Saturday, April 23, 2016

Si Tompok Cafe, Bangi Sentral

Assalamualaikum...

Seperti yang saya beritahu pada post yang lepas2, weekend ini encik suami saya bekerja. Lagi beberapa hari je dia akan habis perkhidmatannya di The Westin Kuala Lumpur. Kemudian cuti seminggu sebelum menyambung tugasannya di St. Regis Kuala Lumpur. Sesungguhnya saya amat tersenyum bahagia dengan pertukaran dia nanti. Jadi, semalam dia dah melayan tuan puteri kami bermain. Hari ini saya kenalah take over semula tugasan melayan tuan puteri nan sorang ini.

Tuan Haji Valentino and his wife

Aktiviti saya selain dari bangun tidur waktu matahari dah naik. Saya akan cari makan dulu. Rezeki saya hari ini bila dapat jemputan kenduri kahwin dari kawan saya masa saye form 6 dulu (adik dia yang kahwin). Apa lagi, nasi minyak la kita hari ini ye anak2. Saya kan suka pergi kenduri kahwin. Jemputlah saya, kalau tak ada hal lain confirm saya sampai. Tapi tak dapat bergambar dengan pengantin sebab tetiba hujan kemain lebat. Nasib baik masa saya sampai kawan saya ajak bergambar awal2. Dah balik dari kenduri, anak2 tak mau balik rumah lagi. Dalam hujan yang super lebat itu kami berfikir nak ke mana ye. Encik suami pula mesej bagitahu dia balik lambat. Terus tuan puteri cakap eeooww. Si abang pun cakap adik nak pergi tengok meeooww la mami. OK. To the meeooww we go!!! ehhh








Tak taulah bila waktu yang sesuai kami nak ke sini. Tiap kali saya datang sini mesti kucing2 ni tengah tido (masuk kali ni dah 3 kali saya datang). Gambar abang mana?. Ermm..  Si abang ni mana maunya dia nak bergambor. Kalau bergambar je mesti dia buat muka pelik la, senget la. 

Mami memang over tak kira tempat sibuk nak possing.

Tapi kawan saya kata kalau nak lagi best pergi kat Johan and his cat. Memikirkan nak ke Damansara sebab nak makan dengan kucing. Baik kita makan kat luar rumah pastu kucing datang mengecek makan. Sama je.

Hingga jumpa lagi. Thanks for reading. XOXO

Friday, April 22, 2016

Oh My Princess Mahirah

Assalamualaikum...

Hai semua!!! Hari ni saya nak cerita pasal saya. Nama saya Aliya Mahirah. Panggil je Mahiyahhhhh. Saya suka bermain. Selalunya kalau tak dapat main saya akan mengamuk. Bila saya mengamuk, mami saya akan menuruti sahaja kemahuan saya. Hebat tak saya??? Dedi saya cakap perangai saya macam mami saya. Hari ni saya mengamuk sebab dedi saya cuti tapi dia duduk kat rumah aje. Dapat juga saya pergi bermain.

Aduhhh... Mami saya ni. Saya tak ready lagi nak bergambar

Saya ajak mami dengan dedi saya pergi Aeon Balakong. Kat situ best sebab ada playground.  Mami kata dia pun suka pergi situ sebab ada ekon. Kalau pergi outdoor playground nanti panas.

Relax laa dedi. Alaaa baru RM15 nak masuk sini. Bertabah tau



Jemputlah beli di stall beger saya tau. Saya masak dengan penuh kasih sayang. Dua singgit

Perkhidmatan penghantaran juga ada tau

Mami kan surirumah. Ni dia tengah masak. Saya suka tolong mami saya masak

1..2..3..4juta. Ada 4juta ball kat sini

Lambat sangat nak tunggu prince charming datang

Masa ni dedi saya dah hilang ke mana tah, Mentang2 la takut saya pow dia. 

Prince charming tak datang2. Kita naik kuda sendiri je la. 

Thanks for viewing. XOXO

Tuesday, April 19, 2016

Sahabat Dalam Tubuh

Assalamualaikum...

