Friday, May 6, 2016

My Labour Day

Assalamualaikum...

Tiap tahun pada 1 Mei para pekerja akan menikmati cuti Hari Pekerja atau pun Labour Day. So sesiapa yang bekerja dapatlah cuti. Nak pula kalau cuti tersebut jatuh pada hari Ahad, cuti akan carry forward ke next working day. Macam baru2 ni. Malaysia menikmati cuti panjang selama 4 hari berturut. Membuatkan jalanraya sesak terutamanya di PLUS Highway dan Lebuh Raya Pantai Timur. Mujur kami gerak awal dari Johor pada hari Ahad.

Saya hanyalah surirumah yang memang tak ada cuti. Even tetap bekerja sebagai surirumah, saya tetap tak menerima bayaran tripple macam pekerja yang ada KWSP dan Socso. Tapi hidup perlu diteruskan. Tetibaaaa. Tangan pun dah mula berkematu basuh baju dan pinggan. Cuti panjang pun orang boleh berkenduri kahwin. First time saya pergi kenduri kahwin hari Isnin. Kan cuti ganti Labour Day semalam.


Alhamdulillah perjalanan kami tak adalah jem sangat. Saya pergi dengan anak2 aje sebab encik suami dah mula kerja kat tempat baru. Lupa pula saya nak ambil contact number pihak katering kat kenduri ni. Nasi minyak dan lauk2 mereka sedap betul. Nantilah saya tanya pengantin tu.


Yang paling anak2 saya suka katanya kat kenduri ni ada aiskrim macam McDonald la mami. Dah dapat aiskrim memang apa pun tak pandang. Rugilah kowang tak menikmati nasi minyak macam mami yang super sedap.



Makanya pengisian cuti Labour Day tahun ini diisi perut dengan kenduri kahwin. Masa nak balik tetiba sahabat saya call ajak ke rumah maknya. Ada apa? Dan dia jawab ada makan sikit2 untuk birthday anak saudaranya.


Makan lagi kata anak2 saya. So kami pun ke Flat Sri Sabah Cheras. Mulanya saya pikir just nak tunjuk muka je. Maklumlah dah kenyang. Sampai2 apa pun tak siap lagi. Kita lepak2 la sambil tolong2 godek kuali.

Birthday girl budak comel kat tengah tu Dah 3 tahun dah.

So menunya simple. Ada mihun goreng (wajib untuk birthday) lamb chop, grilled chicken, mash potato + coleslaw. Si tuan puteri pulak tumpang tido. Seronoknya saya dapat makan dengan aman sekali. Itulah kisah Labour Day saya. Sebab saya hanyalah seorang surirumah. 

Thanks for reading. XOXO

No comments:

Post a Comment