Update saya yang latest sekali hari tu saya bagitau saya nak kurus kann. Terutama tang peha saya yang macam kayu balak ni. Maka, saya berusaha sedaya mungkin untuk kurus. Walau hakikatnya ramai yang kata saya tak la segemok mana pun. Tapi saya tetap dengan target saya iaitu nak pakai baju yang tak muat hari tu kemudian barulah saya tak perlu bersenam lagi kerana pasti saya akan jual semula baju tersebut kalau ada yang sudi membelinya.
Dengan usaha yang sedemikian yang diperoleh dari belog Kevin Zahri tu. Sebolehnya saya nak dapatkan saiz peha yang sesuai dengan baju terebut. Saya kurangkan makan. Saya banyak bersenam terutama bahagian kaki dan peha. Sebut bab makan, suami saya agak berisi badannya. Kalau beza dengan saya ada dalam 2.5 kali ganda. Bila kmi makan bersama, dia lah yang jadi tukang cedok nasi untuk saya. Tapi malam2 yang saya nak diet tu memang saya akan buang banyak nasi tu ke dalam periuk. Tinggal la sejemput je nasi untuk saya. Bermulalah bebelan dia. Saya tetap dengan pendirian saya yang saya nak diet.Lantas dia buat muka perli.
Seronoknya diraikan kawan2
Sekembalinya dia dari tempat kerja. Tatkala dia membuka pintu terlihat dua batang kayu balak sedang berayun. Menandakan saya sedang exercise. Dan sekali lagi dia gelak besar. Shut up. Saya sedang berusaha nak kecilkan kaki saya. Jangan ganggu saya. Dan rutin tersebut berlarutan untuk beberapa hari.
Bila encik suami melihat puan isteri berkeadaan begitu. Dengan selamba dia cakap. Tak payahlah nak diet2, nak senam2. Gemok pun gemok la. Peha balak ke peha KLCC ke tak kisah pun. Jarang la ada bini chef yang kurus2. Nah ambil duit ni. Esok pegi lah beli baju lain yang muat. Baju yang tak muat tu jual je kalau tak de sape nak beli sedekah je la. Tak payah susah2 nak kurus. Kesian tengok. Dan saya pun berhuhuhu. Betul ke ni? Nak belikan baju baru yang lain ke??. Tapi nak design sama macam ari tu boleh??. Tapi kalau tak terjual tak pe ke??. Dan saya rasa so phewww...
Tetapi... jeng jeng jeng... Urusan saya dipermudahkan. Saya terpandang update seorang gadis di group Minaz saya menyatakan dia ada baju design yang sama macam saya tapi dia ada saiz L. Dia nak tukar kepada saiz M. Dan saya apa lagi. Terus berhubung-hubungan-hubungi dengan beliau. Dan proses swap kami berjalan lancar. Tunggu parcel sampai dan dapatlah saya melaram dengan baju kesukaan saya tu dengan saiz L. Tak perlu susah2 nak berdiet nak bersenam angkat2 kaki. Yiieehaaa...
Tetapi encik suami dah bagi duit untuk tukar baju tu. Acaner tu. Disebabkan saya merupakan seorang isteri yang baik. Saya amat menghargainya. Maka setelah selesai urusan pos mengepos. Saya menuju ke Bangi Sentral. Kita cari baju lain pula. Nampak tak. Saya tak mensia-siakan pemberian suami saya. Dont't try this at home. Miaahahaha...
I"m a happy wife
Bahagianya saya. Bila melihat koleksi baju saya. Memang tak ada pembaziran di situ. Saya mempunyai pengikut yang juga sukakan jenama ini. Dan pastinya ramai yang akan mencari baju2 yang saya beli ni yang ketika itu dah tak ada di pasaran lagi. Pandai tak saya.
Thanks for reading. XOXO...
No comments:
Post a Comment