Saya memang ada ramai kawan. tersangat ramai sampai kadang tu saya lupa nama mereka. Nak pulak sekarang ada whatsapp group. Memang banyak sangat group saya. Nak remove atau nak left pun tak sampai hati. Nanti orang kata sombong. Tapi memang saya akan muncul sesekali je dalam group2 tu semua. Saya mengaku dengan mereka yang saya memang tak baca mesej2 dalam group tu. Nak kata tak ada masa tu memang tak la. Tapi kekadang tu tak tau nak sembang apa.

Walaupun ramai sangat kawan, ada sesetengah yang rapat dengan saya. So mereka faham kalau nak bersembang dengan saya better personal mesej je. Tak payah nak buka topik dalam group. Nanti terbongkar pulak agenda saya. Dan dalam ramai kawan rapat ada la juga tak sampai 10 orang pun yang diklasifikasikan sebagai sahabat. Kawan - kawan rapat - sahabat adalah makna yang sangat berbeza bagi saya.

Sahabat Dalam Tubuh - Masyusnita Mohd Yunus

Yang ini adalah sahabat saya di KL ini. Selain dari sahabat2 saya yang saya kenali masa sekolah, wanita inilah yang sentiasa bersama saya masa saya susah dahulu. Malah kami akan bersama walaupun kami dah berkahwin. Tapi sejak saya duduk di Kajang ni, susah juga nak berjumpa. Nasib baik ada whatsapp. Semalam kami keluar bersama. Lama pulak tu kami melepak dan berkepit.

Tuan puteri saya yang tak mau duduk baby chair. 

Selain dari itu kami akan support each other. Macam sekarang dia berkhidmat sebagai agent insurans. Makanya sayalah client dia yang terawal yang support career dia. Sampaikan polisi untuk suami saya pun sayalah yang memujuk encik suami. Tinggal polisi untuk tuan puteri saya aje nak kena tunggu cukup umur 2tahun sebab dia premature baby.


Kami kadang2 tak merancang pun sesuatu program. Sama la kalau kami bercuti. Programnya hanya dalam masa dua tiga hari sebelum berlangsung. Call dan WA each other, jom pegi Perak. Bila?. Lusa. Lepak mana?. Tambun. Wowww... Lemme inform chef. Krikk... Krik... Krikk... OK. Dia kata jom. Actually laki dia dengan laki saya pun memang bersahabat. Senang keje.

Suami masing2


Bila kita berkawan, saya jarang nak klasifikasikan sebagai BFF. Sedangkan pelopor BFF tu pun dah berpecah siap saman menyaman, better kita guna istilah bahasa kita aje. Saya tak tau nak cerita apa lagi. Tapi masa saya lepak semalam dia tanya kat belog ko ada cerita apa. Ada cerita aku tak. Nah... Aku dah cerita pasal ko. Thank you dear for being my sahabat dunia akhirat.

Thanks for reading. XOXO

Monday, April 18, 2016

Lady's Day Out

Assalamualaikum...

Kemain tajuk omputih kata ko. Tapi isi confirm la Melayu. Nak baca in nglish boleh click kat translate. Saya nak cerita semalam saya pergi jalan2 dengan adik bongsu saya. Kami sama2 duduk area KL ni tapi nak berjumpanya memang susah la juga. Makanya, weekend kali ini encik suami dikehendaki bekerja. Dapatlah kami spend time adik-beradik.

Adik bongsu saya. Paling manja dengan arwah mak

Biasalah kalau pempuan2 hang out. Sudah pastilah pergi shopping. Tapi kali ni kami tak pergi ke Bangi. Asyik pergi Bangi Sentral je. Dah alang2 encik suami tak ada kita pergi tempat yang jauh sikit. Makanya kami menuju ke Seksyen 7 Shah Alam. Tempat ni lebih kurang macam Bangi Sentral la juga. Betul2 depan pimtu masuk UITM Shah Alam.


Adik saya ni tengah pregnant. InsyaAllah hujung bulan 5 nanti dia akan melahirkan anak sulungnya. Lelaki kot. Disebabkan dia dah terjebak dengan instagram, dia pun mula menggilai jenama muslimah yang ini. Saya dah pernah pesan kat dia, jangan main IG. Tapi sesal dahulu pendapatan. Sesal sekarang, ermmm, nampak macam tak meyesal. Sebab dia ada lebih banyak koleksi dari saya. Bertabahlah encik suamimu.


