Thursday, November 20, 2014

10 Resepi Milkbooster

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Tuan Puteri Aliya Mahirah Sofiya ni sangat manja. Kalau boleh 24 jam saya kena ada depan mata dia. Bila dia bangun dari tidur, orang pertama yang dia nak tengok adalah saya. Tiap kali dia merengek dalam buaian, suara yang dia nak dengar adalah suara saya. Jangan bagi muka saya hilang dari pandangan dia, kalau tak nampak saya, memang bergegarlah Kajang serta kawasan yang sewaktu dengannya.

Saya sebenarnya nak berkongsi resepi membanyakkan susu badan. Apa kene mengena dengan intro. Mestilah kene mengena. Saya mami dia, saya yang menyusukan dia. Bermakna sayalah yang paling rapat dengan dia. Apatah lagi bila kita 100% breastfeed baby kita. Kitalah yang dia cari.

1. Makanan Sunnah

Baru2 ni, saya ada berkongsi resepi yang terdiri dari makanan sunnah. Alhamdulillah. Banyak respond yang baik saya terima melalui FB dan Whatsapp. Inilah kebaikan makanan sunnah

2 gelas susu segar (lebih elok kalau susu kambing)
7 biji badam
7 biji kurma (dibuang bijinya)
7 biji kismis
1 sudu madu

Blend kan semua bahan tadi. Bahagi kepada 2 bahagian. Minum 2 kali sehari - pagi dan malam.


Selain itu, ibu2 boleh mengamalkan pengambilan habbatus sauda ini. Cara saya, tiap kali saya minum air masak, saya akan telan secubit herba ini.


2. Bayam / Spinach 

Ada pelbagai jenis bayam yang ada di pasaran kita. Bayam merah, bayam hijau. Bayam kaya dengan kandungan air, protien, zat besi, vit A & C... Popeye pun sukakan bayam. Kalau kat kampung saya, bayam ni kami suka buat tumis air.

Bayam secukupnya
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis (ditumbuk jika suka)
Lada merah
Cili padi jika suka pedas

Tumis bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan air bersama bayam dan lada.


3. Sawi / Sawi putih

Ni antara sayur yang paling saya suka. Kalau pegi kedai, oder sup sayur, memang saya harap dapat sawi lebih. Kalau makan nasi campur pula, nampak sawi putih digoreng dengan sos tiram, itu jugalah pilihan saya.

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia
Rempah tumis
Sawi 
Bunga kobis
Cendawan
Batang sup
Lobak merah (juga sayuran milkbooster)
Ayam / udang / sotong
Cili padi diketuk

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis dan juga ayam / udang / sotong. Masukkan air. Masukkan semua sayur tadi.


4. Lobak

Ada yang kata lobak putih ni tak elok untuk ibu dalam pantang. Kalau dalam pantang rasanya susu tak ada masalah. Kalau boleh elakkanlah. Tapi bagi saya, ini adalah milkbooster yang terbaik, asalkan ada halia untuk lawan angin dia. Cuma pengambilan dia kena berhati2 supaya jangan berlebihan. Ada yang blend je lobak ni kemudian minum jus nya. Tapi, ibu2 kenalah bertahan dengan rasanya.

Lobak secukupnya
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Seinci halia
Sejemput ikan bilis (ditumbuk jika suka)
Lada merah
Cili padi jika suka pedas

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama ikan bilis. Masukkan air bersama lobak dan lada.


5. Barli

Saya suka air barli. Kalau nak oder air barli, saya kena pastikan yang kedai tersebut menjual air barli seperti dalam gambar. Ada kedai yang jual air barli kordial tu. Yang tu tak sesuai untuk milkbooster kita ye ibu2. Selain dari milkbooster, barli juga boleh menyejukkan badan kita dan juga melawas kencing.


6. Durian

Jangan makan banyak sangat. Ambik cukup2 je untuk niat kita membanyakkan susu. Kang badan panas dah satu hal pulak. Kena kat diri sendiri tak apa, takut baby pun kena effect ibu2 yang melantak durian terlalu banyak. Dapat pengat durian pun sedap juga ye.


7. Oat

Saya tak suka oat. Tapi oat bagus untuk jantung kita. Ibu2 yang boleh makan oat begitu aje bolehlah selalu makan terutamanya masa sarapan. Contohnya Quaker Oat. Tapi saya dan anak sulung suka sangat biskut oat. Nak2 pulak Hanis Zalikha jadi dutanya.


