Monday, March 28, 2016

Kuasa Bermain Mahirah

Assalamualaikum...

Wow... kemain hebat saya menghapdet belog. Semalam dah update. Hari ni nak update lagi. Gitulah kaedahnya bila keseorangan di rumah. Maksud keseorangan tu, anak2 semua tido maka mami terkulat terkebil sorang2. Saya memang susah nak tido siang. Dan sebolehnya saya akan elak untuk tido siang. Mata ni walaupun lelap 5 minit aje waktu siang, malam kang konpem tak tido sampai pukul 4am.

Waktu siang saya juga kalau tak komen FB atau IG kawan2, maknanya hp bukanlah berada di tangan. Sehari kena caj hp sampai dua kali gara2 tuan puteri saya yang mengamuk nak menonton video. Solusi yang baru dari encik suami, nanti dedi beli hp untuk Adik yee... Dan mami so feww. Cepatlah beli dedi oiii...

Sekarang pun dedi dah tak berapa suka nak bawa tuan puteri yang sorang ni untuk bershopping. Kalau encik suami saya ni balik kerja, tetiba ada paper bag Parkson. Wahhh shopping tak ajak nampak. Bukan tak nak menghiburkan Mahirah dan Kimi. Kalau kami ke mall, setakat nak beli baju selai memang sampai ke malam la kami kat situ. Ini semua sebab tuan puteri saya ni kalau dah nampak permainan yang masuk token or coin, konpem melekat kat situ aje. Dan dia juga dah kenal ToysR'us. Kalau kawasan saya ni, Alamanda dengan IOI City Mall dah tak boleh masuk dalam senarai riadah. Makanya kalau kami nak ke sana. Sila pertahan jiwa dan raga untuk melepak 2 atau 3 jam dan standby coin banyak2 kat menatang ngok ngek itu.

Ooo I like this. I want this. Please dedi

Ooo I got it. Thank you dedi




Orang keliling kalau nampak tuan puteri saya mengamuk sebab nak bermain, mesti diorang akan kata anak nak main pun mak pak berkira. Mereka tak tau, yang tuan puteri dah main dua jam di situ sementara menunggu abang Kimi keluar dari wayang. Kami menebalkan muka tuan puteri meraung sepanjang perjalanan kami ke parking. Dan pastinya dia akn tertidur dalam kereta. Bila bangun je, dia nak tengok hp sebab nak tengok rakaman dia bermain tadi. Dan merengek tunjuk2 hp kat encik suami. Maknanya, minta main lagi. Ehh.. Mami pulak hantar video ke Whatsapp group adik beradik mami. Dan semuanya tak tau nak setting non auto download WA video. Komen yang diterima. Aduiii oii.. Abisla data aku terdownload video mektek ko ni. Dan sorang lagi. HP aku kat Danish aje sebab nak tengok Dik Yah main kereta. Dah setengah jam oii ulang video Dik Yah main kereta. Semua ni akan menjadi kenangan bila Mahirah dah besar nanti.

Thanks for reading. XOXO...

Sunday, March 27, 2016

Malam Minggu di Stadium Kajang

Assalamualaikum...

Sama seperti di Putrajaya yang pernah saya ceritakan dulu. Aktiviti untuk anak2 juga berlangsung di Stadium Kajang. Disebabkan tuan puteri saya yang kemain payah nak tidur malam2. Nak bagi dia tidur kami kena bagi dia penat. So kat sini pun dia boleh berlari dan bermain sepuas hati dia. Bezanya kat sini ada taman permainan. Tak macam di Putrajaya.

Namun suasana sini sedikit berbeza. Spotlight hanya dibuka semasa perlawanan bola sepak sahaja. Orang datang ramai2 pun bukan nak tengok orang berlawan sepak bola. Tapi nak main buih sabun dan rollerblade. Masuk percuma. Lokasinya macam yang saya nyatakan tadi, di Stadium Kajang, bersebelahan dengan sate Kajang Haji Samuri. Betul2 tengah town Kajang.

Walaupun lampu buka ke dah tutup ke tetap ramai budak2

Secawan air sabun RM5.