Saya pun tumpang sekaki dengan aktiviti yang menyeronokkan ini. Suka betul guna kuasa surirumah ni. Sebab kakakmu ini surirumah, nak juga bergaya. Ingat kau yang bekerja aje nak melawa. Belilah untuk kakakmu ini.


Kalau dah berjalan, haruslah berpossing. sebenarnya kat Seksyen 7 Shah Alam ni ada banyak mural kat belakang2 kedai. Tapi baru possing dua tiga gambar, tuan puteri saya pula berak. Potong stim la tuan puteri ni. Balik dari Shah Alam, saya ceritakan pada encik suami. Best laa kat Shah alam tu, Butik2 situ lagi besar dari Bangi Sentral. Butik Calaqisha tu amek dua lot kedai. Boleh lari2 dalam kedai and barang dia banyak. Rasa nak pergi lagi. Ain pun cakap next week dia minta tolong hantarkan dia ke sana. Is it my wife. So you nak pergi lagi. Bila?? Next week. Nampaknya doa you terlaksana. Next weekend I kena kerja lagi. Before I transfer ni banyak betul amanat yang I kena tinggalkan untuk staff I. Pergilah. But no budget for you.

Hurmm... Apalah maknanya kalau pergi butik2 tapi tak dapat membeli. Sob... Sob...

Thanks for reading. XOXO...

Friday, April 15, 2016

Redakan Sakit Kepala

Assalamualaikum...

Masa zaman saya bekerja dulu, selalu sangat saya diserang sakit kepala. Selalunya migrant. Mungkin stressed dengan kerja saya. Dengan nak tinggalkan anak la... Tetiba kena OT pula sampai memikir macamana la nak ambil anak dari taska. Kena call pula kawan2 yang lain minta tolong ambilkan anak dari taska. Memang pening dan sakit kepala dibuatnya. Solusi saya pastinya pain killer. Stok pain killer memang selalu ada dalam beg saya. Sampaikan jadi pengedar pula sebab tiap kali saya beli stok saya akan beli lebih. Ramai kawan2 pow ubat saya.

Kebergantungan terhadap pain killer pun tak elok. Saya tak tau dengan lebih lanjut sebab apa tapi kawan2 menasihatkan saya supaya tak terlalu bergantung kepada pain killer. Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati. Dan sampai satu tahap nanti pain killer tak berkesan lagi terhadap kita dan kita akan memerlukan amount yang banyak. Bila dah ambil amaount yang banyak tu la akan menyebabkan masalah dalaman kita. Tu dia. Dalam kata tak tau lebih lanjut tapi kemain panjang lebar penerangan saya. Jadi saya kurangkan pengambilan ubat tiap kali sakit kepala.






Arwah mak ajar saya, kalau sakit kepala buat macam ni. Ambil tuala kecil dan nipis. Prefer tuala good morning tu la. Sediakan besen kecil yang diletakkan ais bersama air (akan jadi super cold air tu). Minyak cap kapak. Basahkan kepala kita dengan air batu tadi. kemudian rendamkan tuala good morning dalam air batu tu juga. Letaklah minyak cap kapak kat tempat sakit kepala. Basahkan lagi dengan air batu kat tempat sakit kepala. Perah tuala jangan sampai kering pulak. Last sekali ikat tuala kat kepala macam kita selalu buat lepas mandi tu. Nahhh... Awak akan rasa penangan minyak yang panas tu berlawan dengan air batu tu. Dia punya fell memang sedap laaa.

Tapi bila dah ada tuan puteri saya ni susah pulak nak bunjut2 kepala saya. saya buat lagi dengan cara yang senang sikit. Saya letak minyak cap kapak tu kat kepala bahagian yang sakit. Kemudian saya pergi mandi. Basahkan kepala sekali. Masa mandi kena berhati sikit sebab minyak tu akan turun kat muka pula. Pepandai awak la kalau nak elak. Masa mandi tu akan rasa dingin je kat kepala. Lepas kita lap2 kepala, letak lagi minyak angin tadi.


Tapi kalau masa sedang bekerja pula, memang tak dapat la nak balut kepala macam tu. Tak dapat la mandi berbagai. saya akan letak minyak aje. Minyak cap kapak pulak ada bau kan. Dah banyak dah minyak angin yang bau wangi contohnya macam Fresh Care tu. Lepas tepek minyak angin kat kepala, saya minum 100+. Sesekali picit kepala kita tu. Keluar angin rasa macam 100+ tu. Dapat la lega sikit kepala saya.


