Wednesday, May 4, 2016

Ke Labis Kita

Assalamualaikum...

Rindunya nak menaip di keyboard pc bilik saya. Setelah lebih seminggu tak membelogging, akhirnya dapat juga masa nak menulis. Selama seminggu saya balik ke Labis - rumah mertua saya. Hampir seminggu juga la si abang tak ke sekolah. Nasib baik cikgu memahami. Kami pulang ke kampung suami saya. Encik suami kan dapat tempat kerja baru. Jadi dia nak pulang untuk ambil berkat kedua orang tuanya. Adalah kenduri sikit2. Dan 28 April yang lalu juga, genaplah dua tahun pemergian emak saya. Moga arwah dicucuri rahmat hendaknya dan di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.



Bila dah berada di tempat orang ni, pastinya lah saya nak makan makanan mereka. Alhamdulillah, sepanjang berada di sana saya dapat apa yang saya rasa nak makan. Selain dari nasi ambeng yang disediakan oleh mertua saya, tiap malam juga la dapat nasi ambeng yang juga diberkan oleh jiran2 mertua saya. Begitu juga bila saya rasa nak makan soto dan juga lontong goreng. Bab lontong goreng ni memang saya tak pernah lepaskan peluang nak makan la kalau balik Johor.



Yang ni kena buat kek batik yang diminta oleh mak mertua.

Kebetulan ada kenduri kahwin depan rumah.

OOTD pergi kenduri kahwin depan rumah. Belakang tu bukan kereta saya.

Balik kampung saya banyak buat kuih je. Tiap hari saya nak makan kuih. Tengah hari selalunya mertua saya masak. Heee... Ampun. Bukan tak nak masak, encik suami sendiri kalau balik kampung dia tak nak makan apa yang saya masak. Nak juga mak nya yang masak. Rindu masakkan mak la tu. Kami gerak ke Selangor agak awal laa juga untuk elakkan dari jem sempena cuti Labour Day. 2hb Mei, Encik suami pun dah memulakan tugasannya di tempat baru. Moga maju jaya hendaknya.

Hingga berjumpa lagi. Thanks for reading. XOXO

No comments:

Post a Comment