Wednesday, December 10, 2014

Cerita Puteri Saya

Assalamualaikum,

Betul kata orang2 tua. Nak jaga anak pempuan ni bukannya mudah. Agaknya susah betul abah dan arwah mak nak jaga saya dulu2. Memang saya ni bukan tahap nakal. Tapi jahat. Ampunkan saya. sob sob...

Sekarang ni, walaupun ada baby pempuan yang masih kecil, baru masuk 5 bulan umurnya. Tapi menjaga dia memang penuh kesabaran. Dari lahir, kat hospital, keluar hospital sampai sekarang. Banyak dugaan saya tempuhi. Tapi saya tau. Ini ujian kecil. Dan saya gembira memikul tanggungjawab ni.

Tuan puteri saya ni tersangat manja. Kadang2 kwn2 kata demanding betul anak awak. Yup. Saya akui. Tapi saya rasa itu adalah sesuatu yang sangat cute. Saya happy melayan kerenah dia. Ditambah pulak dengan perangai abang dia. Telatah anak2 syurga.

Bila dia tido, terasa sunyi

Suka tak dengan anak patung yang tuan puteri saya pegang. Hasil kraftangan kenalan saya yang tinggal di Sarawak. Kalau berkenan boleh order dengan saya.




Seperti semua sedia maklum dengan perniagaan online yang saya ceburi, kalangan kawan2 tau saya hampir tiap hari saya akan ke pejabat pos untuk membuat penghantaran produk2 yang pelanggan dah order. Makanya, tiap hari lah tuan puteri saya akan melaram.




Dah kenapa pulak mulut mami putih tu...


Kadang2 tak sempat nak melaram. tengah duduk umah konon nak gi makan tetiba termakan kat shopping mall


Mata yang bulat milik tuan puteri


Sesekali kita beli sesuatu yang berfaedah 




Saya suka sangat pergi kenduri kawin. Dan memang tak nak lepaskan peluang nak bergambar dengan pengantin. Dah penah cerita dalam entri2 yang lama sebelum ni.

Tuan puteri yang kuat melalak ni, mesti nak berjalan tak kira masa. Time hujan pun nak berjalan. 

Apa tah nama pelakon ni.

Lately ni si abang susah sangat nak bergambar. Jenuh paksa. Tah macam mana masa pergi kenduri kahwin ari tu, ternampak pulak mamat pelakon ni. Dia siap cakap mamat tu berlakon citer imam bisu kat Astro. Julung2 kalinya abang minta mami amekkan gambar dia. 

Thanks for reading!!!

Monday, December 1, 2014

Hijab

Ihsan Pak Cik Google

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita di belog picisan saya. Dah tak tau nak merepek apa. Selain dari aktiviti pegi ke pejabat pos.Duduk umah tengok sinetron yang makin memeningkan kepala. Tengok WHI yang rasanya topik diulang2. Tengok AFC, tengah syok nak belajar masak sekali mereka masak oink2. Belog walking pulak. Alahaiii... Lawanya ahkak2 kat belog. Bergaya walaupun bertudung atau berhijab.

Banyak2 model tudung, saya suka tengok model ni. Cantiknya

Nyata Jelita katanya

Tiap kali saya ke pasar raya, mata saya asyik sangat tengok koleksi tudung2 yang ada di pasaran. Tak masuk lagi kalau saya buka instagram dan juga FB. Boleh bikin rambang mata dibuatnya. Bila saya cakap je kat anak bujang saya, "mami nak beli lah tudung ni". Ayat yang dia cakap, "mami bukan pakai pun, asik2 pakai tudung yang sama juga". 

Yeee... Sejak saya ada tuan puteri ni. Naluri nak pakai tudung lilit2 terpaksa saya ketepikan dek kerana tangan yang comel itu seringkali menarik tudung yang dah mami lilit2. Makanya, lebih senang saya memakai tudung yang main sauk buat sementara waktu ini. Tapi kadang2 mata ni jeles je tengok ahkak2 pakai tudung lilit2 itu. Tak apalah. Tunggu tuan puteri besar sikit. Moga dia memahami yang mami dia ni pun nak melawa.