Setakat ni saya tak cari lagi cara lain untuk melegakan sakit kepala. Sebab itu yang mak saya ajar, rasanya itulah ilmu yang perlu hargai lepas dia dah tak ada ni. Moga bermanfaat untuk yang lain juga. (PS :  semua gambar Google)

Thanks for reading. XOXO.

Wednesday, April 13, 2016

Full Day

Assalamualaikum...

Hari ni memang tersangat busy. Dari malam tadi menganjak ke pagi hingga ke petang baru la settle kerjaan saya. Lenguh kaki berjalan sana sini. Disebabkan kemalasan yang melanda malam tadi. Saya just hantar baju ke kedai dobi. Tapi tetap kena buat kerja kat situ. Self service dobby katanya. Kenalah rajin masukkan baju dalam washing machine tu, kemudian letak sabun, letak softner. Masukkan duit kemudian tunggu. Terpandang pulak memo kat dinding sabun dan softner percuma. Masa basuh nanti sabun campur sekali dengan air yang disediakan oleh tuan punya kedai. Aduh... Kalau tau awal2 saya tak yah gerakkan tangan dan injit kaki nak letak sabun dalam mesin yang tinggi tu. Sementara nak tunggu baju siap kita jenjalan dulu. Kos untuk basuh baju layan diri itu RM10 aje.

Suka betul dia tercongok tengok kain berpusing dalam tu

Malam tu juga si anak dara saya buat perangai langsung tak nak tido. Dah la pagi nanti nak kena pergi HUKM untuk check up. Terpaksalah saya berjaga untuk tengok dia. Dikesempatan itu saya dapat tengok UCL Real Madrid. Tahniah RM mara ke pusingan seterusnya. Christiano Ronaldo pula hatrik malam tu.


Mujur ada TV dan playground ni dik.

Pagi2 bangun nak ke HUKM pula. Terkulat2 saya dalam kereta dengan nak menempuh jemnya. Padahal bukan saya yang drive pun. Tuan puteri saya sedap je sambung tido. Malam tadi tak tido. Mulalah mengamuk tak cukup tido. So far perkembangan tuan puteri saya ni dari segi kesihatan amat baik. Cuma tumbesaran dia yang lemah. Kena makan lebih banyak lagi dik. Doktor suruh adik gemok.

This is Bangsar South

Dah siap urusan di HUKM saya jadi penunjuk arah kepada encik suami untuk ke Bangsar South. Tak jadi masalah la nak ke sini sebab dulu saya belajar di UM. Dekat je la tempatnya dengan tempat saya belajar dulu. Kalau nak cerita tempat ni dulu, tak ada orang pun nak pergi. Sini ada flat2 kos rendah dan setinggan je. Nak bagitau orang duduk kat Pantai dalam pun malu. Sekarang dah nampak mewah. Siap ada hotel pulak kat Pantai Dalam ni. Kondo2 mewah pun bertambah2. Perjalanan diteruskan pula ke Chow Kit dan Bukit Bintang. Gambar tak ada sebab penat sebelah tangan tengah pangku tuan puteri tido. Ingatkan dah settle untuk hari ini. Ada lagi rupanya. Kami ke Tesco Kajang pula sebab encik suami nak renew lesen . Sesungguhnya saya kepenatan. Tapi best juga sesekali berjalan luar dari Sungai Long ni. Sekian kemerepekkan saya. 

Thanks for reading. XOXO

Tuesday, April 12, 2016

Shawl Ohh Shawl

Assalamualaikum...

Walaupun saya tak bekerja, encik suami selalu tegur kalau nak keluar kena pakai cantik2. Disokong pula dengan kata2 nasihat untuk para suami yang memacam kat FB pasal nak isteri cantik suami kena korbankan sikit duit untuk isteri. Saya suka sangat dengan nasihat sebegitu. Tapi tak pernah la saya nak tag2 kat encik suami kat FB dia. Buat malu je. Kang orang kata bini mata duitan pulak. Better saya share itu kat WA beliau. Dan akan memahami. I'm a happy wife.!!!