Tak tau team mana yang lawan

Lampu dah ditutup. Kami tetap bermain

RM10 untuk 20 minit

Ok laa. Kira lepas ni kalau saya nak datang sini saya nak makan sate Kajang tu dululah. Tapi kena datang awal sebab ramai. Bila masuk dalam rstoran tu, rasa macam pernah datang. Tapi suasana tu macam lain je. Hingga bertemu lagi.

Thanks for reading. XOXO

Friday, March 25, 2016

Swiss Garden Melaka

Assalamualaikum...

Ni kisahnya percutian yang sesaja nak throwback je. Kejadiannya berlaku masa cuti sekolah bulan 12 tahun lepas. Mak aiii... Kegilaan apakah ini yang membuatkan kau nak cerita kurun lama punya kisah. Tapi tu la... Sebab Agoda pun baru hantar email suruh saya buat review. Makanya setelah selesai memreview kat Gmail. Kita cerita kat sini pulak.

Saya memilih Swiss Garden sebab suka dengan hotelnya yang cantik. Kira OK la dengan taraf 4 bintangnya. Encik suami kan hotellier, makanya dia pun nak kan service yang tip top. Berbeza dengan rangkaian Swiss Garden yang pernah saya kunjungi. Swiss Garden Melaka ni lain macam sikit.

Bermula dengan check-in, semuanya OK. Walaupun tak berapa suka dengan ramai orang yang beratur, tapi kaunter untuk check-in dan check-out sorang je yang handle. Sebab saya ni penyabar orangnya, saya pun tak kisah. Tapi bila dah masuk bilik, memang super cantik. View saya mengadap Kampung Monten yang berada di pinggiran Sungai Melaka Waterfront. Sememnganya memuaskan hati tatkala masuk ke dalam bilik.



Cuma yang membuatkan mood saya agak tercalar bila masuk toilet, tak boleh flush. Once kita dah beristinjak dan dah buka paip, dah tak boleh nak close rapat. Leaking pada kepala paip. Saya pun call front office untuk mereka inform kepada engineering. Off coz la anak2 nak menonton telivisyen. Remote TV pulak tak ada. Puas mencari dalam semua drawer, pun tak ada. Saya pun call sekali lagi untuk memaklumkan perkara itu. Lantai toilet pun dah banjir. We all pulak nak lunch ni. Encik suami pulak keluarkan baju dari dalam beg dan minta saya ironkan bajunya. Saya buka almari sebab hotel selalu simpan iron dalam almari. Pun tak ada iron. Aduhhh... Punya la nak marah. Bila saya call sekali lagi (3rd time ok), pandai pulak diorang ajar saya mana nak cari. Saya katakan saya dah cari kat semua tempat kecuali bawah katil. Saya pun dah lapar. Saya nak keluar dengan harapan semua settle bila saya balik nanti.

Tapi bila balik semula ke hotel. Yang ada cuma remote TV dan iron. Flush toilet masih belum berbaiki. Barulah kami dapat menonton TV. Sekali remote tak boleh pakai sebab tak ada bateri. Call lagi minta bateri. Masa tu kesabaran saya dah hilang. Cuma ada adab sopan santun. Tak keluar any vulgar words. Baikkan saya. Pihak engineering datang repair toilet pun masa malam. Masa saya sedang bersiap nak keluar untuk dinner.

Yang best tentang hotel ni, dia terletak di tengah bandar Melaka. dekat dengan waterfront kalau nak menyusuri Sungai. Dan juga same building dengan shopping complexs The Shore. Sebab ada shopping complex pengalaman nak marah masa masuk bilik tetiba lenyap. So tak ada complain letter dari ex-staff hotel (saya la tu)  yang jaga pasal complain seperti saya. Kalaulah saya menggunakan kuasa dan skill guest yang saya handle masa kerja di westin dulu. Silap2 saya dapat free staying dan juga free breakfast dari Swiss Garden Melaka ni. Lagi satu, pool dia best. Anak2 mesti suka kalau dapat main air kat sini.




Malam tu kami dinner kat Umbai rasanya. Kat Parameswara Seafood. Ramainya orang tak yah cakap la. Maybe masa kami tu weekend dan cuti sekolah. Tapi yang bagusnya juga, walaupun ramai masa nak pilih ikan. Makanan cepat sampai. Masa nak tunggu pulak ada jambu asam boi. Dan ianya bukan free ye.



