Masa zaman saya bekerja dulu, selalu sangat saya diserang sakit kepala. Selalunya migrant. Mungkin stressed dengan kerja saya. Dengan nak tinggalkan anak la... Tetiba kena OT pula sampai memikir macamana la nak ambil anak dari taska. Kena call pula kawan2 yang lain minta tolong ambilkan anak dari taska. Memang pening dan sakit kepala dibuatnya. Solusi saya pastinya pain killer. Stok pain killer memang selalu ada dalam beg saya. Sampaikan jadi pengedar pula sebab tiap kali saya beli stok saya akan beli lebih. Ramai kawan2 pow ubat saya.
Kebergantungan terhadap pain killer pun tak elok. Saya tak tau dengan lebih lanjut sebab apa tapi kawan2 menasihatkan saya supaya tak terlalu bergantung kepada pain killer. Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati. Dan sampai satu tahap nanti pain killer tak berkesan lagi terhadap kita dan kita akan memerlukan amount yang banyak. Bila dah ambil amaount yang banyak tu la akan menyebabkan masalah dalaman kita. Tu dia. Dalam kata tak tau lebih lanjut tapi kemain panjang lebar penerangan saya. Jadi saya kurangkan pengambilan ubat tiap kali sakit kepala.
Arwah mak ajar saya, kalau sakit kepala buat macam ni. Ambil tuala kecil dan nipis. Prefer tuala good morning tu la. Sediakan besen kecil yang diletakkan ais bersama air (akan jadi super cold air tu). Minyak cap kapak. Basahkan kepala kita dengan air batu tadi. kemudian rendamkan tuala good morning dalam air batu tu juga. Letaklah minyak cap kapak kat tempat sakit kepala. Basahkan lagi dengan air batu kat tempat sakit kepala. Perah tuala jangan sampai kering pulak. Last sekali ikat tuala kat kepala macam kita selalu buat lepas mandi tu. Nahhh... Awak akan rasa penangan minyak yang panas tu berlawan dengan air batu tu. Dia punya fell memang sedap laaa.
Tapi bila dah ada tuan puteri saya ni susah pulak nak bunjut2 kepala saya. saya buat lagi dengan cara yang senang sikit. Saya letak minyak cap kapak tu kat kepala bahagian yang sakit. Kemudian saya pergi mandi. Basahkan kepala sekali. Masa mandi kena berhati sikit sebab minyak tu akan turun kat muka pula. Pepandai awak la kalau nak elak. Masa mandi tu akan rasa dingin je kat kepala. Lepas kita lap2 kepala, letak lagi minyak angin tadi.
Tapi kalau masa sedang bekerja pula, memang tak dapat la nak balut kepala macam tu. Tak dapat la mandi berbagai. saya akan letak minyak aje. Minyak cap kapak pulak ada bau kan. Dah banyak dah minyak angin yang bau wangi contohnya macam Fresh Care tu. Lepas tepek minyak angin kat kepala, saya minum 100+. Sesekali picit kepala kita tu. Keluar angin rasa macam 100+ tu. Dapat la lega sikit kepala saya.
Setakat ni saya tak cari lagi cara lain untuk melegakan sakit kepala. Sebab itu yang mak saya ajar, rasanya itulah ilmu yang perlu hargai lepas dia dah tak ada ni. Moga bermanfaat untuk yang lain juga. (PS : semua gambar Google)
Thanks for reading. XOXO.
No comments:
Post a Comment