Semalam saya kemas2 almari saya dan asingkan beberapa shawl yang dah tak pakai. Dan tinggallah sebanyak yang dalam gambar. Kemudian saya send gambar tersebut ke WA encik suami. Wooww... Kemas tudung ke. Banyaknya tudung dia. <3 <3 <3 . Dan saya reply, aah... banyak kan.. Banyak tudung plain laa Bee.. Tudung corak2 sikit jee... Kena beli tudung corak2 la... Dan saya tak menerima apa2 reply dari encik suami. Sob...Sob...

Hurmmm. Kalau dah perempuan. Tudung banyak2 pun masih kata tak ada tudung nak pakai. Kata encik suami masa dia masuk bilik sambil belek2 tudung saya. Sebelum tidur saya akan tengok IG. Haihhh. Tak keruan la tengok IG ni. Should I uninstall my IG???

Thanks for reading. XOXO.


Monday, April 11, 2016

Suami Saya Encik Chef

Assalamualaikum...

Update saya yang latest sekali hari tu saya bagitau saya nak kurus kann. Terutama tang peha saya yang macam kayu balak ni. Maka, saya berusaha sedaya mungkin untuk kurus. Walau hakikatnya ramai yang kata saya tak la segemok mana pun. Tapi saya tetap dengan target saya iaitu nak pakai baju yang tak muat hari tu kemudian barulah saya tak perlu bersenam lagi kerana pasti saya akan jual semula baju tersebut kalau ada yang sudi membelinya.

Dengan usaha yang sedemikian yang diperoleh dari belog Kevin Zahri tu. Sebolehnya saya nak dapatkan saiz peha yang sesuai dengan baju terebut. Saya kurangkan makan. Saya banyak bersenam terutama bahagian kaki dan peha. Sebut bab makan, suami saya agak berisi badannya. Kalau beza dengan saya ada dalam 2.5 kali ganda. Bila kmi makan bersama, dia lah yang jadi tukang cedok nasi untuk saya. Tapi malam2 yang saya nak diet tu memang saya akan buang banyak nasi tu ke dalam periuk. Tinggal la sejemput je nasi untuk saya. Bermulalah bebelan dia. Saya tetap dengan pendirian saya yang saya nak diet.Lantas dia buat muka perli.

Seronoknya diraikan kawan2 

Sekembalinya dia dari tempat kerja. Tatkala dia membuka pintu terlihat dua batang kayu balak sedang berayun. Menandakan saya sedang exercise. Dan sekali lagi dia gelak besar. Shut up. Saya sedang berusaha nak kecilkan kaki saya. Jangan ganggu saya. Dan rutin tersebut berlarutan untuk beberapa hari.

Bila encik suami melihat puan isteri berkeadaan begitu. Dengan selamba dia cakap. Tak payahlah nak diet2, nak senam2. Gemok pun gemok la. Peha balak ke peha KLCC ke tak kisah pun. Jarang la ada bini chef yang kurus2. Nah ambil duit ni. Esok pegi lah beli baju lain yang muat. Baju yang tak muat tu jual je kalau tak de sape nak beli sedekah je la. Tak payah susah2 nak kurus. Kesian tengok. Dan saya pun berhuhuhu. Betul ke ni? Nak belikan baju baru yang lain ke??. Tapi nak design sama macam ari tu boleh??. Tapi kalau tak terjual tak pe ke??. Dan saya rasa so phewww...

Tetapi... jeng jeng jeng... Urusan saya dipermudahkan. Saya terpandang update seorang gadis di group Minaz saya menyatakan dia ada baju design yang sama macam saya tapi dia ada saiz L. Dia nak tukar kepada saiz M. Dan saya apa lagi. Terus berhubung-hubungan-hubungi dengan beliau. Dan proses swap kami berjalan lancar. Tunggu parcel sampai dan dapatlah saya melaram dengan baju kesukaan saya tu dengan saiz L. Tak perlu susah2 nak berdiet nak bersenam angkat2 kaki. Yiieehaaa...

Tetapi encik suami dah bagi duit untuk tukar baju tu. Acaner tu. Disebabkan saya merupakan seorang isteri yang baik. Saya amat menghargainya. Maka setelah selesai urusan pos mengepos. Saya menuju ke Bangi Sentral. Kita cari baju lain pula. Nampak tak. Saya tak mensia-siakan pemberian suami saya. Dont't try this at home. Miaahahaha...

