Saturday, May 21, 2016

Ragam Kaki Shopping Seperti Saya

Assalamualaikum...

Lamanyalah saya tak ke udara. Encik suami tetiba cuti panjang. Bila dia cuti panjang maknanya tak ada masa untuk saya membelogging. Nama je cuti, tapi asik mengadap email tempat kerja. Tak cukup dengan WA dari kawan2 sekerja, dia kena pergi jengah juga ke hotelnya. Bila dia nak ke sana, saya pula nak ikut. Masa tu laa saya boleh mengepow apa yang patut. Boleh la saya bershopping sikit.

Waktu bershopping bagi saya kadangkala boleh bertukar menjadi saat duka dan seloka jiwa. Rasanya bukan saya sahaja yang mengalami pengalaman seperti ini. Jadi bagi saya, waktu shopping bukanlah 100% waktu yang bergembira bagi saya. Saya list kan beberapa perkara yang spoil mood saya ketika bershopping.

Masa nak bayar harga jadi lain

Saya paling tak suka kalau berhadapan dengan situasi ini. Terutamanya masa sales di mall atau pun butik. Punyalah saya teruja kalau saya tengok baju yang berlonggok ada tag yang besar tulis 70%. Mestilah saya akan buat kira-kira. Dah rasa macam ok je dengan bajet yang saya bawa, saya akan terus ke kaunter. Bila nak bayar... maaf puan, baju ni normal price ye, tak ada diskaun. dan perasaan saya masa tu bagaikan THE HECK... mennn... I ambil dalam bakul yang berlonggok tu hokkeeyy. Mungkin ada customer yang terletak dalam bakul 70% tu kot puan. Saya hati kental. Saya akan blah dari kaunter itu.

What??? You said this dress RM300??? I just saw it RM30 only. Maybe you add number 0 at the back. I want this but I only can pay RM30. I will make a report. Nah 30...


Tetiba Husband Tak Sporting

Seperti biasa, saya yang sentiasa ketaksuban bila bershopping ni. Nak pulak kalau tetiba ada iklan sales kat Instagram. Saya punya teruja memang tak dapat dibendung lagi. Terutamanya sales di Bangi Sentral. Kalau tak bawa suami nanti tak boleh pow. Tapi bila bawa encik suami, masa tengah pegang2 dengan nak pilih2 (perempuan mesti lama nak pegang dan pilih hokkeeyy), tetiba encik suami kata cepatlah, nak gi situ sinun nun ke Amerika. Masa tu mood saya dah berbelah terbelah jiwa.
I belum pilih lagi. 
Dah jom lain kalilah datang. Nak cepat ni. 
OMG!!! I want it. I really want it...
Which one. Hurry up...
Don't know. Belum pilih lagi. 
You lambat. I nak cepat ni. Jom balik.
Grrr

Yeaayy... Dedi kata jom Toy's R Us... Mami tinggal...


Off Season Kembali Lagi

Yang macam ni pun saya tak suka. Saya selalu let go barang dalam almari saya. Kadang2 tu saya letak je dalam box barang terpakai yang nak didermakan. Contohnya tudung bawal. Saya tak berapa menggemari tudung bawal Aidijuma. Jadi masa fenomena tudung tu saya tak beli even sehelai pun. Mana2 tudung bawal saya yang lama2 saya bagi orang. Tapi sekarang lepas Mia Ahmad pakai tudung bawal, ramai pula yang menggila ke tudung bawal. Ditambah pula Mira Filzah pun keluarkan jenama tudung bawal sendiri. Tapi diorang tak panggil tudung bawal. Diorang panggil square shawl. Lepas tu blouse kembang2 pun menjadi kegilaan. Blouse labuh pun orang suka. Skirt kembang pun orang dah jadikan ia sebagai trend terkini. Membuatkan saya terpaksa mencari semula trend itu di butik. Dan saya kena beli. Paling tak boleh diterima bila seluar koyak pun orang jadikan sebagai fesyen. Seluar yang koyak saya buat las lap kaki aje. Kenapa sekarang. KENAPA!!! So, saya dah ada semula koleksi tudung bawal square shawl. Saya ada blouse labuh tunic. Cuma saya tak ada seluar jeans koyak. Husband saya marah.



Square shawl Mira Filzah x Leeyana Rahman

Macam biasalah, nak cerita ke nak tunjuk gambar. Dua2 pun boleh. Hingga jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Thanks for reading. XOXO.

No comments:

Post a Comment