Thursday, November 20, 2014

10 Resepi Milkbooster

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Tuan Puteri Aliya Mahirah Sofiya ni sangat manja. Kalau boleh 24 jam saya kena ada depan mata dia. Bila dia bangun dari tidur, orang pertama yang dia nak tengok adalah saya. Tiap kali dia merengek dalam buaian, suara yang dia nak dengar adalah suara saya. Jangan bagi muka saya hilang dari pandangan dia, kalau tak nampak saya, memang bergegarlah Kajang serta kawasan yang sewaktu dengannya.

Saya sebenarnya nak berkongsi resepi membanyakkan susu badan. Apa kene mengena dengan intro. Mestilah kene mengena. Saya mami dia, saya yang menyusukan dia. Bermakna sayalah yang paling rapat dengan dia. Apatah lagi bila kita 100% breastfeed baby kita. Kitalah yang dia cari.

1. Makanan Sunnah

Baru2 ni, saya ada berkongsi resepi yang terdiri dari makanan sunnah. Alhamdulillah. Banyak respond yang baik saya terima melalui FB dan Whatsapp. Inilah kebaikan makanan sunnah

2 gelas susu segar (lebih elok kalau susu kambing)
7 biji badam
7 biji kurma (dibuang bijinya)
7 biji kismis
1 sudu madu

Blend kan semua bahan tadi. Bahagi kepada 2 bahagian. Minum 2 kali sehari - pagi dan malam.


Selain itu, ibu2 boleh mengamalkan pengambilan habbatus sauda ini. Cara saya, tiap kali saya minum air masak, saya akan telan secubit herba ini.


2. Bayam / Spinach 

Ada pelbagai jenis bayam yang ada di pasaran kita. Bayam merah, bayam hijau. Bayam kaya dengan kandungan air, protien, zat besi, vit A & C... Popeye pun sukakan bayam. Kalau kat kampung saya, bayam ni kami suka buat tumis air.

Bayam secukupnya
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis (ditumbuk jika suka)
Lada merah
Cili padi jika suka pedas

Tumis bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan air bersama bayam dan lada.


3. Sawi / Sawi putih

Ni antara sayur yang paling saya suka. Kalau pegi kedai, oder sup sayur, memang saya harap dapat sawi lebih. Kalau makan nasi campur pula, nampak sawi putih digoreng dengan sos tiram, itu jugalah pilihan saya.

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia
Rempah tumis
Sawi 
Bunga kobis
Cendawan
Batang sup
Lobak merah (juga sayuran milkbooster)
Ayam / udang / sotong
Cili padi diketuk

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis dan juga ayam / udang / sotong. Masukkan air. Masukkan semua sayur tadi.


4. Lobak

Ada yang kata lobak putih ni tak elok untuk ibu dalam pantang. Kalau dalam pantang rasanya susu tak ada masalah. Kalau boleh elakkanlah. Tapi bagi saya, ini adalah milkbooster yang terbaik, asalkan ada halia untuk lawan angin dia. Cuma pengambilan dia kena berhati2 supaya jangan berlebihan. Ada yang blend je lobak ni kemudian minum jus nya. Tapi, ibu2 kenalah bertahan dengan rasanya.

Lobak secukupnya
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Seinci halia
Sejemput ikan bilis (ditumbuk jika suka)
Lada merah
Cili padi jika suka pedas

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama ikan bilis. Masukkan air bersama lobak dan lada.


5. Barli

Saya suka air barli. Kalau nak oder air barli, saya kena pastikan yang kedai tersebut menjual air barli seperti dalam gambar. Ada kedai yang jual air barli kordial tu. Yang tu tak sesuai untuk milkbooster kita ye ibu2. Selain dari milkbooster, barli juga boleh menyejukkan badan kita dan juga melawas kencing.


6. Durian

Jangan makan banyak sangat. Ambik cukup2 je untuk niat kita membanyakkan susu. Kang badan panas dah satu hal pulak. Kena kat diri sendiri tak apa, takut baby pun kena effect ibu2 yang melantak durian terlalu banyak. Dapat pengat durian pun sedap juga ye.


7. Oat

Saya tak suka oat. Tapi oat bagus untuk jantung kita. Ibu2 yang boleh makan oat begitu aje bolehlah selalu makan terutamanya masa sarapan. Contohnya Quaker Oat. Tapi saya dan anak sulung suka sangat biskut oat. Nak2 pulak Hanis Zalikha jadi dutanya.


8. Keju

Aduhh... Kalau dapat oder Dominos Pizza, kompem top-up keju. Siap double decker. Memang tak menahan bila bunyi motor Dominos kat pintu pagar. Lepak pulak Secret Recipy. Oder lasagna. Agak malas duduk umah. Amek roti, letak keju. Senangnya menu berasaskan keju ni. Tapi!!! Keju boleh menggemukkan kita tau.


9. Anggur Hitam

Ibu2 yang suka makan buahan, bolehlah mengamalkan pengambilan buah ini pula. Harganya agak mahal terutamanya kalau tak ada biji. Kalau ikut pembacaan saya dalam blog2 yang lain, khabarnya, pengambilan anggur hitam sejak bayi dalam kandungan dapat menjadikan anak2 yang bakal dilahirkan genius.


10. Horlicks

Saya lebih sukakan air Horlicks berbanding Milo.Selain dari itu, saya kan buat popia nestum horlicks sebagai kuih raya saya. Minum horlicks juga dapat mengenyangkan. Jadi, ibu2 boleh standby horlicks kat umah. Bagis saya pula. Horlicks lagi sedap dari Milo.



11. Umma Lacto

Ehhh... Tengok tajuk ada 10 je. Hahaha. Tetiba nak promote juga. Kandungan Umma Lacto ini juga terdiri antara makanan2 yang saya senaraikan di atas. Tak nak cakap banyak, boleh whatsapp / SMS saya di 012-9378139.

Dengan tersenarainya 10 menu milkbooster ini, saya harap dapatlah membantu pertanyaan ibu2 semua. Banyak sebenarnya makanan milkbooster ni. Cuma saya senaraikan yang mana popular dan senang saya amalkan. Mungkin ibu2 boleh juga berkongsi menu2 yang lain dengan saya.. Yang penting, sebagai ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan, haruslah mengamalkan pemakanan seimbang dan juga mengambil makanan milkbooster secara konsisten supaya dapat mengekalkan kualiti dan kuantiti susu badan kita.. Selain dari itu, amalkan minum air masak yang secukupnya. Tak suka minum air masak?? Minum air detox sebagaimana dalam entri saya sebelum ini.

Hingga kita jumpa lagi di dalam entri yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca blog picisan saya ini. jangan lupa follow!!! Bye!!

No comments:

Post a Comment