I"m a happy wife

Bahagianya saya. Bila melihat koleksi baju saya. Memang tak ada pembaziran di situ. Saya mempunyai pengikut yang juga sukakan jenama ini. Dan pastinya ramai yang akan mencari baju2 yang saya beli ni yang ketika itu dah tak ada di pasaran lagi. Pandai tak saya.

Thanks for reading. XOXO...

Thursday, April 7, 2016

April Mission - Kena Kurus

Assalamualaikum...

Semalam merupakan birthday encik suami. Tapi saya tak bagi hadiah pun untuk dia. Saya kan suri rumah. kalau saya belikan hadiah untuk dia bermakna umpama dia membeli hadiah tersebut dengan duit sendiri. Sebab duit yang saya ada adalah hasil permintaan dari dia. Jadi sya katakan kepadanya. Saya nak beli baju untuk saya menghadiri kenduri kahwin hujung bulan ini. Baju saya yang lain saya dah let go kat Instagram. Dia pun meng-hermmm kan aje.

Punya la seronok bila dapat beli baju baru. Nak pulak butik2 kegemaran saya di Bangi Sentral sedang membuat jualan murah. Saya pun turut serta dengan beberapa kawan yang lain. Hasilnya dapatlah saya grab baju yang orang lain tak suka. Tapi saya suka sangat. Adik saya kata baju langsuir sebab lengan dia yang mengerbang. Tang mana langsuirnya pun saya tak tau.


Saje je letak gambar besor2 kat situ nanti tak nampak pulak. Keterujaan dapat beli baju baru tu usah cakap la. Dia punya seronok sampai makan pun tak habis. Nasib baik bawa tuan puteri saya. Dia laa tukang perabis makanan. Manakala saya pulak tak sabar nak balik nak gantung baju tu cepat.


Namun begitu. Kegembiraan saya hanyalah bersifat sementara. Setelah saya balik dan mencuba baju tersebut. Punya la ketat. Apahal pulak ketat sangat ni. Saya lihat semula tag. Saiz M. Dah betul dah saiz saya. Bila saya tanya group Minaz, katanya baju batch tersebut memang kecik. Makanya sesapa yang pakai saiz M kene ambil saiz L. Menyesalnya saya tak try masa sebelum beli tadi. Dah la polisi butik kat Bangi Sentral, dah beli tak boleh tukar. Aduhaiii.

Sekarang saya dalam rangka mempromosi baju tu kalau ada yang nak beli. Kalau ada. Kan saya cakap baju tu orang tak suka kecuali saya yang suka sangat. Padan muka kau Aida oiii. tu laa. Besday laki kau, kau yang lelebih. Malam tu saya ceritakan pada suami. Dia gelak je kat saya. Silalah kuruskan apa yang patut kalau tak nak rasa rugi ye Puan Aida. katanyaaa...

Dengan itu bermulalah misi saya untuk mengecilkan part2 yang nak kena kecik. Setelah dilihat dari kekekatan baju tersebut. Saya simpulkan yang kene kecik adalah bahagian peha. Ok. Misi bermula. So kita kena tengok belog2 yang sihat dengan senaman.

http://kevinzahri.com/health-fitness/5-senama-kecilkan-peha/

Saya akan mengikut program encik kevin Zahri kita. Kendurinya 23hb April. Harap sempat la kurus dan saya boleh melaram. Lepas tu nak gemok semula pun gemok laa.

Thanks for reading. XOXO...

Tuesday, April 5, 2016

Doa Jika Barang Dicuri

Assalamualaikum...

Baru2 ni rumah saya dimasuki seseorang. Berkemungkinan yang saya kenali juga sebab tak ada pecah masuk ke dalam rumah. Setelah disoal siasat oleh saya terhadap anak saya si abang Aiman Hakimmy, saya simpulkan, berkemungkinan antara kawan2 dia juga. Maklumlah, si abang kan susah sangat nak mengikut berjalan. Selalu sangat nak tinggal di rumah. Sebab tu tiap kali saya balik, mesti ada je kawan dia yang ada sekali dalam rumah. Kalau tak ada pun, saya dapat jangka sebab ada tinggalan Maggi Cup dalam tong sampah. Tak kan laa dia sorang makan sampai 3 mangkuk.

