Saturday, April 23, 2016

Si Tompok Cafe, Bangi Sentral

Assalamualaikum...

Seperti yang saya beritahu pada post yang lepas2, weekend ini encik suami saya bekerja. Lagi beberapa hari je dia akan habis perkhidmatannya di The Westin Kuala Lumpur. Kemudian cuti seminggu sebelum menyambung tugasannya di St. Regis Kuala Lumpur. Sesungguhnya saya amat tersenyum bahagia dengan pertukaran dia nanti. Jadi, semalam dia dah melayan tuan puteri kami bermain. Hari ini saya kenalah take over semula tugasan melayan tuan puteri nan sorang ini.

Tuan Haji Valentino and his wife

Aktiviti saya selain dari bangun tidur waktu matahari dah naik. Saya akan cari makan dulu. Rezeki saya hari ini bila dapat jemputan kenduri kahwin dari kawan saya masa saye form 6 dulu (adik dia yang kahwin). Apa lagi, nasi minyak la kita hari ini ye anak2. Saya kan suka pergi kenduri kahwin. Jemputlah saya, kalau tak ada hal lain confirm saya sampai. Tapi tak dapat bergambar dengan pengantin sebab tetiba hujan kemain lebat. Nasib baik masa saya sampai kawan saya ajak bergambar awal2. Dah balik dari kenduri, anak2 tak mau balik rumah lagi. Dalam hujan yang super lebat itu kami berfikir nak ke mana ye. Encik suami pula mesej bagitahu dia balik lambat. Terus tuan puteri cakap eeooww. Si abang pun cakap adik nak pergi tengok meeooww la mami. OK. To the meeooww we go!!! ehhh








Tak taulah bila waktu yang sesuai kami nak ke sini. Tiap kali saya datang sini mesti kucing2 ni tengah tido (masuk kali ni dah 3 kali saya datang). Gambar abang mana?. Ermm..  Si abang ni mana maunya dia nak bergambor. Kalau bergambar je mesti dia buat muka pelik la, senget la. 

Mami memang over tak kira tempat sibuk nak possing.

Tapi kawan saya kata kalau nak lagi best pergi kat Johan and his cat. Memikirkan nak ke Damansara sebab nak makan dengan kucing. Baik kita makan kat luar rumah pastu kucing datang mengecek makan. Sama je.

Hingga jumpa lagi. Thanks for reading. XOXO

No comments:

Post a Comment