Friday, October 13, 2017

Kecundang

Assalamualaikum...

Ini sekadar kisah throwback saya. Last week saya balik ke Kuantan. Di mana kawasan perumahan arwah mak di Taman TAS telah disahkan kawasan bencana denggi. malah ada yang mengatakan kawasan darurat. Tujuan balik pun kerana nak menziarah adik yang baru bersalin. Ehh... Tak la baru sangat. Dah sebulan dah bersalinnya tapi sebab baby tak cukup bulan, makanya kami lewat nak menziarahnya sebab duduk dalam NICU. Dah sama macam si tuan puteri saya pula.

So... Berbalik kepada wabak denggi. Masa Aidil Fitri yang lepas, tuan puteri saya pun dijangkiti wabak ni. Dapat dari mana tak pasti la saya. Tapi besar kemungkinan dari Kajang la juga. Dalam ramai2 budak2 yang datang bermain kat depan rumah ni, si kecik saya juga yang kena jangkitannya. Bila balik Kuantan baru ni, jenuh juga la berperisai ke dia. Tak cukup dengan tido berkelambu, saya spray mosquito repellent. Pakai bangle serai wangi. Pasang ubat nyamuk elektrik. Sebelum masuk bilik spray ridsect. Memang betul2 ambil langkah berjaga2 la kiranya. Sebab saya tak nak terkena untuk kali kedua.


Si tuan puteri demam start raya pertama lagi. Tak terpikir langsung dia kena demam denggi. Ingatkan demam biasa2 je. Bila raya keempat still tak kebah demamnya walaupun dah 2 klinik kami pergi. Terus kami ke KK Labis. Bila cek darah dan kompem laa sakit tu. Meleleh juga la ir mata mami.


Makanya... beraya kami dalam hospital. Ini bukan sebab raya ke empat tu. Tapi memang dari raya pertama dan kedua saya dengan si kecik ni melepek kat rumah je. Tak adalaaa kisah nak ber-OOTD masa tu. Hanya beri tumpuan kat dia sorang. Abang Kimi pun cakap tahun ni raya tak best. Tak apa lahh abang. Asalkan dapat rasa raya tu pun dah cukup. Ok... Muka dia tak puas.



Walaupun kami cek-in di Hospital Segamat. Ada juga adik saya datang melawat walaupun drive dari Kuantan sana. Yang bagusnya Hosp Segamat ni, tak ketat sangat la undang2 nya. Walaupun dah malam, masih ada pelawat yang boleh masuk tapi kena minta ijin la. Jangan main redah je. Tapi, at least still dapat melawat.

Sehingga ke hari ini. Masih lagi kedapatan berita dari Kuantan tentang keadaan di sana. Masa balik tu pun ada jentera tentera dan bomba yang parking di kawasan berdekatan untuk melaksanakan program gotong royong perdana.  Dan berita yang kami terima dari seorang kawan yang anaknya kini warded di HTAA, vaksin untuk mencegah denggi dah ada. Tapi hanya available di klinik2 swasta. sejauh mana berita tu, nanti saya update.

Moga keluarga kami sihat2 sahaja hendaknya. Sesungguhnya cek-in hospital adalah tak best. Sesungguhnya kalu anak mami tak sihat, mami risau sangat2. Mula la mami asik sakit perut.

Hingga berjumpa lagi di next entri.  XOXO

No comments:

Post a Comment