Tuesday, June 30, 2015

Resepi Bergedil Daging

Assalamualaikum

Puasa hari kesepuluh
Tetiba rasa nak makan bubur bila suapkan tuan puteri saya makan buburnya. Mula la berkira2 nak berbuka puasa hari ni menu nya adalah bubur. Buburnya pula mesti complete dengan ikan bilis, bawang goreng, sotong kering yang digoreng, cendawan goreng, telor masin. Wahh... Banyak pula nak kena sediakan. Namun begitu, macam bersemangat nak masak lauk2 untuk bubur saya.

Saya menghantar pesanan Whatsapp kepada Encik Suami berkenaan niat nak masak bubur tu. Jawapan dia...
Erkkkk... Kenyang ke...
OK... Jawapannya memang tak la saya nak masak kalau saya sorang je yang nak makan. Terus buntu nak masaka apa. Tetiba Encik Suami text semula. Katanya kena balik lambat sebab booking untuk Buffet Ramadhan tetiba banyak. Kompem lagi sahih, Bazar...Here I come.

Baru nak keluar jiran saya menghantar lauk. Bila saya buka, wah... Sup ayam. Tapi nampak macam kuah soto. Terus terdetik, ok juga ni. Kita ubah suai sikit. Tambah something yang special. Buka freezer, ada daging cincang cap Ramli, ada kentang yang buat bubur tuan puteri, ada daun sup. Terus saya rajin, buat  bergedil daging la.

RESEPI BERGEDIL DAGING

Bahan-bahannya

Ubi kentang
Daging cincang
Lada sulah
Bawang goreng
Daun sup
Garam
Telor ayam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat

Kupas kentang, cuci dan rebuskannya. Saya lebih suka rebus sebab kurang miyak. Bila dah empuk, leyekkan kentang masa dia tengah panas.
Tumis daging cincang dengan sedikit minyak.
Adun sebati daging, lada sulah, bawang goreng, daun sup bersama2 dengan kentang. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Kepal adunan tadi. Bentukkan bulat dan leperkan sikit. Buat padat2 takut hancur masa menggoreng. Saya suka buat kecik2.
Masa nak goreng, celupkan adunan kentang tadi dengan telor. Jangan kacau takut hancur pula.
Siap.


Sup ayam pemberian jiran saya tadi saya panaskan dan masukkan soon. Konon2 nak buat macam bakso laa..

 Jadilah menu berbuka puasa untuk saya sorang. Nasib baik tak pergi Tesco awal2 tadi. .Heeee

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi next entri. Thanks for reading. xoxo


Monday, June 29, 2015

Resepi Bubur Butir Nangka

Assalamualaikum...

Puasa hari ke lapan.
Saya tak de lah masak beria kat adik beradik yang datang berbuka puasa kat rumah saya. Setakat masak lemak putih pucuk manis dengan udang sambal petai. Tak cukup tangan pulak nak siapkan semua. Adik lelaki dengan adik ipar minta kena ada lauk ayam. Tak kisahlah ayam masak apa. Asalkan ayam. Tu pun saya beli je ayam golek black pepper kat bazar Ramadhan. Memasing sampai kat rumah saya waktu dah nak berbuka. Saya pulak sibuk. Siap hidang semua azan pun berkumandang. Tak sempat ler saya nak mengambik gambar semua juadah sebab dah kena serbu dengan adik2 dan ipar saya. Tak pe. Mungkin menu tu akan diulang. Nanti saya amek gambar.

Puasa hari ke sembilan.
Mood rajin pula bila teringin nak buat bubur butir nangka. Pernah beli. Sebungkus RM2. Tapi tak puas pulak makan. Santan pun cair. Jadi, hari ni saya buat je bubur ni. Senang je.

BUBUR BUTIR NANGKA

Bahan-bahannya

Tepung pulut
Air
Pewarna
Gula
Garam
Santan
Daun pandan
(semua bahan di aras saya tak sukat. Just agak2 je nak buat banyak mana)

Cara pembuatan

Bancuh tepung pulut dengan air. kalau nak buat 2 warna. Sukat tepung sama banyak. Masukkan garam dan pewarna. Uli sampai kenyal.