8. Keju

Aduhh... Kalau dapat oder Dominos Pizza, kompem top-up keju. Siap double decker. Memang tak menahan bila bunyi motor Dominos kat pintu pagar. Lepak pulak Secret Recipy. Oder lasagna. Agak malas duduk umah. Amek roti, letak keju. Senangnya menu berasaskan keju ni. Tapi!!! Keju boleh menggemukkan kita tau.


9. Anggur Hitam

Ibu2 yang suka makan buahan, bolehlah mengamalkan pengambilan buah ini pula. Harganya agak mahal terutamanya kalau tak ada biji. Kalau ikut pembacaan saya dalam blog2 yang lain, khabarnya, pengambilan anggur hitam sejak bayi dalam kandungan dapat menjadikan anak2 yang bakal dilahirkan genius.


10. Horlicks

Saya lebih sukakan air Horlicks berbanding Milo.Selain dari itu, saya kan buat popia nestum horlicks sebagai kuih raya saya. Minum horlicks juga dapat mengenyangkan. Jadi, ibu2 boleh standby horlicks kat umah. Bagis saya pula. Horlicks lagi sedap dari Milo.



11. Umma Lacto

Ehhh... Tengok tajuk ada 10 je. Hahaha. Tetiba nak promote juga. Kandungan Umma Lacto ini juga terdiri antara makanan2 yang saya senaraikan di atas. Tak nak cakap banyak, boleh whatsapp / SMS saya di 012-9378139.

Dengan tersenarainya 10 menu milkbooster ini, saya harap dapatlah membantu pertanyaan ibu2 semua. Banyak sebenarnya makanan milkbooster ni. Cuma saya senaraikan yang mana popular dan senang saya amalkan. Mungkin ibu2 boleh juga berkongsi menu2 yang lain dengan saya.. Yang penting, sebagai ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan, haruslah mengamalkan pemakanan seimbang dan juga mengambil makanan milkbooster secara konsisten supaya dapat mengekalkan kualiti dan kuantiti susu badan kita.. Selain dari itu, amalkan minum air masak yang secukupnya. Tak suka minum air masak?? Minum air detox sebagaimana dalam entri saya sebelum ini.

Hingga kita jumpa lagi di dalam entri yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca blog picisan saya ini. jangan lupa follow!!! Bye!!

Wednesday, November 19, 2014

My New Story

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Wahhhh... Engkau!!! Siap ada tagline Pak Jib.Ngee.. Leh geng ke. Bagi la minyak pree!!! Dah tak tau nak mengomel apa. Dok belek2 gambar2 dalam hp. Bolehlah kot nak cerita serba sikit. Kali ni cerita syok sendiri macam dulu2.

Completed

Saya dah meninggalkan kerjaya saya. Dan kini beralih kepada karier yang baru. Ramai yang kata, ini karier yang paling mulia. Alhamdulillah. Bergelar seorang suri rumah sedikit sebanyak dapat merasa kesusahan arwah mak membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Mungkin sama juga dengan mak pembaca yang lain kan. Tapi, suami memberi kelonggaran kepada saya. Maklumlah. Puteri kami lain macam punya manja. Kalu boleh nak berdukung, nak berpelok, nak berjalan sepanjang masa. Istilah berjalan tu bukannya dia minta berjalan jauh2. Dapat tawaf keliling umah pun dah cukup seronok bagi dia. Maka, setakat nak mengemas sikit2 dan masak simple2 untuk encik suami kiranya boleh lah nak handle lagi. Tapi nak bagi umah nampak berkilat tip top, tak termampu lagi dengan kerenah tuan puteri nan satu ni.






Sebab tak nak rasa kebosanan. Di samping whatsapp group kawan2 sekolah. Saya mengisi masa dengan gardening. Tak delah hebat mana gardening saya ni. sekadar mengisi masa je. Sementara tuan puteri tido, lepas kemas umah dan masak sikit, masa yang ada saya membelek ke pasu2 yang ada di halaman umah ni. Dapatlah juga, buka pintu pagi2 tengok bunga dan pemandangan yang menghijau.

Penangan susu ibu. Sampai kembang hidung kekenyangan.



