Thursday, August 14, 2014

Tak Ada Masa

Assalamualaikum...

Amboii.. Sejak beranak kecik ni. Langsung tak ada masa nak menghapdet blog. Kegiatan harian pun terbatas juga. Anak kecik asik minta berkepit. Maybe selama 3 minggu dia duduk kat hospital, aktiviti kanggaroo care membuatkan dia lebih selesa untuk berkepit.

Bila dah berkepit, apa keje pun tak jadi. Nak mandi pun susah. Akhirnya kene tunggu encik suami balik keje dulu. Bila dah tunggu encik suami balik keje. Paham2 je la. Sehari sekali je la saya mandi. Nak makan. Makan la roti ke. Biskut raya ke.

Owwhhh... Masih mood raya. Baru2 ni encik suami buat sikit makan2 untuk anak buahnya. Kan dah kata... Baby asik berkepit. Maka tak dapat lah nak menolong. Sempat la masakkan kuah kacang untuk mereka. Lauk lain encik suami yang masakkan. Sebab kelek sikecik. Tak adalah gambar lauk2 untuk tatapan anda ye. Cuma pagi sebelum majlis. Dapatlah kemas umah sikit2.



Saya ni bab menghias umah tak delah berapa pandai. Tapi dah ada umah sendiri ni. Nak tak nak. Kena la buat pandai. Masa kecik dulu. Asal mak suruh kemas umah je mesti saya tanya. Ada orang nak datang ke. Bajet dalam kepala ni, bila orang nak datang umah baru la kita kemas umah. Tu pasal laa kene pelangkung dengan abah.


Tak lama lagi nak kene tambah frame. Encik suami kata nak kena tambah dinding. Hahaha. Gambar baby tak letak lagi tu. Kalau dah ada gambar baby, tah berapa banyak frame nak kene ada. Dalam HP pun penuh gambar baby aje.


Si ababg Kimi pun dah aktif melayari FB... Sampai belajar cara nak upload gambar dari HP ke FB. Siap belajar nak save gambar kat laptop. Senang je nak ajar dia. Tangan dah biasa main PS. Ni kiranya gambar FB dia yang terbaru la. Siap buat DP... Ngeee

OK la. Sampai sini je dulu sembang kita. Masa yang ada pun tak lama sebab tuan puteri kejap lagi mesti dah bangun tido. Hingga jumpa lagi di next entri. Saya akan ceritakan tentang premature baby saya pula. Yang tu kene amek masa juga tu nak taip. XOXO... Bye n salam.

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya AidilFitri 2014




Assalamualaikum wbt...


Tahun ni beraya tanpa mak di sisi. Moga mak tenang dan aman di sana. Tapi tahun ni beraya bersama ahli baru dalam famili kami.


Tu la tuan puteri pengarang jantung saya dengan putera hensem buah hati saya. Dia keluar awal sebab nak beraya rupanyer. Hehehe


Dapat juga gambar famili saya yang complete ni. Kalau tengok kat FB, ramai yang komen tang encik suami punya gaya duduk tu. Macam tengah bersanding gayanyer. Naik tocang encik suami melayan komen2 sebegitu.

Tengok gambar kawan2 kat FB dengan Instagram, masing2 punyer caption raya pertama, raya kedua ketiga. Amboiiii... Bertukar2 baju mereka. Saya dok ulang tayang gambar yang sama je la. Maklumlah dalam pantang nak baju lawa2 jap lagi kena selak nak menyusu pulak. Pakai baju raya ni pun baper jam je. Terus tukar t-shirt.

Ok lah. Tak banyak sangat nak citer. Selamat Hari Raya untuk semua yang sudi singgah kat sini.