Kemain tajuk omputih kata ko. Tapi isi confirm la Melayu. Nak baca in nglish boleh click kat translate. Saya nak cerita semalam saya pergi jalan2 dengan adik bongsu saya. Kami sama2 duduk area KL ni tapi nak berjumpanya memang susah la juga. Makanya, weekend kali ini encik suami dikehendaki bekerja. Dapatlah kami spend time adik-beradik.
Adik bongsu saya. Paling manja dengan arwah mak
Biasalah kalau pempuan2 hang out. Sudah pastilah pergi shopping. Tapi kali ni kami tak pergi ke Bangi. Asyik pergi Bangi Sentral je. Dah alang2 encik suami tak ada kita pergi tempat yang jauh sikit. Makanya kami menuju ke Seksyen 7 Shah Alam. Tempat ni lebih kurang macam Bangi Sentral la juga. Betul2 depan pimtu masuk UITM Shah Alam.
Adik saya ni tengah pregnant. InsyaAllah hujung bulan 5 nanti dia akan melahirkan anak sulungnya. Lelaki kot. Disebabkan dia dah terjebak dengan instagram, dia pun mula menggilai jenama muslimah yang ini. Saya dah pernah pesan kat dia, jangan main IG. Tapi sesal dahulu pendapatan. Sesal sekarang, ermmm, nampak macam tak meyesal. Sebab dia ada lebih banyak koleksi dari saya. Bertabahlah encik suamimu.
Saya pun tumpang sekaki dengan aktiviti yang menyeronokkan ini. Suka betul guna kuasa surirumah ni. Sebab kakakmu ini surirumah, nak juga bergaya. Ingat kau yang bekerja aje nak melawa. Belilah untuk kakakmu ini.
Kalau dah berjalan, haruslah berpossing. sebenarnya kat Seksyen 7 Shah Alam ni ada banyak mural kat belakang2 kedai. Tapi baru possing dua tiga gambar, tuan puteri saya pula berak. Potong stim la tuan puteri ni. Balik dari Shah Alam, saya ceritakan pada encik suami. Best laa kat Shah alam tu, Butik2 situ lagi besar dari Bangi Sentral. Butik Calaqisha tu amek dua lot kedai. Boleh lari2 dalam kedai and barang dia banyak. Rasa nak pergi lagi. Ain pun cakap next week dia minta tolong hantarkan dia ke sana. Is it my wife. So you nak pergi lagi. Bila?? Next week. Nampaknya doa you terlaksana. Next weekend I kena kerja lagi. Before I transfer ni banyak betul amanat yang I kena tinggalkan untuk staff I. Pergilah. But no budget for you.
Hurmm... Apalah maknanya kalau pergi butik2 tapi tak dapat membeli. Sob... Sob...
Thanks for reading. XOXO...
No comments:
Post a Comment