Sunday, June 19, 2016

Busy Laaa...

Asslamualaikum...

Sejak berkecimpung dalam aktiviti buat kuih untuk bazar Ramadhan tahun ni, memang rasa tak ada masa langsung. Hal rumah pun dah tunggang langgang apatah lagi nak menjengok blog. Tak masuk lagi dengan kawan2 yang mana rapat di luar Bangi ni asik whatsapp nak kirim tudung dan baju raya. Mana yang sempat saya buat dan belikan. Mana yang tak boleh nak kejar masa, minta maaflah. Kalau boleh tunggu kita jalan.

Dah dua minggu dah berpuasa. Persiapan raya saya, sikit2 je sudahlah. Beli je apa yang mampu. Kuih raya jauh sekali. Memang tak membuatnya la kot. Tunjuk2 aje. Tapi yang senang2 macam popia nestum tu ok lah kot. Dah tangan pun main dengan kulit popia tiap hari. So far baju raya anak2 je belum settle. Gila jahat mami ni. Baju raya mami dah siap. Sabar nahhh. Mami settlekan yang mami nanti kita pergi cari baju yang sama kaler dengan mami. Kan senang...

Ni satu lagi masalah. Tah apa penyakit kat kat HP ke kat kabel ke kat komputer ke. Nak transfer gambar pun tak boleh. Langsung tak connected. Dah tiga kabel saya try apa pun tak jadi. So untuk entri kali ni tak ada gambar lah ye. Maap....

Ok la. Hingga berjumpa lagi. Thanks for reading... XOXO...

Saturday, June 11, 2016

Ramadhan 1437H 2016M

Assalamualaikum...

Dah hampir seminggu kita berpuasa. Moga ibadah puasa kita tahun ini diterima oleh Allah. Dan seminggu jugalah saya tak menekan papan kekunci saya ini. Memang kesibukan melanda menjelang bulan puasa tahun ni. Saya meneruskan legasi arwah mak saya dengan membuat kuih untuk dijual di bazar Ramadhan tahun ini. Tapi tak adalah banyak macam mak saya buat. Cukup makan jee...

Nak kata banyak sangat untung tu tak adalah. Lepas tiga hari buat kuih ni, rasa macam sayang pulak nak tinggalkan kerjaya di dapur ni. Walaupun saya kira untung tak seberapa sangat dengan tenaga yang dikeluarkan, tapi bila saya tetap bangun pagi untuk bersedia berperang di dapur saya, rasa teruja nak bagi orang makan tu lain macam. Nak pulak lepas tiga hari puasa, orang sentiasa datang mencari kuih yang saya sediakan. Alhamdulillah. Berkat tolong arwah mak dulu (walaupun sampai kena belasah dengan abah sebab tak nak tolong mak) dapat jugalah  saya resepi dari arwah. Kalau kat kampung saya, kuih arwah memang menjadi igauan. Oooo gituu...


Saya just buat tiga jenis kuih. Popia goreng, chara berlauk dengan pulut sambal. Semua ni saya masak dengan kasih sayang. Popia berintikan sengkuang dengan lobak merah bersama sos berperisa udang, chara berlauk daging kisar yang ditumis dengan kari dan pulut sambal bersalut kelapa goreng dengan cili kering berserta udang kering. Nampak tak kelazatan resepi di situ. Sebab tu saya kata untung saya tak banyak nak pulak modal2 yang saya keluarkan untuk kelapa parut, daging kisar serta udang kering. Tapi saya puas hati dan berbangga bilamana pelanggan siap booking kuih2 saya dari makcik yang saya tumpang letak kuih-muih saya ni. Jadi, sesiapa yang berada di kawasan Cheras serta jajahan takhluk yang sewaktu dengannya, boleh dapatkan kuih-muih saya ni di parking lot Flat Seri Sabah. To be exact kat tempat makcik jual yong tau foo malam2. Saya betul2 berada di parking motor. Kalau nampak akak yang jual kek batik tu, situlah gerai kuih saya.

Hari ni saya cuti sehari. Makcik yang tolong saya jualkan kuih saya ajak berbuka puasa di luar. Dah bertahun rasanya saya tak makan di buffet Ramadhan ni. Nak pulak dengan adanya tuan puteri saya yang boleh tahan perangainya bila di tempat yang ramai orang. Nanti kita cerita macam mana keadaannya.

Hingga berjumpa lagi di lain entri. Selamat berpuasa dari kami sekeluarga. Thanks for reading. XOXO.

Sunday, June 5, 2016

Floria Putrajaya 2016

Assalamualaikum...

Hurmmm... Ketinggalan kapal terbang betul dengan cerita saya kali ni. Dah habis dah pun pameran Floria Putrajaya 2016 tu, tapi saya baru nak bercerita pasal tu. Orang lain kalau terbaca entri ni pastu nak pergi mesti kehampaan kan sebab kena tunggu tahun depan la nampaknya. Apa pun, saya hanya nak cerita tentang pengalaman saya je la. Eh... Cerita ke. Taklah. Saya nak kongsikan gambar saya aje. Haaa... Tu baru betul.

Tiket masuk untuk ke pameran bunga dan landskap ni adalah RM7.50 untuk dewasa dan RM3.50 untuk kanak2. Tu tak masuk untuk tiket ke magical garden. So tak taulah apa yang ada dalam taman yang magic tu. Saya sekeluarga pergi waktu siang. Memang berdenting laa panas masa tu. Elok je balik le rumah, hujan lebat melarat ke malam. OK la. Layan je la gambar ni. Malas pula nak menaip panjang2.


Entrance

Warna tak menarik la pula. Maafkan HP saya

Dedi's little girl yang meleleh air lior tido atas bahu dedi

Wonderland



Baru bangun


Selain dari bunga2, ada juga pameran kucing kat sini.

Bestnyer laa pokok buah tin yang mencanak buahnya.  

Makcik makcik


Kebanggan encik suami.

Ni merupakan pertama kali saya datang ke sini. Duduk dekat dengan Putrajaya tak pernah nak datang. Kalau ada lagi tahun depan, bolehla saya datang lagi. Hingga berjumpa lagi. Thanks for reading. XOXO...