali ini. Wowww... Banyaknya gambar saya. Minta maap la kalau melambatkan kelajuan internet anda kerana gambar2 tersebut. Terima kasih tolong hit belog saya. Hingga jumpa lagi di lain entri. 

Thanks for reading. XOXO...


No comments:

Post a Comment