Sunday, October 15, 2017

MRT - Kebanggan Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Tak de la nak meng-key in pun kat belog ni. Tapi si kecik saya sekarang dah pandai ajak bergaduh pastu tak nak kawan katanya, maka saya pun buat2 merajuk masuk dalam bilik. Dari tak buat pa boleh la saya main2 dengan komputer ni. Maka terciptalah cerita syok sendiri kat belog sendu ni.

Belek2 folder kat komputer ni. Nak merepek cerita apa pun tak tau. Jadi boleh laa cerita pasal MRT ni sementelah banyak pula gambar dalam MRT ni. Produk kebanggaan negara Malaysia yang terbaru. Dan juga modal untuk bercerita sape paling berkuasa.

Stesen MRT ni dekat bebenor dengan rumah saya. Masa sebelum dirasmikan, si kecik saya ni sibuk minta nak naik Thomas. Dia panggil tren ni Thomas. Saya rasa you all tu mestu kenal watak Thomas tu siapa. Masa mula2 rasmi, idok laa kami nak naik. Memang padat kata mereka. PM Malaysia pun datang merasmikan di Stadium Kajang. Kalau nak makan Sate Kajang Haji Samuri tu boleh laa stop kat Stesen Stadium Kajang.

Ni la Thomas

First time naik Thomas


Sebab dekat kan dengan rumah. Memang seminggu sekali tu confirm laa kami naik. Bukan pergi ke mana pun. Rasa2 malas masak time lunch tu, jom anak2... kita pergi sinun. Jom naik MRT... (slogan)

Nak pergi beli ayam



Tak de orang. Dah macam mami sewa pulak satu trip ni untuk kita je.

So far, kemudahan ni memang memudahkan. Nak kata satu pembaziran tu tak la kot. Cuma tambang nya sekarang agak mahal. Masa mula2 launch tu, ada juga diskaun 50%. Tapi sekarang harga normal. Cuma, kalau compare dengan bawa kereta, ok laa. You all tak payah nak bawa kereta di tengah kesibukan kota raya. Gituuu...

Dah tak tau nak merepak apa. See you in another entry. Xoxo...

Friday, October 13, 2017

Kecundang

Assalamualaikum...

Ini sekadar kisah throwback saya. Last week saya balik ke Kuantan. Di mana kawasan perumahan arwah mak di Taman TAS telah disahkan kawasan bencana denggi. malah ada yang mengatakan kawasan darurat. Tujuan balik pun kerana nak menziarah adik yang baru bersalin. Ehh... Tak la baru sangat. Dah sebulan dah bersalinnya tapi sebab baby tak cukup bulan, makanya kami lewat nak menziarahnya sebab duduk dalam NICU. Dah sama macam si tuan puteri saya pula.

So... Berbalik kepada wabak denggi. Masa Aidil Fitri yang lepas, tuan puteri saya pun dijangkiti wabak ni. Dapat dari mana tak pasti la saya. Tapi besar kemungkinan dari Kajang la juga. Dalam ramai2 budak2 yang datang bermain kat depan rumah ni, si kecik saya juga yang kena jangkitannya. Bila balik Kuantan baru ni, jenuh juga la berperisai ke dia. Tak cukup dengan tido berkelambu, saya spray mosquito repellent. Pakai bangle serai wangi. Pasang ubat nyamuk elektrik. Sebelum masuk bilik spray ridsect. Memang betul2 ambil langkah berjaga2 la kiranya. Sebab saya tak nak terkena untuk kali kedua.


Si tuan puteri demam start raya pertama lagi. Tak terpikir langsung dia kena demam denggi. Ingatkan demam biasa2 je. Bila raya keempat still tak kebah demamnya walaupun dah 2 klinik kami pergi. Terus kami ke KK Labis. Bila cek darah dan kompem laa sakit tu. Meleleh juga la ir mata mami.


Makanya... beraya kami dalam hospital. Ini bukan sebab raya ke empat tu. Tapi memang dari raya pertama dan kedua saya dengan si kecik ni melepek kat rumah je. Tak adalaaa kisah nak ber-OOTD masa tu. Hanya beri tumpuan kat dia sorang. Abang Kimi pun cakap tahun ni raya tak best. Tak apa lahh abang. Asalkan dapat rasa raya tu pun dah cukup. Ok... Muka dia tak puas.



Walaupun kami cek-in di Hospital Segamat. Ada juga adik saya datang melawat walaupun drive dari Kuantan sana. Yang bagusnya Hosp Segamat ni, tak ketat sangat la undang2 nya. Walaupun dah malam, masih ada pelawat yang boleh masuk tapi kena minta ijin la. Jangan main redah je. Tapi, at least still dapat melawat.

Sehingga ke hari ini. Masih lagi kedapatan berita dari Kuantan tentang keadaan di sana. Masa balik tu pun ada jentera tentera dan bomba yang parking di kawasan berdekatan untuk melaksanakan program gotong royong perdana.  Dan berita yang kami terima dari seorang kawan yang anaknya kini warded di HTAA, vaksin untuk mencegah denggi dah ada. Tapi hanya available di klinik2 swasta. sejauh mana berita tu, nanti saya update.

Moga keluarga kami sihat2 sahaja hendaknya. Sesungguhnya cek-in hospital adalah tak best. Sesungguhnya kalu anak mami tak sihat, mami risau sangat2. Mula la mami asik sakit perut.

Hingga berjumpa lagi di next entri.  XOXO

Monday, October 9, 2017

Pelapis

Assalamualaikum...

Serius... Lama betul tak menghapdet belog picisan ini. Nak menghapdet tak tau pula nak cerita apa sebab lebih tertumpu pada IG.  Di kala malam yang sunyi ni kebetulan nak clearkan memory hp, moh la kita menaip sedas dua kat papan kekunci ini.

Tak banyak yang nak diceritakan di sini. Nak tau banyak program saya, jengok2 la IG saya. Gituuu...



Ditambah pula dengan tuan puteri pengarang jantung saya yang suka bebenor dengan gadget2 yang bisa membuatkan dia diam. Hapdet belog melalui phone pun tak terjangkau keadaan sayanya. OK. Beribu batu alasan. Sebab kebetulan je pegang komputer ini. Stop je la dulu.

Assalamualaikum.