Sunday, May 8, 2016

Leeyana Rahman Tower Soft Launching

Assalamualaikum...

Semalam saya ke Bangi Sentral. Biasalah, tempat saya melepaskan lelah sekarang. Semalam merupakan pembukaan butik baru LRC yang terletak di belakang bangunan PKNS Bangi. Memang besar sangat butiknya. Nak pulak bila mereka berkolaborasi dengan sahabat mereka Elrah Exclusive. Masuk dalam butik tu pun dah nampak elegant, mewah dan classy. Walaupun di luar bangunan mereka dah mula penuh dengan para peminat mereka, tak adalah berebut dan bertolak macam butik yang lagi satu tuuu (at first).

Dari jauh dah nampak gah nya butik ni. Tahniah!!!

Mereka melancarkan koleksi terbaru mereka iaitu Mystic Collection. Set ni datang dengan couple set. Saya nak beli tapi saya tak ada duit. So saya beli yang murah aje iaitu koleksi lama mereka. Saya puji sambutan yang diberikan oleh para peminat LRC ini. Amat menggalakkan. Menjadi kebanggaan kita juga sebagai bangsa Melayu. Seronoknya berbisnes dengan sambutan sebegini.

Mystic Colection


Kusangkakn kesopanan juga dibawa dari rumah. Bukan nak kutuk, tapi inilah hakikatnya. Cara wanita dan lelaki shopping amat jauh bezanya. Masa saya nak bayar di kaunter LRC, berebut, bertolak. Seksa saya dibuatnya. Dengan berpuasa lagi. Ting tong kejap kepala saya. Bila minta goodies tak dapat. Katanya nak nombor. Dan saya rasa berhaba seketika. What number?? I even don't know about number. You all cakap 150 "pembeli terawal" dapat goodies bag. Dan saya antara yang paling awal bayar (lepas joint tolak2 kat kaunter- the heck!!!)

Aku dapat dulu baju ni. Aku dulu laa... (gambar google)

Berbeza bila saya ke kaunter Elrah. Beratur dan tersusun. Yang beratur tu lelaki sebab butik ni berlangsungnya sales jubah lelaki. Ya Allah. Berbeza sangat. Tak ada jerit2. Tak ada bertolak2. Dan tak perlukan nombor untuk dapatkan goodies bag. Rasa amarah saya lenyap seketika.

Ini apa bikin. Tarak tau. Orang beratur kita kasi beratur juga.

Bagi saya, ini adalah mentaliti wanita dan lelaki bershopping. Nampak perbezaannya. Amat ketara. Nampaknya aktiviti tolak menolak dan menjerit adalah dari kalangan pelanggan itu sendiri. Dari pengalaman diri sendiri (semalam). Saya dah melaluinya. Dari mental saya yang tak nak bertolak yang pada awalnya menjadi pemerhati, saya terpaksa juga menolak orang kiri kanan saya (Im sorry but you yang tolak I dulu, I just balas balik). Tapi, selama saya pergi opening new butik. Time nak membayar tak ada pulak macam yang saya lalui semalam. Harap pihak butik LRC boleh memperbaiki service yang lebih baik. Jenama ni dah makin dikenali dan disukai serta digilai. So, tsunami para peminat pastinya hebat. However, saya akan tetap menyokong you all dari belakang suami saya sebab dia letak wallet kat situ. Dan kepada wanita (termasuk saya juga), tolonglah, jaga adab, jaga tingkah laku. Dah macam apa tah saya tengok. Terjebak juga saya dengan senario berebut ni yang sebelum ini saya menontonnya di media sosial.

Oiii... hidung aku oiii... oiii goodies bag aku mana oiii...

Dan apabila saya view IG mereka yang bershopping semalam. Saya merasakan, adakah para menteri juga melihatnya. Dan saya rasa ~~~~ syukurlah rakyatku, Malaysia masih aman. Kenaikkan harga barang tidak membebankan.

Thanks for reading. XOXO.


No comments:

Post a Comment