Tuesday, August 21, 2012

Salam Aidil Fitri 2012M / 1433H

Assalamualaikum uolz...

Wah...wah... Lama tak menghapdet ni... Fuhhhfuhhhfuhhh... Tiup habuk jap... Betul2 punya bz kan sepanjang Ramadhan tiba... Ramadhan tiba ari tuuu...

Dikesempatan ini iolz nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Nabi Muhammad SAW... Hari Raya ini disambut oleh orang Islam sebagai tanda kemenangan mereka setelah sebulan berpuasa... Alhamdulillah.. Kita masih menyambutnya di negara yang aman dan damai... Raikan dengan penuh kemeriahan tapi masih terbit keinsafan pada diri ye uolz... Makan pun biarlah berpada2... Banyak makan nanti, perut tak boleh nak menerima tu yang kene kejutan kat perut tu kang...

Selamat bergembira uolz...

Saturday, August 4, 2012

artis!!

U olz....

Kalau nak cakap pasal artis... Ramai ler mak bapak zaman sekarang merestui anak2 mereka jadi artis... Ye lah... Kalau kene gaya dan cara... Jadi artis pun boleh jadi kaya sekarang... Kita dah dihidangkan dengan hiburan... Dan kalau tak de hiburan mungkin mati jiwa dan rasa seseorang itu... Begitu besarnya pengaruh artis dan hiburan sekarang...

Antara artis yang dah berjaya, Siti Nurhaliza... Tanya la org yang ada kat kiri kanan berdekatan dengan kita... Kompom juga pasti la ramai benor yang minat dengan Siti... Tengok la dia le ni... Bapak la kayanyaaaaaa... Tu yang buat mak bapak sekarang nak anak dia jadi artis dan kaya macam Siti Nurhaliza...

Artis dari luar negara kalau masuk Malaysia... Sambutan nya... Humangaiii.... Ramainya umat yang nak tengok konsert mereka... Promo sana sini... Sanggup la peminat2 menghabiskan ratusan ringgit untuk tengok konsert depa ni... Jelajah seluruh dunia... Kalau dah jadi artis kat Malaysia ni dah banyak kaya... Apa lagi yang stok jelajah dunia... Tak hairanlah pendapatan mike2 tu juta2 dollar... Dollar ok... Tak main ringgit2 lagi dah...

Saban tahun... Munculnya artis2 baru... Silap langkah setakat sebuah lagu atau sebijik drama je la yang muncul... Kalau pandai bawa diri... Glamer la kau macam Aaron Aziz... Nah amek sebijik kete free hadiah sokongan peminat...

Aku xde la taksub dengan artis... Setakat jadi peminat tu boleh la... Ikut la selera masing2.. Dari zaman muda memang minat dengan KRU... Sangat suka sama Johnny Depp... Even Mawi pun yang pernah buat aku gila2 kat dia walau hakikatnya kompom tak dapat.. Kuikuikui...

Dulu aku pernah tulis surat kat Bagio Damasutra... Hahahaha... Tak denya dia nak membalasnya... Tak kurang juga kat Amy Search... Sekarang peminat dah tak payah main surat2 lagi... Tweeter pun dah boleh.. Melonjak2 la peminat dan berbunga2 hati tu bila artis tu balas tweet kita... Macam aku... Hahahaha... Tak tido malam tu dok mengadap balasan tweet dari artis yang baru naik dan melonjak popularitinya iaitu Nazim Othman. Dari watak seorang tunang yang tenang, caring, penyayang dambaan hati pempuan2 di luar sana... Owwwhhh Bazli... Meh kat mak meh...

Published with Blogger-droid v2.0.6