Tuan Puteri ada dalam pewot

Keserasian Rona Hijab dan Tona Kulit

Berhijab atau bertudung bukan sahaja melibatkan cara pemakaian, material dan jenis hijab, namun ia juga menyentuh akan aspek warna. Pernah tak ahkak2 terfikir, masa beli tudung, warna apa yang sesuai dengan kulit ahkak??

Mungkin ramai yang kurang peduli akan pemilihan warna hijab/tudung mengikut tona/warna kulit. Baik mengaku!!! Mesti tengok model tu pakai lawa je terus order terutama stok beli online. Harus diingatkan, jika warna hijab tak kena dengan warna kulit kita, penampilan kita akan kelihatan tak naik seri gituuu atau kurang menyerlah. Setelah saya google (giler hebat cikgu ni) dan setelah saya tapis, meh la saya share tip2 yang sesuai dengan kulit kita

Kulit Cerah
  • Warna yang sesuai untuk mereka yang berkulit cerah/putih adalah warna yang terang dan gelap.
  • Ahkak akan nampak lebih cerah serta naik seri apabila menggayakan rona hitam, biru, kelabu pekat, ungu, merah dan kuning.
  • Elakkan dari memakai warna2 pastel, putih dan beige kerana warna itu akan menampakkan wajah ahkak pucat melainkan ahkak2 bersolek dan memakai gincu merah. Auummm...
Hot Mama Vivy Yusof

Kulit Sawo Matang
  • Warna yang tepat untuk ahkak adalah warna2 pastel, biru tua, merah manggis, ungu cerah dan hitam. 
  • Elakkan dari memakai warna merah mak ngah, kuning, hijau gelap dan coklat.
Ihsan Google

Kulit Kuning Langsat
  • Untuk ahkak2 yang memiliki tona kulit kuning langsat, hijab yang berona merah, merah jambu dan biru sangat sesuai untuk ahkak.
  • Warna2 seperti coklat, oren dan beige akan membuat raut wajah ahkak kelihatan senada dengan hijab yang dipakai
  • kalau ahkak2 nak juga pakai warna2 pastel, untuk mengelakkan muka nampak pucat, lipstik merah laa... Auuummm
honeykoyuki.blogspot.com
Doktor HUKM yang cantik

Kulit Gelap
  • Bagi yang berkulit gelap, warna2 lembut akan menampakkan wajah ahkak lebih berseri. Macammana nak tau warna lembut, pilih warna2 yang ada nama baby tapi jangan tersangat baby. Cari yang bersesuaian dengan muka ahkak2.
  • Elakkan pemakaian hijab yang berona coklat, hitam dan oren kerana wajah ahkak akan nampak lebih gelap dan kusam.
Wasap wasap

Saya bukanlah pakar untuk berbicara tentang fesyen hijab ni. Tapi sesekali kita melawa apa salahnya. Asalkan tak melampau batas dalam berfesyen untuk mereka yang bertudung.

sila google fesyen tudung pelik

Jangan pula kita tersalah anggap. Apa yang perlu difahami ialah Islam tidak menetapkan bentuk atau warna untuk dipakai baik beribadah ataupun tidak. Agama kita hanya menetapkanbahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak kita sebagai seorang Muslimah. Rasulullah SAW sendiri bersifat fleksibel dalam berpakaian selagi ia tidak melanggar batas syariah. 

Fuuhhhh... Apahall pulak saya macam serius ni. Tapi inilah realiti dalam berfesyen. Pada pandangan saya, bila nak bergaya, tepuk daya tanyalah selera. Dan jangan lupa yengok keliling. Apahal pulak pegi menziarah orang meninggal ko pakai baju ketat lengan pendek seluar ketat walopun pakai tudung.

Sekian coretan saya untuk kali ini. Bye2 dan salam.