Kemudian, gentel tepung yang dah siap di uli tadi. Buat bujur saiz macam biji nangka. Masukkan tepung yang siap digentel tadi ke dalam periuk yang berisi air panas. Seeloknya kita gentel kat tepi periuk air panas tadi. Terus je masukkan tepung tu sebiji2 dalam air panas untuk elakkan tepung dari melekat sesama sendiri.

Nak tau dia dah masak, tepung tu akan terapung. Angkat tepung tersebut dan masukkan dalm bekas yang berisi air sejuk. Juga untuk mengelak tepung dari melekat sama sendiri.


Perah kelapa untuk dapatkan santan. Guna santan segera pun boleh. Terpulang pada citarasa puan2. Masak santan bersama dengan daun pandan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Nak guna gula merah pun boleh. Kacau sebati. jangan gunakan api yang besar takut santan pecah pula. Masukkan tepung yang dah sejuk tadi. Tepung sahaja je. jangan masuk sekali dengan air yang kita rendam tepung tu. Bila tepung tadi terapung untuk kali keduanya, maknanya bubur kita dah pun siap.


Puas hati saya dapat makan bubur ni. Ada orang buat satu kaler je. Kalau kat kedai pun buat kaler hijau aje. Saya post gambar ni kat group whatsapp saya. Kawan saya kata rare sangat bubur ni sebab ada kaler merah. Hahaha. Ikutkan nak beli kaler pink masa cari barang kat Tesco.

Hingga berjumpa lagi di lain entri. Thanks for reading. Xoxo...

Tuan Puteri Super Girl mami memang tak boleh duduk diam kalau duduk dalam troli tu..

Wednesday, June 24, 2015

Our 1st Break Fasting

Assalamualaikum wbt...

Hari ini dah 7 Ramadhan 1436H. Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa. Dan hari ini juga merupakan hari pertama saya berbuka puasa bersama Encik Suami saya. Tiap hari balik kerja pukul 10.30. Jam 1100 malam baru lah nampak mukanya. Sampaikan tuan Puteri saya dah tido lambat sebab dia pun bersengkang mata tunggu dedi dia.

OK la. Kita mulakan cerita kita dengan puasa hari ke lima. Wahhh!!! Gitu... Jadi journal pula belog saya kali ini. Mana la tau kan nanti saya nak review sebulan puasa ni saya makan apa. Puasa hari kelima mood ke laut. Melepek dengan anak2 kat umah. Dengan Sang Arjuna saya pun lembik sebab itu adalah hari pertama dia berpuasa dan ke sekolah (pada tahun ini). Lepas ambil dia kat sekolah, saya terus ke Tesco Kajang untuk beli barang yang nak dimasak untuk berbuka nanti. Tapi sebab rasa badan pun melayang lain macam. Saya decided dengan Sang Arjuna, can we eat something simple and lazy dishes.
Dia jawab..Pizza???
**Delivery???
Nope. Instant one. In the box. from freezer.
**OK
Dan saya pula ambil sekotak dim sum..


Hai keenam puasa pun begitu juga la malasnya. Macam mana tak malas. Dah tetiba Sang Arjuna buka puasa lepas balik sekolah. Tah apa angin masuk dalam perut. Nampak tergolek lain macam. Makan pun apa yang ada masa tu. Makanya, buka puasa Maghrib kang mami makan sowang je la ekk. Kompem la saya tak masak. Dah la malas, ditambah pulak dengan rasa macam rugi je masak yang kompem Sang Arjuna tak kan makan punya. Cadangnya nak beli aje kat bazar Sg Sekamat. Arjuna pun mengirim sama. Saya just beli laksam. Encik suami pulak telifon. Kirim tauhu sumbat.


Tak ada rezeki pula buat encik Suami tatkala menjamah tauhu sumbat, dah basi rupanya. Saya tak salahkan peniaga tersebut 100%. Mungkin sayur timun tu penyebab ia jadi basi. Tak apalah. Esok kita buat lain.

Puasa ke tujuh ni la baru la Encik Suami cuti. Itu pun sehari je. Banyak lagi cutinya yang tertunggak. Walaupun seminggu tak berbuka bersama, kami tetap makan bersama selepas dia balik kerja. Tu pun jamah je lauk2 yang dia bawa balik sebab dia pun dah nak tidur. Jadi, kesempatan dapat berbuka bersama, saya pun nak masak special sikit. Sikit jee.

Semalam dia termakan tauhu sumbat yang basi. Ari ni saya buatkan yang tak basi hasil air tangan isteri. Kalau saya, saya lebih gemarkan kuah kacang. Tapi encik suami kata buat je sos cili. Waalllaaa... Senangnya keje saya.


Main dishes untuk berbuka hari ini ialah Ayam Goreng Crispy Bersos Lemon. Kalau pegi kedai nasi ayam, ada je ayam ni, saya prefer untuk order ayam ini dari BBQ or stim. Ayam ni memang sedap makan dengan nasi ayam.


Resepi Ayam Goreng Crispy Bersos Lemon

Hidangan untuk 3 orang

Bahan Untuk Ayam
3 keping dada ayam (saya guna bahagian thight)
3 sudu tepung jagung
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung kastad
3 sudu tepung beras (saya tak guna pun)
Lada sulah
Lada hitam (halus/blend)
Sebiji telor
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Sos
1 sudu sos plum
3 sudu jus lemon
1 sudu cuka (saya guna apple cider)
3 sudu gula
Tepung jagung

Cara Penyediaan Ayam
Basuh Ayam hingga bersih (ketuk sedikit)
Perapkan ayam dengan lada sulah dan lada hitam
Gaulkan tepung jagung, tepung gandum dan garam
Celup ayam dengan tepung yang dah dicampur
Kemudian celupkan ayam dengan telur
Akhir sekali celup ayam dengan tepung kastad
Goreng dengan api sederhana

Cara Penyediaan Sos Lemon
Campurkan kesemua bahan untuk sos
Masak dengan api sederhana
Potong ayam yang dah digoreng
Siram sos atas ayam.
Siap!!!

Pemandangan belakang rumah. Lama sangat ayam ni berkapel.

Setakat ini sahaja cerita saya untuk kali ini. Esok adik2 saya yang berada di Klang Valley ni akan berbuka puasa di ruma saya pula. Tengah memikirkan apa menu untuk mereka. Hingga berjumpa lagi di lain entri. Terima kasih kerana sudi membaca belog saya. Assalamualaikum. XOXO

Dedi's girl. Dedi suka gigit toothpick. Dia pun sama. Gambar blurr sebab tuan puteri bergerak

Tuesday, June 23, 2015

Primaland Resort Port Dickson

Assalamualaikum..

Cerita throwback!!!

Awal bulan 4 yang lepas kami ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Tetiba encik suami telifon saya dari tempat keje minta bookingkan any hotel kat PD tu. Katanya nak rehat2 tepi laut. Lama dah tak tengok laut. Wahhh. Saya bergembira la dengar ajakan itu. Saya pun survey kat mana hotel2 yang best. Yang penting mesti kena ada kolam yang besar dan menarik. Hajat hati macam nak pegi Thistle PD. tapi harganya boleh tahan juga ekk. Jadi, saya pun review la Primaland Resort and Convention Centre ni. Sementelah pula, resort ni baru aje shooting Wanita Hari Ini kat situ.

Dari slot WHI, macam menarik resort ni. Dengan hamparan kolam yang super besar. Sang Arjuna saya dah kemain melonjak2 nak main kolam tu. Ada gelongsor tinggi katanya. Saya pun teruja bila tengok anak2 dah exited. Tuan Puteri pun macam tak sabar. (hahaha...mami yang lebih).


Bila dah tengok website, encik suami pun setuju. Harga bilik untuk satu malam RM320nett. Tapi bukan bilik biasa. Rupanya apartment dua bilik. Lupa pulak nak amek gambar apartment tu.

Yang tak bestnyer, rupa2nya harga penginapan tak termasuk dengan harga nak main kolamnya. Dah kene bayar asing2. Lepas check in, kami pun nak main kolam tu kene beli tiket. RM40 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak2. Jahanam. Dalam website ko tak bagitau pun. (saya booking throught Agoda) Nak tak nak kami beli la juga tiketnya. Hampeh.



Main air sampai tetido tuan puteri niii

Malam tu kami tak keluar ke mana2 pun. Boleh tahan jauh juga hotel ni dengan tempat makan yang ada kat PD. Macam nyesal pun ada. Apasal la tak ricky line dulu. Dah la tak de room service.

Pagi esoknya, anak2 dengan tok laki nak main kolam lagi. Kami pun pakai la tiket yang dah beli RM100 semalam. Laaa... Tiket tu valid untuk hari yang kita beli sahaja. Abiss tu. Kena la beli tiket lain pulak. Terbang lagi. Memang tak kan datang dah tempat aok ni PRCC oiii....


Wajah yang tak mengerti tentang harga tiket yang mami debatkan kat kaunter

Dah la masuk kolam kul 9.30, kul 11.30am dah nak kena naik bilik siap2 umtuk check-out. Sangatlah tak berbaloi dengan harga RM520 untuk stay kat sini. Tak ada room service, tak ada breakfast, kolam kena bayar. Kalau tau nak kena bayar sampai 500 lebih tu, better kami check-in kat Hotel Thistle. Bilik 400++ ada breakfast dan nak mandi kolam tak perlu bayar biarpun tak ada gelongsor. Siap boleh jenjalan tepi laut. Dear PRCC!!! We are not come here anymore

Encik suami pun tak nak cakap pasal percutian yang dia pun tak puas hati. Laut pun jauh dari hotel. Kami check-out dengan muka kelat. Masa untuk lunch. Tadi tak breakfast sebab tak ada dalam harga bilik. Cari lah mana2 kedai yang berdekatan.

Kami makan kat kedai ini. Boleh tahan la juga makanan dia kat sini. Sedap juga.




Dah hujung cerita baru muncul gambar Sang Arjuna

Walaupun tak puas hati dengan hotel yang kami inap, kami berpuas hati tengok anak2 gembira. Tak apalah. Ini boleh dijadikan pengajaran kat saya yang bahawasanya, don't judge a book by it's cover.

Sekian sahaja entri saya kali ini. Ada masa kita jumpa lagi. Assalamualaikum.

ps : thanks for reading. xoxo

Monday, June 22, 2015

Ramadhan 1436H / 2015

Assalamualaikum...

Masih teringat kisah Ramadhan tahun lepas. Usai bersahur dan mengemas dapur. Masa saya sedang mengambil wudhu, water bag saya pecah. Tapi tak suspect apa2 sebab masa tu kandungan saya baru 33 minggu. Nanti2 lah saya akan ceritakan kisah kelahiran pre-mature baby saya. (banyak kali dah janji ni)

Ramadhan tahun ni merupakan tahun kedua kami laluinya tanpa emak di sisi. Sedikit terasa. Tapi kami kena hadapinya juga. Masing2 hanya memendam perasaan. Pelbagai cerita yang diperoleh kononnya roh dibebaskan dan pulang ke rumah. Sebelum ni saya percaya juga. Berharap moga dipertemukan semula dengan arwah mak. Tapi lepas baca apa yang ditulis oleh Ustaz Harun Din. Barulah tersedar semua ini hanya kesilapan. Alamak, serius pulak entri kali ni.

Kalau masuk bulan puasa, tak ada cerita lain, petang ni nak makan apa, nak masak apa, nak berbuka kat mana, nak terawikh masjid mana sampai lah ke tengah malam tak abis nak sembang pasal makan sambung pulak nak bersahur apa nak bangun pukul berapa. Group whatsapp berdering2 bercerita kisah yang sama. Sampaikan menu untuk sebulan pun ada. Somehow, membantu juga ye menu untuk sebulan tu.

Biasalah hari pertama puasa. dia pumya excited lain macam. Semua serba semangat. Bangun nak masak untuk bersahur pun semngat. Encik suami siap sediakan lauk yang bakal dimasak pada malam tu. Sang arjuna pun siap set alarm clock nak bangun untuk bersahur. Saya pun semangat masuk tido demi nak bangun awal. Pukul 4pagi, klentung klentang bunyi dapur. Bersahutan pulak dengan jiran sekeliling. Bertubi2 bunyi jam loceng seantero Sungai Long ni. Siap boleh jengok melalui tingkap walhal selama ni saya langsung tak pandang kot nampak mende lain. Tapi sebab yakin mereka semua diikat. Hebat betul semangat saya di dinihari. Sangat berani.

Ikan Masak Kicap Jee..

Hasil bersilat bersama jiran tetangga. Dapatlah sediakan super sedap ikan masak kicap saya. Tapi tak mampu pula nak bergurau senda dengan lesung batu untuk sambal belacan. Impak pedasnya ketuk aje cili masuk dalam kuah. 

Sekenit saya ni pun bangun joint bersahur. Sahur tahun lepas tak sabar nak keluar.

Pada puasa pertama tahun ni, encik suami beri kebenaran untuk balik ke Kuantan untuk berbuka bersama encik abah saya. Yeayyyy. Bukan tak nak berbuka bersam encik suami. Masuk bulan puasa dia memang sibuk kat tempat kerja untuk buffet Ramadhan kat hotelnya. Dan sah2 dia balik lambat. Jadi kami berpakat, berjauhan sementara demi tugasan masing2. Lepas Sang Arjuna balik dari sekolah, saya terus gerak ke Kuantan.

Belum mulakan perjalanan tuan puteri dan terlentok.

Sesampai di Kuantan hujan lebat. Agak mencabar juga drive sensorang time berpuasa ni. Dengan panasnya. Tetiba hujan pula bila masuk Gambang. 

Ayam panggang bermadu tapi bini sorang saje tau

Untuk menu berbuka hari pertama, ayam panggang bermadu, ikan kembong goreng dengan bayam tumis air. Encik Abah just makan yang simple. Saya pulak agak kepenatan. Selesai lah sudah untuk puasa yang pertama tahun ini. Malam tu saya terbungkang tido anak beranak. Penat oiii bawa kete bulan puasa.

Hari kedua berpuasa. Adik saya yang tinggal berhampiran rumah encik abah pun joint berbuka puasa hari tersebut. Semalam dia berbuka di rumah mak mertuanya. Hari ni ramai la kat rumah encik abah. Maka menu pun kene la meriah sikit.

Selesanya montot anak sedara mami duduk atas handbag mami

Kami ke pasar raya Tunas Manja. Kalau area Jalan Gambang ni memang popular la pasar raya ni.. Misi mencari lauk. Lain yang dirancang, lain yang dibeli. Kita stay aje kat kawasan barang basah. jangan pusing kat lorong lain. Kang banyak pulak yang tak sepatutnya ada dalm troli.

Ikan popular di Pahang

Menu hari tersebut, pais tempoyak ikan patin. Ni kalau gi warung Mabiq kat Tanjung Lumpur ni tak sah kalau tak ambil lauk ni. Menu berbuka untuk hari kedua kita berMabiq la pula.

Resepi Pais Tempoyak Ikan Patin 

Bahan-bahannya
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
Sedikit kunyit hidup
Sedikit halia
Serai (ketuk)
3 sudu Tempoyak 
2 tangkai daun kesom

Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit dan halia. Tumiskan dengan sedikit minyak sampai naik bau. Masukkan serai dan tempoyak. Gaul sebati sampai pekat. Letak ikan dalam aluminium foil. Lumurkan bahan2 tadi pada ikan. Masukkan ikan dalam pemanggang. 

Gunakan ini lagi senang


Resepi ni nak guna ikan lain pun boleh bagi mereka yang tak makan ikan sungai. Dulu saya tak makan juga, tapi tengok orang lain makan macam sedap. Encik abah pun amat wehi makan ikan sungai. Ok laa... Boleh terima dek tekak.


Puding kek karamel ni pula bukan saya yang buat. Saya order je dengan kawan. Memang kalau tiap kali balik Kuantan saya akan order dengan kawan saya ni. Sedap sangat pudingnya. Bagi mereka yang berada sekitar Taman TAS kalau nak order boleh lah hubungi Puan Zahanita hp: 013-9269583.

Ramadhan pada hari yang berikutnya, hari ketiga. Tinggal la saya dengan encik abah semula. Adik ikut turn ke rumah mak mertuanya. Selang2 turn berbuka puasa. Senang tak yah gaduh2. Menu pun simple juga. Cencaru sumbat sambal. Saya tak buat sambal tumis atau sambal kelapa macam biasa. Tapi saya buat sambal belacan campur bawang besar je. So resepi tak diperlukan. Kalau nak, komen "saya nak resepi".

Ni memang masak untuk meratah je ni.

Ramadhan hari yang ketiga ni la baru saya berkesempatan untuk melawat tapak bazar Ramadhan yang super busy kat Jalan Gambang ni. Kalau dulu2 memang redah dengan motor. Dah beranak pinak ni, kene la bawa kereta. So kena datang awal. Bawa kereta datang pukul 5.30 ke atas memang saja nak pusing Taman TAS namanya untuk cari parking aje. Ngam2 datang time tu orang tak ramai sangat.


Nampak saya tak??

 Sweet sour oxtail with basil

Hari keempat Ramadhan tahun ini. Kami berbuka dengan makanan tunjuk2. Saya balik ke Kajang. Pun drive sensorang. Tapi tak rasa letih sangat sebab dah prapare dari segi mental dan fizikal. Awal2 pagi dah pekena 100plus. Tidur pun amat mencukupi. Atas highway banyak kereta. Jadi tak adalah rasa kesunyian sangat macam balik ke Kuantan hari tu. Saya ke bazar Ramadhan area Sungat Sekamat, kajang. Dekat je la dengan rumah saya. Parking kat stesyen minyak yang berdekatan. kena caj RM1. Laju je mereka buat duit. Motor pun kena caj 50sen. Saya beli laksam Sang Arjuna beli murtabak. Tuan puteri pun tak ketinggalan. Membeli juga dianya. Lewat malam tu encik suami bawa balik lauk untuk kami supper.


Hasil tangkapan tuan puteri.

Tu dia. Dah main dengan budak kecik yang pandai minta dah sekarang. Berpusing2 kepala dia nampak ke belon tu. Budak yang jual belon ni multy language. Melayu boleh, Jawa boleh, Cina boleh, Tamil pun boleh. Rasanya barang dagangan dia yang paling laku kat bazar Sungai Sekamat tu.

Ermmm... Setakat ni lah cerita Ramadhan saya. Hari ni dah 5 Ramadhan 1436H. Dah menghala ke tua ni, tengok budak makan eskrem pun tak raa terliur dah. Tapi kalau kopi, memang tergugat. Buka AFC channel pun tak rasa apa. Tapi bila buka IG, nampak post yang lama. Memang luluh iman saya. Hingga jumpa lagi di lain entri. Salam Ramadhan dari saya. Assalamualaikum

Nampak lempeng kat IG sendiri terus rasa nak masak time tu juga.

ps: thanks for reading. xoxo

Wednesday, June 17, 2015

Cara Masak Bubur Bayi Dengan Cepat

Assalamualaikum...

Tuan puteri dah lena lepas pekena bubur nasi mami masak tadi. Nak cerita pasal masak bubur pulak kali ni. Permasalahannya, puteri saya bab makan amat memilih. Dalam memilih, kadang2 ada juga makanan yang tak sesuai untuk dia. Harap, lepas ni tuan puteri saya boleh terima bubur nasi. Kalau sebelum ni, bila dia makan bubur nasi, dia sembelit. Puas guna macam cara tapi memang susah hati tengok keadaan dia bila sembelit tu. Harap, umur dah nak masuk setahun ni, tak adalah masalah macam sebelum ni.

Kadang2 bila kita nak masak bubur nasi untuk baby kita, boleh dikatakan ambil masa yang agak lama. Tu yang bila datang angin malas dan terjadinya mak yang tak berapa bagus, suakan aje dengan nestum. Sebab, mudah dan pantas. Saya tanya juga pada kawan2, kowang masak bubur lama tak. Ada yang kata masak lama sampai terlupa. Ada yang kata beli je yang frozen kat instagram. Pernah juga beli. Tapi sebab masa tu tuan puteri saya tak boleh consume. Jadilah pembaziran di situ.

Yang ni kegemaran tuan puteri saya

Untuk yummy frozen food, boleh follow IG ni.

Tapi macam mana pun busy kita ni, air tangan ibu yang paling baik. Bagi ibu2 yang sememangnya busy tapi masih mahu menyediakan makanan yang berkhasiat dan cepat, boleh cuba cara yang saya pelajari ni.

Mula2, ambil beras yang kita nak basuh. Ambil lebih sikit, stok untuk 2-3 hari. Seeloknya basuh lama2 sikit (untuk baby kita kan mestilah bersih tahap piawaian yang tinggi). Basuh dan toskan dengan penapis.

Beras yang siap dibersihkan.

Lepas kita dan toskan. Jemur beras tersebut. Make sure kawasan yang kita nak jemur tu tak ada ayam atau kucing.

Line clear. Takdak burung

Atas kereta pun boleh.

Seterusnya. Bila dah betul2 kering. Boleh lah kita kisarkan dia. Pastikan teksturnya halus seperti nestum bayi tu. Supaya cepatlah ia nak masak nanti.

Rupa dia macam tepung beras. Tapi agak kasar sikit.

Dah siap untuk dimasak. Guna secukupnya untuk masak pada hari tersebut. Selebihnya, simpan dalam bekas kedap udara. Nak masak campur apa2 yang ibu2 suka pun boleh. Lepas masak nak kisar sekali lagi pun boleh. Nak tapis pun boleh. Bergantung pada kemampuan baby kita makan macam mana. Yang penting, cara ni memang bubur cepat masak. Tak sampai setengah jam dah siap. Setengah jam tu boleh kot nak lepak kat dapur dari guna biji2 beras tu.

Botol free dapat masa pegi kenduri kahwin

OK lah. Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat saya kongsi/ceritakan. Moga bolehlah guna tips yang saya dapat dari orang lain juga. Moga bermanfaat untuk kita semua. Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak esok. Maaf andainya ada salah dan silap dalam entri2 saya selama ini. Semoga amalan ibadah kita diterima dan digandakan dengan pahala pada bulan yang mulia ini. Hingga berjumpa lagi dalam entri yang lain. Salam.

ps : thanks for reading... XOXO

Tuesday, June 16, 2015

55 Amalan Sunnah Rasullullah saw


Assalamualaikum..

Adakah kita telah buat dan praktikkan 55 amalan sunnah Rasulullah... Berikut disenaraikan amalan2 yang sering baginda lakukan. Moga bermanfaat untuk kita.

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis
.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

ps: copy and paste FB

Monday, June 15, 2015

The Wedding of Adik Bongsu

Assalamualaikum

Nak bercerita perihal wedding ahli keluarga saya yakni adik kami yang bongsu. Nak cerita banyak pun majlis nya tak delah gah macam Hanis Zhalika & Hairul. Tapi cukuplah sekadar untuk simpanan kat sini. Kot2 dah bertahun nanti boleh juga review majlis tu nanti.

Majlisnya berlangsung pada 24 May 2015. Buat secara sederhana tetapi meriah. Nak kata grand tu memang tak adalah kot. Maklumlah, disamping bergembira, jauh di sudut hati kami sedih mengenangkan mak yang dah tak ada. Tapi kami redha. Dalam bersuka tu, saya pulak yang meraung tak hengat bila saya hantar adik ke pelaminan. Aduiii...


Saya balik awal bersama anak2. Thank you encik suami kerana memberi pelepasan pada puan isterimu ini. OK. Tuan puteri berpangku. Sape bawa kereta. Heeee... Saya lah. Opppsss... Jangan tiru aksi merbahaya ini.


Misi saya balik awal juga adalah untuk mengerjakan dress pengantin. Giler keje jahit manik last minute. Tapi atas dasar kasih sayang (harap adik saya baca entri ini), saya pun menyanggupkan diri untuk menjahit manik. Kalaulah diberi masa yang banyak. Mau penuh manik dan labuci pada dress beliau. Tapi buat je mana yang sempat.


Encik suami tiba di Kuantan bersama adik lelaki saya dan juga anak adik bongsu saya. Punyalah nakal anak2 bulus ni. Takut mereka terjun dalam minyak panas, encik abah pun belikan sangkar untuk anak2 bulus ini. Saya cerita bab ini supaya anak cucu saya baca yang sebenarnya encik abah saya ni sangatlah tak suka binatang peliharaan. Tapi atas dasar kasih sayang (harap anak bongsu encik abah masih baca entri ini), tambahan pula takut kene soal kat "sana" kot2 anak2 bulus terjun dalam kuali panas. Tu pasallah dia belikan juga sangkar ni. Anak2 bulus terpaksa redha dikurung sementara waktu.



Siang sebelum kenduri. Biasalah. Busy melanda. Dengan aktiviti memotong bawang. Saya tak boleh potong bawang. Tau2 la dengan tuan puteri yang berkepit 24jam. So kene buat kerja2 yang tak melibatkan pisau. Saya pun buat la kerja masukkan telur dalam bunga telur. Pun kene kacau dengan tuan puteri mektek cucu tokbah ni. Tumporrrr..


Setelah stop kerja2 menjahit manik setelah beberapa malam. Menyusul pula kerja menghias pelamin. Tangan saya yang tak berapa kejung ni boleh la juga buat kerja2 halus ni. Walaupun tak berapa nak cun macam tokey pelamin yang lain, nak jimat punya pasal. Kami gagahkan juga. Yang penting barang2 pelamin beli sendiri then boleh pakai semula untuk hari raya nanti. (tetiba)




Nah.. Hasil kerja kerastangan saya. Pelamin saya dulu pun saya buat sendiri juga. Inikan pula pelamin kecik tuik ni. Just a piece of cake laa...



Dan semestinya tuan puteri saya la yang merasmikan pelamin ni terlebih dahulu dari pengatin. Tangan kecik dia tuu,. Laju je nk menarik bunga tu. Pengantin dah menjerit dari dalam bilik. "Don't worry la Acu", she said.


Tibalah masa yang ditunggu2. Pengantin lelaki dah sampai. Tunggu masa je nak di akad nikahkan. Tukang akad haruslah encik abah kami. Tiga2 anak pempuan abah, abah yang nikah kan. Mau tak sebak suara dia masa berucap. Ditambah pulak bila dia selitkan juga mak dah tak ada.


Sementara itu, saje je saya extra large kan gambar yang ni. Nampak tak tu sinetron kat belakang tu. Yang tu la yang saya citerkan awal tadi. Tetiba berjejes air mata non stop pulak tu bila teringatkan arwah mak. Mak patutnya duduk tepi pelamin tu. Aduhhh... Sedih sangat bila kenduri kali ni mak dah tak ada. Al-Fatihah Mak.


Dan selesailah majlis akad nikahnya. Dua kali lafaz. Samalah kami tiga beradik. 3 menantu lelaki salah sebut nama bapak mertua.



Jangan ditanya mana gambar jejaka kami semua. Semua busy. Encik suami saya, adik lelaki saya, adik ipar saya dan anaknya, malah sang arjuna Kimi saya pun semua ada kat dapur. Mereka tak suka enteprame dalam album dengan wajah tanpa solekan..

Di penghujung majlis...

Kusyuknya puteri mami

Apa yang kusyuk sangat tu

Laaaa.... Tak penah tengok abang dia nyanyi. Terus mengadap sungguh2




Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada jiran tetangga, kawan2 arwah mak, saudara-mara yang sama2 berganding bahu menguruskan majlis perkahwinan ini. Moga Allah dapat membalas jasa kalian semua. Pada semua kawan2 saya sudi hadir ke majlis ini. Terima kasih saya ucapkan. Moga ukhwah kita hingga ke syurga. Aminn.

OK lah. Sampai sini dahulu catatan blog saya untuk entri kali ini. Panjang umur, kita jumpa lagi. Salam.

ps: thanks for reading. xoxo