Bangun pagi, anak2 sambung semula berendam. Sebab tak ada breakfast dalam package dan saya pulak tak ngengada minta free bermacam segala setelah banyak complain. Kami makan maggi hot cup je. Dah puas berendam, masa untuk check out. Dan soalan dari Front Office masa saya nak check out, how was your stay madam?? Jawapan saya "WORST!!" Dan tak ada soalan susulan dari staff tersebut. Saya pun bukanlah nak kondem teruk2. Cuma saya rasa, kalau saya berada di tempat mereka, saya pun tk suka terima panggilan dari guest. Tak taulah kalau mereka pulak suka terima panggilan minta itu ini yang tak cukup dalam bilik.


Ice lemon tea yang sangat sedap kata Kimi


Dah settle semua. Marilah kita menikmati bandaraya Melaka ini untuk kali yang keberpa tak taulah. Asal cuti je pergi Melaka.




    


Walaupun saya tak berapa puas hati dengan penginapan di sini. Perancangan untuk menginap lagi di sini tu ada. Semuanya sebab pool dia je. Harapan saya, tak akan timbul lagi masalah sedemikian. Hingga berjumpa lagi.

Thanks for reading. XOXO...

Wednesday, March 23, 2016

Hanya Ramalan

Assalamualaikum...

Fenomena el nino yang telah melanda negara Malaysia nampak amat menakutkan. Berikutan ada kes kematian akibat cuaca panas ni, menyebabkan masyarakat menjadi gusar. Termasuk la dengan saya. Banyak aktiviti luar saya terpaksa ditangguhkan. Namun, kawan2 saya macam tak paham pulak. Ada je yang ajak saya hang-out. Dengan cara baik saya menolak. Tapi hati ada sedikit terguris bila mereka mula upload gambar mereka bercengkerama beramai-ramai di media sosial. Sampai hati kowang. Tapi jawapan mereka... Ko kan takut hitam. Duduk je kat rumah senyap2. Baiklah...

Walaupun ramalan mengatakan panas sehingga Bulan June. Alhamdulillah... Jangkaan kita tak boleh mengatasi hebatnya kuasa Allah swt. Dalam kita merungut sebab banjir, didatangkannya matahari. Sama macam keadaan sekarang. Dalam kita kegusaran akibat panas membahang, diberikan rahmat hujan kepada sekalian alam. Sehingga waktu saya taip blog ini, dah 3 hari berturut, setiap petang jajahan takhluk Kajang akan hujan.

Kalau masuk lorong rumah saya, rumah saya yang pertama yang akan nampak ada kaler hijau dari pokok

Dan bila dah tak panas, barulah tuan puteri dapat bermain di luar rumah. Saya pun dapat la melayan dia. Dengan cuaca yang mendung, dengan angin sepoi2 bahasa yang menyamankan. Dapatlah tuan puteri berlarian di luar. Anak2 jiran pun sama. Punya seronok mereka menikmati rahmat Allah yang dikurniakan. Moga kita terus beristiqamah dalam ibadat kita. Sesungguhnya, tiada nikmat dari-Nya yang hendak kita dustakan.
My fashionista

Berlari memijak lopak air depan rumah


Hingga berjumpa lagi. Tahnks for reading. xoxo...

Monday, March 21, 2016

Bunga Di Hadapan Rumah

Assalamualaikum...

Seronok tengok kawan2 yang bercuti di luar negara masa cuti sekolah baru2 ni. Yang saya seronok bila tengok warna hijau rumput di sana. Warna bunga yang pelbagai. Saya kan suka pokok dan bunga lately ni. Jadi, gambar yang berbunga la yang menjadi tumpuan saya. Bila dah tengok bunga yang pelbagai tu, nak jugalah ada bunga2 depan rumah. Ditambah pulak dengan rak besi Hyllis yang saya beli di Ikea masih kekosongan ruangannya

Throwback masa pergi Eco Semenyih. Cuaca panas di Malaysia hanya sesuai dengan taik ayam dengan balong ayam ni. 

Saya suka bunga yang selalu berbunga dan senang jaga

Senangnya berbunga. Masa beli ari tu dia masih bertunas nak keluarkan kuntum2 ia

Dah besar dooh pokok ni. Memang nak kena tukar pasu


Ulam pegaga ni memang tiap kali cecah rak atas dia je konpem saya petik dan makan terus

Idaman saya. Ada patio depan rumah ni yang kosong. Bila saya cakap nak buat macam ni kat encik suami. Dia sengih je. Tak tau sengih melarang ke sengih izinkan. Abis2 pun jawapan dia nanti banyak nyamuk kat rumah. Tak pe. Saya dah beli aerosol untuk semburan pada pokok. InsyaAllah tak de nyamuk.

Untuk pokok bunga matahari nanti saya cadang nak tanam kat rumah saya di Maran. Harap boleh la ia mekar kat kampung.

Bila saya tengok dan baca blog2 pasal tanam pokok bunga depan rumah ni. Rasa tak sabar pulak nak merealisasikan impian berbunga di halaman asmara saya ni. Tapi pergerakan sedikit tersekat dek kerana cuaca yang super panas ni. Saya ni kalau ke mana2 memang kena bawa porch bag lagi satu ni. Kesian pulak dia nanti kepanasan. Kena tunggu encik suami cuti la gayanya nanti. Kita tinggalkan tuan puteri dengan beliau.

Hingga berjumpa lagi. thanks for reading. xoxo...

Saturday, March 19, 2016

My Another Hand Bag

Assalamualaikum...

Bagi saya sebagai mak-mak ni. Perkara yang paling seronok bila ada anak perempuan. Tapi masa hanya ada anak teruna saya dulu, perangai dia memang macam mak-mak. Suka ikut pergi shopping is a must. Now bila dia dah besar ni, tak mau dah dia ngak ikut. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya seorang anak perempuan yang menjadi teman saya ke mana jua. Tapi yang ni lagi over dari saya.

Kalau bawa dia pergi mana2 mall. Konpem tak mau balik. Nak pulak bila baru je sampai kat tepi jalan menuju ke mall tu. Dia punya excited siap menjerit lagi. Kalau kami tak ada tujuan ke situ dan hanya lalu aje. Dia punya meraung boleh terbalik kereta dibuatnya. Kalau dah masuk, berlarian dia dalam tu. So kami laki bini memang kena osom sape yang kena kejar. Sekarang dia memang pandai sangat pilih2 baju. Hurmmmm... Baru umur setahun setengah. Makin licin kepala dedi princess oiii...

Hipster sangat bergambar tutup muka

Kita shopping groceries je tau


Penat tolak troli, masuk dalam troli pulak


Dia boleh jadi penunjuk arah juga ke mana troli harus ditolak

Yeayyy... Dapat main. Tah apa2 la barang dia angkut dalam troli

Gitulaa keadaannya kalau bawa dia pergi beli groceries or barang2 dapur. Ada je menda yang dia sumbat dalam troli. Kadang tu sampai saya sendiri kena keluarkan semula sebelum sampai cashier. Tu pun kena pastikan yang dia tak nampak. Kalau nak tengok gaya dia mengamuk, try la...

Hingga jumpa lagi. Thanks for reading. XOXO...

Thursday, March 17, 2016

Bila Datangnya Dugaan

Assalamualaikum...

Balik dari kampung malam tadi, masa nak masukkan barang2 dari dalam rumah, saya ada dengar bunyi air mengalir kat longkang. Dengan cuaca yang super panas ni, takkan laa air mengalir dari mata air atas bukit tu. Tak sedap hati, maka saya pun menjenguk ke longkang. Bunyi air berdesir. Saya panggil encik suami. Oooo... Paip pecah kot. Nanti la call SYABAS. Saya pun meng-ooo jugalaaa..

Lepas menggagihkan barangan dari kampung kepada jiran2 sekelian. Saya pun sekali lagi jengok ke dalam longkang. Kali ni dengan lebih dekat lagi. Masa nak menjengok tu laa saya terdengar bunyi yang menakutkan. Jeng jeng jeng... Bunyi apakah itu. Macam ku kenal bunyi itu. Bunyi tu memang seram. maka saya pergi ke arah bunyi tersebut. Mata saya tertumpu pada meter air saya. Kemain... Macam F1 putaran meter saya. Cepat2 saya tutup kepala paip kat meter tu. Jiran saya nampak kelakuan saya. Lantas dengan selamba dia kata, lama dah bunyi air bocor tu. Dari masa awak balik kampung hari tu. Hari saya balik kampung. Maknanya dah 5 hari. 5 hari laa meter saya berkeadaan sedemikian. Tap...tap...tap... Mata saya hanya mampu berkedip2 kegusaran.

Sejurus memberitahu berita meter laju itu, encik suami hanya mampu tersenyum. Memang itulah wajah dia yang saya suka. Bila ada masalah, hanya tersenyum. Muka pun bertabah aje. Esok you call SYABAS je laa ye. Apa2 nanti bagitau. Aikk... Tak gerun ke kot bil air bulan ni melonjak. Yang tu saya cakap sendiri. Kalau saya tanya dia, kang dia jawab, you nak bayarkan ke.

Setelah saya menghubungi pihak SYABAS, agak menakutkan juga la bila mereka datang dengan pasukan "tentera" mereka. Setelah diteliti, katanya paip tersebut bukan tanggungjawab SYABAS kerana paip yang pecah tu selepas meter. Kalau sebelum meter, mereka boleh bantu membaikinya. Biasalah, saya kan pandai buat muka kesian. Mereka menjawab semula. Kami boleh betulkan tapi kena charge laa puan. Saya pun meng-OK kannya.



Bayaran yang diminta untuk tukar paip, masuk longkang keluar longkang dan berbagainya. Kena caj RM200. Ok la dari panggil plumber maybe dalam RM300.  Tu pun bila tanya encik suami, dia minta ambil duit dalam almari. Katanya sengaja tinggalkan duit, kot2 saya nak keluar jumpa kawan boleh pakai duit tu. Sekarang kan masih cuti sekolah. Is it??? Really??? Tapi duit tu dah pakai untuk bayar kos repair paip. Sob...sob...sob... Tak pe laa... Love you encik suami.

Thanks for reading. XOXO

Wednesday, March 16, 2016

Perjalanan Cuti Sekolah Kami.. Kajang - Kuantan - Labis

Assalamualaikum...

Pembuka cuti sekolah bulan March ni, kami menggunakan peluangNYA untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Memang nostalgic dan tragic jugalah perjalanan kami pada kali ini. Dah service kereta berbagai, break down pula kat tengah jalan. Mujur masa rosak tu masih kat area Ampang. Kalau dah masuk highway, tak tau la nasib dompet encik suami.

Punya seronok nak balik kampung masa mula gerak

Merasalah anak dara saya duduk tepi highway

Ini memang tarak jual... Legend NI sebab arwah mak paling suka kereta ni

While waiting 

Mujur kerosakan kereta kami tak begitu serius. Ongkosnya pun tak begitu banyak. Maka perjalanan kami pun dimulakan semula. Kemain hebat kuasa pecutan kereta saya selepas itu. Sampai Kuantan pun dah malam. Masa untuk tidur je laa.

Rezeki pagi tu, ada kawan adik ipar hantar ikan yang super segar

Sebab tak lama sangat duduk kat Kuantan, masa untuk menikmati Kuantan tu amat terhad. Cuma saya dan adik saya dapat melunaskan program kami sendiri. Tak dapat jumpa kawan-kawan lain akibat kekangan masa. InsyaAllah, ada rezeki nanti kita jumpa lagi.

Malam berikutnya di Teluk Chempedak

Sempat lagiii


Adik beradik saya. Mucho mucho...

Lepas urusan di Pejabat tanah bersama encik abah. Saya terus gerak ke Labis Segamat Johor. Kali ni di kampung encik suami saya pula. Paling saya suka bila balik sini adalah rumah dikelilingi pokok. Nak pula sekarang kan saya suka sangat dengan pokok-pokok.

Pisang ni sampai menunduk ke tanah

Jambu air sampai berguguran. Punyalah tak ada orang makan

Pokok ni la yang saya pernah petik buahnya sebab mengidam masa pregnant



Sama macam di Kuantan. Hanya dapat merasa duduk di Labis untuk dua hari sahaja. Masa balik ke Kajang, singgah sebentar di Air Terjun Gunung Ledang. Ramai juga la pengunjung di sana, maybe sebab cuti sekolah.
Nun sayup belakang tu Gunung Ledang. Nanti saya balik sekali lagi kita cari port yang lebih cun.



Tak puas balik kampung. Thank for reading. XOXO