Dalam kalangan teman2 saya, umumnya sedia maklum tentang part time saya. Buat biz online jual milkbooster. Jadi, sebab nak menjadi penjual online yang baik, saya pergi ke pejabat pos hampir setiap hari. Kenalah bawa sekali peneman setia ni. Sampai kerani pejabat pos kenal saya sebab teriakan budak kecik ni. Punyalah dia kebosanan agaknya menunggu nombor giliran. Dia pun memulakan enjinnya. Kerani tu serabut agaknya. Terus bagi prioroty kat kami untuk berurusan dahulu.

Kalau kene dengan anginnya yang molek, berbaringan sambil menghisap jari.



Cuti sekolah dah bermula. Walaupun minggu ni belum cuti lagi. Mami abam Kimi dah startkan cuti. Pegi sekolah asik main. Report card pun dah dapat. Lebih baik abam Kimi duduk umah tolong mami je. Abam Kimi pun boleh ikut mami pegi pejabat pos. Nah... Meronda la kami tiga beranak.

Baru2 ni, adik pempuan saya yang tinggal di Kuantan datang melawat kami di Kajang bersama abah tersayang. Sejak arwah mak sakit dulu, abah susah nak berjalan ke sana sini. Aktiviti abah sekarang lebih terarah ke kebun dia di Maran. Tuan puteri pulak memang tak boleh duduk dalam kereta lama2. Makanya, Kuantan atau Segamat memang dah lama sangat kami tak balik. Ini menyebabkan atok2 rindukan cucu pempuan ni. Dikesempatan lawatan dari Kuantan ni, kami bawalah bah ke Putrajaya. Punyalah dia seronok tengok idea Tun M ni.

 Abam Kimi dan Amemex

1st time Encik Peai bergambar dengan 4 orang anaknya

Rasanya saya pun dah habis idea nak merepek ni. Nanti ada masa saya akan kongsikan pula info dan tips untuk milkbooster. Kalau masa mengizinkan, saya update cepat2 tau.

Wednesday, November 12, 2014

Cantik Tanpa Guna Banyak Duit

Assalamualaikum

Lambakan produk2 kecantikan, kolagen itu ini, promo sana sini, kadang2 membuatkan saya teruja juga nak mencuba satu persatu. Tapi dengan keadaan sekarang, kedudukan kewangan yang tak berapa nak kukuh sejak berhenti keje dan mengharapkan sepenuhnya duit encik suami, menyekat naluri perempuan yang tak sedar diri macam saya. Mujurlah dapat encik suami yang amat mementingkan penjimatan dalam perbelanjaan. Ditambah pulak dengan kenaikkan harga barang. Better saya tengok je la celoteh pengusaha produk kecantikan itu dalam Wanita Hari Ini. Serius!!! Saya tak tau produk sape yang paling bagus. Dengan pesen cakap laju dan diperhatikan oleh pengacara dalam rancangan tersebut. Sampaikan yang lelaki pun jadi jurucakapnya.

Atas kesedaran cermin diri sendiri dan ukur baju di badan sendiri, walaupun hati berkobar2 nak jual juga produk kecantikan, saya masih lagi mempraktikkan amalan dan petua yang diajar oleh arwah mak. Sebenarnya banyak cara nak cantik tanpa guna banyak duit. Sesuai untuk mereka yang rajin, nak dengan tak nak aje serta untuk mereka yang tak berbelanja boros.

Mencerahkan Kulit Badan

Kulit yang putih dengan cerah tak sama ye. Kulit yang putih kalau kita ada tag Made from Britain ataupun Product of Taiwan. Dah sememang azali keturunan tu berkulit putih / kuning. Rata2 orang Malaysia berkulit sawo matang. Lagi cantik kalau berkulit cerah. Bagi saya istilah cerah tak kira la kaler apa pun. Asalkan kulit kita bebas dari sebarang cela. Nampak bersih dan nampak gebu. Model2 America pun ada yang berkulit gelap tapi bebas sebarang cela dan menjadi model yang termahal. Yeee... Mereka berkulit gelap!!!.

Ambik segenggam serbuk teh. Tak payah la guna teh uncang tu. Teh uncang tu kita buat untuk menda lain. Selalu kan kalau kenduri kita pakai teh serbuk yang setengah kilo tu. Pakai teh itu. Rendamkan teh tu. Dan kita sental kulit kita dengan serbuk teh tu masa mandi. Amalkan seminggu dua kali. Petua orang tua yang saya dapat kawan saya.


Membaiki Kulit Wajah Yang Kene Sunburn

Saya bukannya peminat pantai. Kalau lepak kat pantai, sebolehnya saya cari tempat redup. Malah kalau nak buat aktiviti luar pun saya berpayung. Punyalah takut panas dan punyalah Melayu. Tapi kalau dah balik kampung, terpaksa hadap la juga. Kampung nenek kat Kuala Pahang. Halaman umah nenek punyalah luas macam padang. Umah nenek pun dah macam kat tengah padang. Tempias bahang laut tu rasa sampai ke dalam umah. Bagi mereka yang nak memulihkan kulit wajah yang kene sunburn tu, boleh la guna sebiji tomato. Belah dua. Dah nampak jus tomato tu keluar, kita gosokkan kat muka kita. Buat perlahan2. Kalau rasa gatal2 tu, itu biasa sebab asid buat kene kat kulit terbakar tadi. Jangan garu kuat2. Biarkan kering kemudian bilas dengan air sejuk dalam peti sejuk kita. Buat sehari sekali.


Mencerahkan Kulit Muka

Kadang2 tu tangan ni gatal je kutil2 jerawat kat muka. Pas tu makan ayam masak kicap. Kalau muka kita dah luka kemudian makan pula kicap, nanti kesan jerawat akan meninggalkan kesan kehitaman. Ini hadiah ilmu dari arwah mak saya. Masa saya sekolah dulu banyak jerawat yang suka singgah kat muka saya. Tangan saya suka lah merayap picit jerawat2 tu. Mulalah terbit noda2 hitam.

Untuk menghilangkan kesan kehitaman kat tempat jerawat tadi. Ambil sengkuang segar. Kemudian parut sengkuang tu. Gunakan pemarut keju atau pemarut yang kita guna untuk buat biskut sarang semut. Tepek hasil parutan tu kat muka. Biarkan sampai kering kemudian bilas dengan air biasa. Buat waktu malam sebelum tido.


Merawat Jerawat

Ini lagi satu. Yang tangan gatal picit jerawat tadi. Dah picit jerawat, pegi basuh muka cepat2. Lepas basuh muka, amek limau nipis yang dibelah, lumurkan kat muka. Wooaahhh!!! Petua ni arwah mak selalu buat kat muka saya. Dah la luka2 muka kene picit, kene sapu pulak dengan limau nipis. Punyalah pedih. Betul kata Kris Dayanti, beauty is pain. Tapi lama2 jerawat makin berkurangan dan kulit pun takut nak ajak jerawat lepak dengan dia. U ol boleh consider ini juga sebagai toner. Lepas cuci muka / buang make-up, boleh sapu limau nipis ni ke muka u olz.


Menghilangkan Jeragat

Umur pun dah 36 tahun. Selalu juga la saya belek2 muka takut ada jeragat. Arwah mak tak ada jeragat kat muka. Mungkin sebab dia selalu beli timun. hehe

Amek sebiji timun. Parut timun tu macam kita parut sengkuang tadi. Kemudian, sapu kat muka dan biarkan sampai kering. Bilas sengan air biasa. Buat dua hari sekali.Dan buat masa encik suami tak ada kat umah.


Melembabkan Kulit Muka

Kalau kulit muka kita lembab, nampak cantik aje, nampak comel ajee. Nak beli pelembab muka kat pasaran pun macam mahal jee. Jadi kita buat yang tak mahal punya pelembab.

Ibu2 boleh amek susu tepung anak. Amek dalam sesudu. Kemudian amek pula madu encik suami dalam dua sudu. Haaa... Nampak penjimatan kat situ. Gaulkan kedua2 bahan tadi. Dah jadi masker. Sapulah kat muka kita lebih kurang 10 minit. Jangan lama2. Kang tetido kene hurung dek semut pulak. Kemudian basuh muka dengan air suam. Harus diingatkan, pakai masker ini masa encik suami tak ada kat umah dan make sure dia bukan dalam perjalanan balik ke rumah. Kang dia terkejut tak pasal uolz.


DETOX / Infused Water

Sekarang ni femes betul dengan air detox ni. Kalau buka IG, Annas Easkay pun selalu upload gambar dia dengan air ni. Buka WHI ada citer pasal air ni. Buka NONA pun ada. Buka FB berderet orang tunjuk yang dia tengah bawa botol air buah2 ni. Saya dah tau pasal air ni dah lama. Tapi tak amek port. Kalu Uolz datang ke tempat keje saya (yang dulu2 tu), masuk je lobby The Westin Kuala Lumpur tu, Uolz akan dihidangkan dengan air rendaman buah-buahan ni. Kami panggil ia Elixir. Tiap hari tukar menu. Ramai yang tak suka minum air masak kan. Haa... Minuman ni ada la rasa buah sikit.


Air detox/ infused water ini bagus untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat yang terkandung dalm buah2an yang kita campurkan dalam air tersebut. Antara khasiatnya ialah

  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan. Kena lah minum selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu tubuh badan manusia yang memerlukan 8 gelas air sehari.
  • Membantu menambahkan metabolisme badan
  • Membantu mencantikkan kulit, muda dan tidak mudah berminyak

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman
dtok3Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan gula dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.
Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan
dtok4Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.
Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati
dtok5sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.
Air Detox untuk kempiskan perut
dtok6
Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack..
( kredit blog www.matabulat.com )
Cara Pemakanan Individu
Pemakanan kita pun sangat berkait rapat dengan kesihatan kita. Makan makanan yang bergoreng terlalu banyak boleh menggemukkan dan juga antara penyebab kulit kita pun berminyak. Untung jadi orang Melayu ni. Banyak makanan2 kita boleh menimbulkan aura kecantikan asli. Contohnya ulam-ulaman kita. Sebab tu orang2 tua dulu sihat dan nampak muda. Sekarang ni, macam2 penyakit timbul.

Pemakanan sihat ni juga dah dibincangkan di WHO lagi. Malah waktu saya bekerja dulu, pemakanan sihat amat dititikberatkan oleh pihak pengurusan kami. Kantin tempat kami menjamu selera waktu tengah hari juga dikehendaki menyediakan menu2 yang terkandung dalam 25 makanan sihat yang diktiraf WHO. (superfoodRX)

Fuhhh... Banyak betul bebelan saya pada kali ini. Sebelum mengundurkan diri, saya nak ucapkan terima kasih pada encuk google kerana menyimpan banyak koleksi gambar2. Gambar2 yang saya gunakan saya amek dalam google search ye. Satu hal pulak saya nak amek gambar timun, ulam dengan tomato kat Tesco kan.

Saya harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu2, saudari2 dan makcik2 yang nak berjimat dalam bab kecantikan. Hingga jumpa lagi de lain entri pula. Akhir kata, nak minta tolong ni. Sila klik follow. Sejak kebelakangan ini, banyak silent reader rupanya. T_T

Tata!!!

Monday, November 3, 2014

Tak Nak Hisap Susu Botol

Salam..

Stok susu banyak. Siap pam bagai. Susu formula pun ada untuk standby kot tergeliat pulak urat susu mami. Kang tak de susu pulak. Kesian Tuan Puteri. Tapi... Susu formula kering masuk angin. Susu yang di pam pulak buat penuh peti sejuk. Tak bersentuh. Ni semua sebab Tuan Puteri tak mau langsung hisap susu dari botol.

Puas mengajar. Puas juga la saya google apa yang saya nak kena buat. Semua yang cikgu google ajar semuanya saya try. Tapi Tuan Puteri Aliya Mahirah ni masih dengan keputusan dia. "BOOBS ONLY!!!"

Jenis hati kental macam saya, mesej Puan Boss kat tempat keje. Sorry Boss. I'm quit due to my daughter only want my boobs. Haaa... Ko mampu nak benti keje macam tu dengan alasan begitu. Itulah senario yang saya dah lalui. Sepanjang tempoh cuti bersalin. saya dah mencuba pelbagai teknik yang saya belajar dari nurse, orang tua, jiran tetangga, group whatsapp. Semuanya lah. Tapi tak berhasil. Bermula lah kehidupan saya sebagai suri rumah tangga. Jaga Tuan Puteri ini. Berhenti keje sebab Tuan Puteri tak nak hisap susu botol. Abis tuuu... Macam mana nak hantar kat pengasuh.

Ramai pulak yang tanya saya, macam mana nak ajar anak hisap susu dari botol. Saya hanya ada pengalaman belajar dan cuba mengajar. Ilmu saya pun tak seberapa. Tapi, sejak duduk rumah sambil tengok Wanita Hari Ini. Rajin juga la google ilmu2 dari otai2 yang ada dalam alam maya ini.

OK. Jumpa! Dari blog Selembutbayupemikirbumi…Tipnya ialah ..
  • Minta bantuan orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu TIDAK BERADA BERSAMA semasa 'bottle-training' kerana bayi anda boleh menghidu bau ibunya sejauh 10 kaki. Bila ibu tiada di sisi, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bayi yang " Oh..ini masa untuk minum susu dalam botol" atau pun.. "Eh, apa ni? (hisap..hisap..)..jap2x...oh sedap..sedap".
  • Bereksperimen dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah/ penjaga (face-to-face).
  • Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Dengan botol MIMIJUMI, tugas anda jadi lebih mudah kerana botol ini direka supaya ia kelihatan seperti puting ibu dan susu hanya akan keluar bila bayi mula menghisap.
  • Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  • Peluk dan tenangkan bayi. Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  • Gunakan botol susu yang menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting.
Gambar Ehsan Cikgu Google

Ok.. satu lagi.. Dari blog puankutu .. Tipsnya ialah ,
  • Beli botol dan puting yang menyerupai puting ibu. Kini terdapat banyak produk yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.
  • Sediakan puting flow paling perlahan. Tak kira berapa usia bayi, apabila menggunakan flow paling perlahan bayi akan terpaksa berusaha menghisap sepenuh hati sama seperti ketika minum direct dari ibu.
  • Pada permulaan, sediakan cuma 2 oz susu dan tambah setiap 0.5oz sekiranya bayi masih lapar. Susu ibu tidak sama seperti susu formula. Cuma sedikit kuantiti diperlukan untuk bagi bayi kenyang.
  • Jangan paksa bayi. Sekiranya bayi tidak mahu, cuba lagi lain kali. Dengan memaksa, bayi akan lebih menolak untuk minum dari botol.
  • Sebaik-baiknya minta bantuan orang lain beri bayi susu. Jauhkan ibu dari bayi kerana bayi boleh ‘bau’ ibunya yang menyebabkan dia menolak botol.
  • Untuk permulaan, bagi susu fresh yang baru sahaja diperah. Lepas perah cuba bagi bayi minum sekali sehari selama 3-4 hari. Bila bayi ok, cuba pula bagi susu perahan yang dah disejukkan dalam peti ais dan dipanaskan.
  • Sebaiknya elakkan guna susu beku. Susu tersebut boleh dijadikan stok di masa hadapan. Bayi yang masih kecil memerlukan khasiat sepenuhnya dari susu ibu segar. Selepas seminggu, boleh gantikan pula dengan 2 kali susu perahan sehari. Dan pada minggu ketiga, beri susu perahan 3 kali sehari.
  • Boleh juga mencuba cara ini : Semasa beri bayi minum guna botol, tarik sedikit botol supaya bayi terpaksa tarik dan hisap puting tersebut. Selepas dua tiga teguk tarik bagi bayi rehat sedikit & kemudian hisap lagi.
Harap, yang bertanya dapatlah serba sikit info dari apa yang saya pelajari. Saya ni tak berapa pandai juga. Tapi kalau tak menjadi juga ajaran di atas. Rasanya ibu2 kene lah buat keputusan benti keje macam saya. Sila nangis.

Selain dari itu. Ada yang bertanyakan. Macam mana pulak susu badan tak ada tapi baby nak direct BF. Teknik yang saya nak kongsikan ni pula saya belajar masa kat Sogo. Hahaha. Kenapa Sogo? Masa tu nak membeli pam susu masa tengah pregnant dulu. Ternampak gadget ini. Biasalah pempuan. kan busybody. Nak tau ini untuk apa.

 Medela - Supplemental Nursing Systems (SNS)

Produk ni digunakan untuk ibu2 yang mengalami masalah yang saya nyatakan di atas. Ada masa nak direct BF tapi susu tak ada. Acaner tu?? (Umma Lacto sedia membantu) Selain itu, ibu2 yang memiliki anak angkat juga banyak guna untuk menerbitkan naluri keibuan masa baby nyonyot nipple kita tu. Baby agak tertipu sikit. heeee... Tapi demi kebaikan bersama.


Cara penggunaannya

OK lah. Rasanya cukup sampai sini aje cerita saya untuk entri kali ini. Harap dapat membantu serba sikit pengetahuan kita ye ibu2 semua. Hingga jumpa lagi.