Friday, January 29, 2016

Berkawanlah Kerana Allah Taala

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak update belog saya agak serius. Mungkin tak boleh diterima pakai oleh orang lain. Cuma saya nak katakan, saya pun menghormati pandangan orang lain. Harap penulisan saya kali ini juga boleh diterima sebagaimana saya menerima penulisan orang lain.


Dalam kehidupan kita, semua orang memerlukan kawan. Tak kira la lelaki atau perempuan. Dari kecik pun kita diajar untuk berkawan. Kat sekolah pun kita suka berkawan. Seteruk mana pun kita digelar kera sumbang, pasti ada seorang dua yang sudi berkawan dengan kita.

Tapi untuk apa kita berkawan. Kenapa kita nak berkawan. Siapa kawan kita. Berapa ramai yang sudi berkawan dengan kita. Saya nak perkatakan tentang kawan yang tak ada hubungan darah dengan kita. Saya tak nak orang kata suami saya adalah kawan saya. Adik beradik sayalah kawan saya. Anak2 saya merupakan kawan yang terbaik. Tak nak. Saya nak cakap kawan... Istilah kawan...

1. Kawan yang memilih / Oppurtunist

Kalau kita ni kaya, ada rupa, popular... Memang akan ada je yang nak melekat nak jadi kawan kita. Nak-nak pulak kalau kita ni berharta. Pakai kereta mewah. Terpelajar. Tak de tolok bandingan dengan orang keliling. Pastinya kita la yang paling dikejar untuk jadi kawan rapat kita. Tak hairan la, kalau dia akan meminggirkan kawan lain yang tak layak untuk jadi kawan dia. Kawan macam ni beranggapan, kalau orang pandang kita yang berharta, orang juga akan memandang dia. Sikit sebanyak, dia juga akan mengambil kesempatan ke atas kita. Berhati-hatilah dengan kawan yang sebegini.

2. Kawan Hipokrit

Kawan macam layak untuk ditinggalkan. Banyak kawan yang hipokrit kat dunia ni. Depan kita, kemain ohh manisnya...manisnya senyuman mu. Tapi bila dia bersama kawan yang lain, mereka akan mengutuk dan mengeji kita. Senang cakap jenis tikam belakang. Mereka selalunya mengutuk secara lisan atau mengumpat. Orang macam ni jenis nak bersama-sama dengan kita. Tapi samapi masa, dia cancel pula. Jenis macam ni jangan dibuat kawan.

3. Kawan yang buat macam kita ni dia punya

Ni dalam erti kata lain ialah Clingy. Asik nak berkepit je dengan kita. Buat kita macam kepunyaan dia. Kalau kita keluar dengan orang, dia punya perasaan jeles membuak-buak. Tapi yang jenis macam akan mengabaikan kita untuk sementara waktu kalau dia bersama dengan orang yang lagi best dari kita. Bila dia dah tak de kawan lain. Kita laa akan kembali menjadi kawan yang paling best untuk dia. Saya tak ingin nak ada kawan macam ni.

4. Kawan tak tau menghormati

Kalu kita berkawan, sama ada dalam radius sama bangsa atau pun lain kaum. Seharusnya kita menghormati. Abis kalau kawan nak balik kampung sebab nak sambut Hari gawai yang jatuh pada tarikh hari lahir kau dan kau pula nak buat Birthday Party of the year, jangan lah kau tak menghormati keputusan kawan kau tu. Tetiba kau nak kutuk kawan nak balik raya. Yang tak nak menghormati prinsip dan budaya orang, jangan sesekali buat kawan.

5. Kawan batu api / Penghasut

Ni jenis busuk hati. Kalau dia tak suka kat orang lain, dengan kita sekali dia ajak tak suka. Mula la buat cerita dan mengapi-apikan orang lain. Sebolehnya berusaha tak nak kalah. Mungkin dia rasa dia la paling hebat kalau orang yang dia tak suka tu jatuh tersungkur tak bangun2.


Ehhh... Banyak la sebenarnya jenis kawan yang ada keliling kita. Bukan sahaja yang tak boleh buat kawan. Yang seharusnya kita ambil dia menjadi kawan kita pun ada.

1. Susah senang bersama

Kalau ada kawan kita yang sentiasa bersama kita dalam apa2 hal pun. Itulah kawan yang baik. Saya ada ramai kawan yang macam ni. Sentiasa bersama saya dalam waktu senang dan susah. Mungkin sebab saya buang kawan2 yang yang ada waktu senang sahaja. Alhamdulillah. Allah mengurniakan kawan yang baik umtuk saya. Malah mereka sentiasa bertanya khabar walaupun jauh.

2. Kawan yang mengajak ke arah kebaikkan

Kadang2 kita tak terlepas dari buat sesuatu yang terlarang. Tapi kalau kawan kita tu menegur kita, nukan bermakna dia busy body. Tapi sebab dia sayang kita. Dia tak nak kita terus lali. Malah dia selalu mengingati kita tentang dunia dan akhirat. Kan elok kalau kita tengah menonton TV. Tetiba whatsapp masuk kawan kita kata "esok kita puasa sunat hari Khamis nak?"

3. Kawan yang menjaga aib kita

Berbalik kepada jenis kawan yang ajak buat baik. Kita dah buat silap. Tapi dia sekerasnya menutup kesilapan dan aib kita dari orang lain. Kalau dia cerita kat orang, maknanya dia tergolong dalam kawan hipokrit. Inilah ciri kawan yang baik yang harus kita dekati. Yang sentiasa menutup aib kita. Malah Allah berfirman, Sesiapa yang menutup aib orang lain, Allah akan menutup aibnya.

4. No matter who you are

Kita tak berharta, kita tak de rupa. Kita bukan sesiapa dalam kalangan orang lain. Tapi dia sentiasa ada untuk kita. Dia tak kisah pun siap kita. Ini juga kawan orang yang boleh dibuat kawan.

5. Sentiasa berbincang

Kalau kita nak sesuatu yang baik, contohnya nak memulakan perniagaan. Ada pula kawan kita yang lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Dia tak lokek untuk berkongsi ilmu yang ada. Sentiasa bersama untuk berbincang demi kesenangan bersama. Bukan meruntuhkan niat dan usaha orang lain. Best kan kawan mcam ni.

Saya rasa sampai sinilah coretan saya. Moga kita dikurniakan dengan kawan yang baik. Yang boleh menjadi kawan dan sahabat kita dunia dan akhirat. Malah, yang tak baik pula, kita doakan semoga terbuka hati mereka untuk menjadi insan yang sentiasa di pandang malaikat.

DAN APABILA KAMU MEMANDANG SAHABATMU
LANTAS KAMU TERUS TERINGAT AKHIRAT
ITULAH SEBAIK-BAIK SAHABAT

Thanks for reading. XOXO










No comments:

Post a Comment