Wednesday, May 11, 2016

Resepi Tepung Pelita

Assalamualaikum...

Jajahan Sungai Long Kajang serta sekitarnya dah hujan hampir seminggu yang lalu. So, beberapa tempat dah dinaiki air. Dalam pada El Nino yang amat membahang dulu, kini Allah turunkan hujan. Bersyukur ke hadrat illahi yang mencurahkan air dari langitnya. Mungkin kerana beberapa empangan yang hampir kekeringan, sedikit sebanyak dapatlah ditambah air ke dalamnya.




Saya hampir berimaginasi tatkala terpandang gambar di akhbar minggu lepas yang mana Empangan Kuala Kubu Bharu yang mulai kering, saya terfikir apakah kita akan menjadi seperti beberapa negara Afrika yang kekurangan air. Maka saya mula menyimpan air, mula mengumpul air dalam botol mineral water dan mungkin akan menjualnya dengan harga yang berpuluh kali ganda mahalnya. Nampak sangat niat yang terpesong. Tetiba insaf sekejap bila terbaca pula hadis apakah jawapanmu di hadapan Allah, bilamana kaummu yang kesempitan memerlukan pertolongan dan kamu menjual pertolongan itu. Terus saya tak jadi meneruskan agenda laksana Yahudi itu.

Bila dah selalu hujan, perut pun asik lapar. Maka duduk rumah melakukan aktiviti yang lebih banyak di dapur. Kemalasan pula bila bercadang nak ke Bangi Sentral, tapi cuaca hujan begini susah pula nak mendukung tuan puteri, nak pegang payung dan yang utamanya tak boleh pakai wedges. Gila nak pakai wedges dalam air hujan dibuatnya terpeliok , hilang laa nak bergaya.


Kemain panjang mukaddimah. Tak berpadanan dengan tajuk. Tajuknya kuih tapi intipatinya banyak kehujanan. Sebelum mengantuk marilah kita melayan resepi ini.

Resepi untuk 6 orang dewasa

Dua pelepah daun pisang
Empat cawan tepung beras (bahagi dua)
3 cawan air pandan
3 cawan santan
Pewarna hijau
Gula & garam

Cara2 membuatnya

Lepas buat acuan kuih bentuk macam kapal, masuk kan sesudu gula dalam setiap satu acuan tadi.

Ambil dua cawan tepung beras, campurkan dengan 3 cawan air pandan dan pewarna hijau. Gaul sampai sebati. Nak pakai mesin pengadun tu pun boleh. Masak dengan api yang sederhana. Kacau non stop ye. Kacau sampai dia dah pekat. Bila dah pekat dan tak berketul, padamkan api. Masukkan adunan yang dimasak tu ke dalam acuan yang berisi gula tadi.

Masukkan adunan yang dah dimasukkan ke dalam acuan tu ke dalam pengukus. Kukuskan sehingga dia berubah warna.

Ambil lagi dua cawan tepung beras. Campurkan dengan 3 cawan santan. Masukkan sedikit garam. Gaul sampai dia tak berketul. Masak dengan api yang sederhana. Bila dah pekat dan masak. Masukkan ke dalam acuan daun pisang tadi. Jangan angkat senduk tinggi takut adunan putih tadi turun ke bawah yang hijau naik atas.

Tunggu sampai sejuk barulah boleh makan.

Kuih ni kalau bulan puasa memang laku. Bulan puasa kan orang suka cari kuih yang manis2. Tak rugi tolong arwah mak buat kuih masa dia berniaga pasar Ramadhan dulu.

Hingga berjumpa lagi. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment