Friday, January 29, 2016

Berkawanlah Kerana Allah Taala

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak update belog saya agak serius. Mungkin tak boleh diterima pakai oleh orang lain. Cuma saya nak katakan, saya pun menghormati pandangan orang lain. Harap penulisan saya kali ini juga boleh diterima sebagaimana saya menerima penulisan orang lain.


Dalam kehidupan kita, semua orang memerlukan kawan. Tak kira la lelaki atau perempuan. Dari kecik pun kita diajar untuk berkawan. Kat sekolah pun kita suka berkawan. Seteruk mana pun kita digelar kera sumbang, pasti ada seorang dua yang sudi berkawan dengan kita.

Tapi untuk apa kita berkawan. Kenapa kita nak berkawan. Siapa kawan kita. Berapa ramai yang sudi berkawan dengan kita. Saya nak perkatakan tentang kawan yang tak ada hubungan darah dengan kita. Saya tak nak orang kata suami saya adalah kawan saya. Adik beradik sayalah kawan saya. Anak2 saya merupakan kawan yang terbaik. Tak nak. Saya nak cakap kawan... Istilah kawan...

1. Kawan yang memilih / Oppurtunist

Kalau kita ni kaya, ada rupa, popular... Memang akan ada je yang nak melekat nak jadi kawan kita. Nak-nak pulak kalau kita ni berharta. Pakai kereta mewah. Terpelajar. Tak de tolok bandingan dengan orang keliling. Pastinya kita la yang paling dikejar untuk jadi kawan rapat kita. Tak hairan la, kalau dia akan meminggirkan kawan lain yang tak layak untuk jadi kawan dia. Kawan macam ni beranggapan, kalau orang pandang kita yang berharta, orang juga akan memandang dia. Sikit sebanyak, dia juga akan mengambil kesempatan ke atas kita. Berhati-hatilah dengan kawan yang sebegini.

2. Kawan Hipokrit

Kawan macam layak untuk ditinggalkan. Banyak kawan yang hipokrit kat dunia ni. Depan kita, kemain ohh manisnya...manisnya senyuman mu. Tapi bila dia bersama kawan yang lain, mereka akan mengutuk dan mengeji kita. Senang cakap jenis tikam belakang. Mereka selalunya mengutuk secara lisan atau mengumpat. Orang macam ni jenis nak bersama-sama dengan kita. Tapi samapi masa, dia cancel pula. Jenis macam ni jangan dibuat kawan.

3. Kawan yang buat macam kita ni dia punya

Ni dalam erti kata lain ialah Clingy. Asik nak berkepit je dengan kita. Buat kita macam kepunyaan dia. Kalau kita keluar dengan orang, dia punya perasaan jeles membuak-buak. Tapi yang jenis macam akan mengabaikan kita untuk sementara waktu kalau dia bersama dengan orang yang lagi best dari kita. Bila dia dah tak de kawan lain. Kita laa akan kembali menjadi kawan yang paling best untuk dia. Saya tak ingin nak ada kawan macam ni.

4. Kawan tak tau menghormati

Kalu kita berkawan, sama ada dalam radius sama bangsa atau pun lain kaum. Seharusnya kita menghormati. Abis kalau kawan nak balik kampung sebab nak sambut Hari gawai yang jatuh pada tarikh hari lahir kau dan kau pula nak buat Birthday Party of the year, jangan lah kau tak menghormati keputusan kawan kau tu. Tetiba kau nak kutuk kawan nak balik raya. Yang tak nak menghormati prinsip dan budaya orang, jangan sesekali buat kawan.

5. Kawan batu api / Penghasut

Ni jenis busuk hati. Kalau dia tak suka kat orang lain, dengan kita sekali dia ajak tak suka. Mula la buat cerita dan mengapi-apikan orang lain. Sebolehnya berusaha tak nak kalah. Mungkin dia rasa dia la paling hebat kalau orang yang dia tak suka tu jatuh tersungkur tak bangun2.


Ehhh... Banyak la sebenarnya jenis kawan yang ada keliling kita. Bukan sahaja yang tak boleh buat kawan. Yang seharusnya kita ambil dia menjadi kawan kita pun ada.

1. Susah senang bersama

Kalau ada kawan kita yang sentiasa bersama kita dalam apa2 hal pun. Itulah kawan yang baik. Saya ada ramai kawan yang macam ni. Sentiasa bersama saya dalam waktu senang dan susah. Mungkin sebab saya buang kawan2 yang yang ada waktu senang sahaja. Alhamdulillah. Allah mengurniakan kawan yang baik umtuk saya. Malah mereka sentiasa bertanya khabar walaupun jauh.

2. Kawan yang mengajak ke arah kebaikkan

Kadang2 kita tak terlepas dari buat sesuatu yang terlarang. Tapi kalau kawan kita tu menegur kita, nukan bermakna dia busy body. Tapi sebab dia sayang kita. Dia tak nak kita terus lali. Malah dia selalu mengingati kita tentang dunia dan akhirat. Kan elok kalau kita tengah menonton TV. Tetiba whatsapp masuk kawan kita kata "esok kita puasa sunat hari Khamis nak?"

3. Kawan yang menjaga aib kita

Berbalik kepada jenis kawan yang ajak buat baik. Kita dah buat silap. Tapi dia sekerasnya menutup kesilapan dan aib kita dari orang lain. Kalau dia cerita kat orang, maknanya dia tergolong dalam kawan hipokrit. Inilah ciri kawan yang baik yang harus kita dekati. Yang sentiasa menutup aib kita. Malah Allah berfirman, Sesiapa yang menutup aib orang lain, Allah akan menutup aibnya.

4. No matter who you are

Kita tak berharta, kita tak de rupa. Kita bukan sesiapa dalam kalangan orang lain. Tapi dia sentiasa ada untuk kita. Dia tak kisah pun siap kita. Ini juga kawan orang yang boleh dibuat kawan.

5. Sentiasa berbincang

Kalau kita nak sesuatu yang baik, contohnya nak memulakan perniagaan. Ada pula kawan kita yang lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Dia tak lokek untuk berkongsi ilmu yang ada. Sentiasa bersama untuk berbincang demi kesenangan bersama. Bukan meruntuhkan niat dan usaha orang lain. Best kan kawan mcam ni.

Saya rasa sampai sinilah coretan saya. Moga kita dikurniakan dengan kawan yang baik. Yang boleh menjadi kawan dan sahabat kita dunia dan akhirat. Malah, yang tak baik pula, kita doakan semoga terbuka hati mereka untuk menjadi insan yang sentiasa di pandang malaikat.

DAN APABILA KAMU MEMANDANG SAHABATMU
LANTAS KAMU TERUS TERINGAT AKHIRAT
ITULAH SEBAIK-BAIK SAHABAT

Thanks for reading. XOXO










Monday, January 25, 2016

Taman Burung Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Semalam (Ahad 24 jan 2016), kami sekeluarga ke Taman Burung Kuala Lumpur. Almaklumlah, anak2 kami suka sangat tengok haiwan. Kalau kat umah, pantang ada haiwan yang lalu (kecuali semut), mula tuan puteri saya menjerit2 tengok kekaguman. Paling dia suka tengok burung. Si abangnya pun sama. Suka sangat dengan burung2 eksotik. Jadi cuti hujung kami layan kan aje anak2.


Harga tiket masuk sekarang - Dewasa (my kad) RM27 Kanak2 (my kid) RM13. Kalau ikutkan kita yang tua2 ni, tak tengok burung pun tak pe. Tapi kalau bawa anak2, memang berbaloi2. Mesti mereka suka sangat dan teruja tahap maksima.

Si abangnya tanya, semua jenis burung ke ada kat sini mami. Ye nak, semua burung ada kecuali penguin dengan garuda je tak ada. Punya konfiden mami jawab. Penyudahnya dia tanya, mana burung kaler biru yang berlakon dalam cerita RIO tu... Duhh... Ari tu ada la Kimi. Sekarang tak ada. Mungkin dia dah balik Brazil. Hadap la soalan2 anak2 ye.


Ada certain burung yang mereka lepaskan aje untuk berkeliaran kat taman ni. Budak2 memang seronok la dengan view ni semua. Kadang tu ada burung yang duduk dekat je dengan kaki kita. Saya pun teruja. Padahal ini kali kedua saya masuk taman ni. Cuma dulu burung tak sebanyak macam sekarang.




Nak usik2 burung ke, nak bagi makan pada burung ke semua boleh. Tapi kalau nak bagi makan tu, kena beli makanan yang dijual kat situ. Kat situ juga ada jadual untuk show feeding burung2 tu. Paling saya suka masa mereka bagi burung bangau makan. Alahaiii... Banyaknyaa burung. Sampai tuan puteri saya pun kena langgar la...




Cuma yang tak tahannya kalau cuaca panas. Budak2 bukan kira kita bawa air ke tak. Bawa air sebotol besar, kalau dia tengok orang membeli, dia pun nak membeli. Bila beli je, amekkooww... Punya la mahal. Setin air RM4.90. Sebotol mineral water pulak RM3.00. Tu tak beli menda lain. Beli air untuk kami 4 beranak je. Nasib baik saya bawa roti. Tu pun sorok2 dalam beg tuan puteri.



Dalam taman tu juga ada banyak kolam. Encik suami pulak memang suka tengok ikan koi jepun yang besor2 tu. Melekat juga la kami tengok ikan. Sampai tuan puteri pun nak terjun juga la dalam kolam tu.



Kalau nak datang sini, makesure kasut yang you all pakai tu grip dia kuat. Lantai dia memang licin walaupun lantai kering. Kesian tengok ada je orang jatuh gedebuk masa tengah berjalan. Kasut tinggi dinasihatkan tak yah la paki. Walaupun saya ni suka pakai, tapi bila nak datang sini, saya elakkan pakai. Tempat ni besar, berbukit pula tu. Memang kesian la kat kaki.




Meronda dalam 4jam kat dalam tu. Kaki memasing macam dah tak larat nak memijak bumi. Kami pun decide untuk balik. Cukup laa ronda satu round je kat dalam tu. Kalau bebudak yang terlebih makan gula, mau 2 kali round dalam tu. Tuan puteri saya pun buat keputusan nak hisap susu masa kami tengah duduk bawah pokok. Tetiba tertido. Dah... jom gerak.

Hingga berjumpa lagi di lain entri. Thanks for reading. XOXO.

Tuesday, January 19, 2016

Swiss Garden Resort Lumut, Perak

Assalamualaikum...

Sebenarnya cerita ni dah lama. Tahun lepas punya cerita. Tapi nak cerita awal2 dulu laptop rosak. Sekarang dah nak mula belog semula, tak de idea nak ngarut kt sini, makanya buka je la cerita tahun lepas.

Kiranya ni first time kami sekeluarga check-in kat rangkaian hotel Swiss Garden ni. Tengok review orang macam best je kat Swiss Garden ni. Makanya, encik suami yang amat menitik beratkan soal penginapan bila kami berada di luar kawasan pun mencuba laaa.

Sebenarnya kami ke Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. Kalau sesaja pergi nak check-in tu memang tak laa... Encik suami lebih suka duduk rumah kalau dia cuti. Sementelah saya pun suka sangat pergi kenduri kahwin, maka diikutkanlah kehendak puan isteri.




Kenduri kahwin ni kat area Kuala Kangsar. Memang kami dah tau, dari Kuala Kangsar ke Lumut memang amek masa dalam 2 jam, Demi nak tengok laut, kami gagahkan jua.


Masa sampai pun dah petang. Dari pekan Lumut tu kira jauh la juga nak menyampai ke destinasi. Encik suami pun bebel la apasal la pilih hotel jauh2. Dah kata nak hotel bagus, mestilah jauh. Baru sampai simpang nak ke hotel, lagi 17km oii nak masuk dalam tu. Terus encik suami kata, malam nanti tak yah keluar laa... Nak harung hutan pulak nak gi makan kang. Ni gambar pemandangan dari lobby. Arjuna saya yang amekkan sebab masa kami sampai ada group tah dari mana beratur pepanjang nak check-in. Ada juga group yang nak check-out. Sib baik welcome drink mereka air sirap limau.


Ni view dari bilik kami. Kami amek bilik biasa je. Katil double sebab ada anak2 kan. Untuk bilik saya amat berpuas hati. Dengan view yang cantik, dengan bath tub yang besar. Cadang nak mandi kolam, baru sampai kolam tetiba hujan la pulak. Anak2!!! Mandi kat bath tub je la ye.


Kami order in-room dining aje. Tak amek gambar makanan sebab encik suami chef, dia pun tak pernah amek gambar makanan. OK laa makanan mereka. Semua makan dengan licin sekali. Sebab kami menghargai makanan yang berharga mahal. Order baby coat niat nak tidokan tuan puteri dalam tu, Meraung pulak tak nak duduk dalam tu. Si abangnya pulak fefeling baby malam tu, dia la yang mengerekot kaki duduk dalam baby coat.



Bangun pagi, cuaca sangat cantik. So we went for our breakfast that included in room package. Pehhh... Nak cerita pasal dapat breakfast free ko pun speaking makcik. Saya pun puas hati la juga dengan a lot of variety kat buffet breakfast tu. Siap ada live-cook roti canai. Encik suami sangat impressed dengan ini. Walaupun dapat tempat duduk yang jauh luar dari cafe, redha je. Yang penting kita gi makan dan saya dapat kopi. Lepas makan kita boleh bermandi-manda ye anak2.




Kolam mereka pun cantik dan luas. Overall memang saya amat puas hati dengan penginapan kali ini. Anak2 pun suka sangat. Sesambil tu saya pun ke lobby. Minta untuk late check-out. And im so lucky. Sebab masa tu dah hari Isnin, maybe tak ramai guest. Kami dapat late check -out till 3pm. Thank you so much.



Tuan puteri pun seronok sangat mandi-manda. Mami tunggu tepi kolam aje. Sebab kita pun berjaya dapat late check-out. Ada banyak masa lagi ni. Jom kita pergi ke pantai pula. Kat pantai ni ada la juga aktiviti yang kita boleh buat. Macam jet-ski, naik kuda dan juga naik boat menuju ke Pulau Pangkor. Refer kat gambar 1st and 2nd tu. Seberang tu je Pulau Pangkornya. Layankan aje tuan puteri saya yang seronok sangat main pasir. Kuis2 masuk mulut.







Lepas main pasir, balik semula ke bilik, tuan puteri pun sambung tido semula. Nasib baik saya minta late check-out yooww. OK la. Dah settle semua, kami pun meneruskan perjalanan ke pekan Lumut. Kita jalan2 cari makan kat sana. Kami just makan kat area jeti. Kemudian beli ikan bilis mata biru untuk cenderahati buat kawan2.








Dengan itu, habislah percutian makan nasi minyak kami sekeluarga ke Lumut Perak. InsyaAllah, lain kali saya ceritakan lagi pengalaman saya bersama Swiss Garden di lokasi yang lain pula. Hingga jumpa.

Thanks for reading. XOXO

Saturday, January 16, 2016

Anak Dua Orang

Assalamualaikum...

Kalau masa anak sorang dulu, masih muda, masih lawo.(hahaha) Tapi la ni dah dekat je dengan 4 series. Tak de maknanya saya nak dengar lagi orang cakap "hahhh...akak dah ada anak???...laaa... nampak macam anak dara". Dalam mimpi pun memang saya tak kan dengar puji-pujian begitu. Sob sob...

Tahun ni anak sulung umur 11 tahun. Dah darjah 5. Boleh la diharap kalau nak minta tolong apa2. Tapi walaupun dah besar, saya masih tak berani nak biarkan dia pergi mengaji atau pergi ke kedai sendiri. Maklumlah. Banyak sangat sumber pendapatan orang sekarang. Jual organ pun boleh dijadikan kerjaya mereka.


Si arjuna saya ni boleh tahan juga laa perangai dia. Tapi dalam lasak2 dia, dalam hati ada taman. Kalau kena marah tu memang macam tak de parasaan. Kena pukul pun macam kebal je badan dia. Tapi kalau saya buat tak tau dengan dia. Saya diam je dengan soalan dia. Saya tak ajak makan sama2, kompem melelehlah air matanya.


Cuti akhir tahun 2015 kami melaksanakan tanggungjawab kami untuk arjuna berkhatan. Tumpang nama adik saya yang berkhidmat dengan PDRM. Arjuna saya joint majlis berkhatan perdana anjuran PGA Briged Tengah di Cheras Kuala Lumpur. Nampak tak takut la sebab dia pun disogokkan dengan video2 berkhatan yang telah berjaya. Nasib baik dapat nama yang awal2. Kalau hujung2 mungkin teriak juga la. Maklumlah, dalam hati ada taman.


Yang kecik tu nak ikut je abang dia



Selesai. Muka bangga

Minggu depan, arjuna saya naik Al Quran pulak. Lambat??? Boleh la dari tak. Tu sikit cerita arjuna. Kalau nak citer pasal adik dia, Macam selalu pulak nak ceritakan. Layankan gambar je la. Jiran gelar minah kepit.






Gitulah kaedahnya bila tuan puteri dengan saya. Bawa la stroller. Duduknya kejap aje. Kadang dia pulak tukang tolak stroller dia. Ehhh... Sampai sini je la saya merepek. Gini la keadaannya bila dah lama tak membelog. Macam gian nak menulis walaupun cerita membosankan. Sob sob... Hingga jumpa lagi esok. Muuahahahaha.

Thanks for reading. XOXO