Hati saya memang dah panas masa tu. Dengan provokasi dari adik saya sendiri yang bekerja sebagai polis tu lagi, dengan sindiran adik2 saya yang lain dan juga dengan sengihan yang macam memerli dari encik suami membuatkan meluap-luap api dalam diri. Belasah dan pukul dia pun dah tak berguna sebab benda dah jadi. Maka, malam tu saya tak boleh tido. Berteleku dan memikirkan mana silapnya. Sebab kisah zaman muda sayakah. Sebab salah mendidik kah. Sebab Allah nak uji kah. Semua bermain di benak fikiran saya. Solat Isya malam tu pun hampir jam 2pagi lepas semua tido. Sambil berteleku di sejadah saya terpandang HP saya yang sentiasa bunyi Whatsapp masuk.

Tapi saya tak buka WA. Mencari logo Google Chrome. Dan saya mencari doa seperti yang saya nyatakan dalam tajuk. Lantas saya temui beberapa dari blog. Nak semak samaada betul ke tak doa2 yang saya jumpa pun tak sempat dah, masa tu saya hanya bertawakkal sahaja. Dan meletakkan niat ketika itu seandainya Allah mendengar dan menerima permintaan, moga dikabulkanlah.

Selepas membaca Yassin. Saya memulakanlah permintaan saya. Saya membaca Surah Al-Hasyr ayat 1-18. Setelah selesai membaca surah tersebut, teruskan dengan membaca zikir seperti di bawah. Baca sebanyak 11kali atau 33kali atau 44kali...


Dan akhir sekali membaca doa seperti di bawah.


Saya hanya memohon. Sama ada Allah nak makbulkan atau tidak, itu adalah urusannya. Setiap kali selesai solat Isya, memang saya duduk lama di tikar sejadah. Alhamdulillah. Dalam masa yang kurang dari seminggu, sewaktu kami mengemas dapur, encik suami telah menemui duit kami yang diambil itu. Berkemungkinan di campak dari tingkap yang sedikit terbuka. Walaupun tak sepenuhnya, kami berpegang mungkin jumlah yang tak cukup itu bukan hak kami. Walaubagaimanapun, saya bersyukur. Dalam kekurangan saya, Allah mendengar juga rintihan hambanya. Tak kira siapa pun kita. Sesungguhnya ketika itu saya akur akan kebesaran Allah. Alhamdulillah dan syukur. Tapi jangan pula bila susah aje baru nak ingat Allah.

Moga bermanfaat untuk anda juga. Thanks for reading. XOXO

Sunday, April 3, 2016

Sakit Adalah Ujian Kerana Sayang

Assalamualaikum...

Baru2 ini saya dikejutkan dengan berita seorang sahabat lama saya yang tiba2 diserang angin ahmar. Beliau merupakan classmate saya semasa di tingkatan 6. Ye... Umurnya sebaya dengan saya. 38 tahun. Tetapi diuji dengan sakit yang sebegitu. Namun setiap sakit merupakan ujian kepada kita sebagai hambanya dan mensucikan dosa2 kecil kita. Tatkala menerima berita tersebut, pastinya saya dan kawan2 yang lain berasa sedih dan hiba. Moga beliau diberi kesembuhan seperti sediakala. Isterinya juga sahabat sekelas saya. Dan kami sememangnya terkejut masa awal2 percintaan mereka. Dalam kelas dulu mereka berdua teramatlah bermusuhnya. Dan untuk Ida Liana Baba, isteri Muhammad Azizi Khalid, moga kau juga tabah mengahadapi ujian ini dan dapat menjaga suami dengan penuh kasih sayang.


Get well soon my dear sahabat


Me, Shahrani (pegang Mahirah) dan Ida

Walaupun sakit, masih kuat melayan kami. Dan walaupun sang isteri kepenatan, tetap utuh bersembang bersama saya dan juga bekas rakan sekelas kami Shahrani Idderis. Moga ikatan persahabatan kita kekal ke syurga.

Thanks for readings. XOXO

Friday, April 1, 2016

Weekend Foodgasm

Assalamualaikum...

Selamat hari lahir saya ucapkan ke pada GST. Dah setahun umur anda. Walau setahun awak semakin kaya dan semakin hebat bergaya. OK. Cukup la intro yang bisa menyakitkan hati sesiapa sahaja. Kalau nak cakap GST, tak kira peringkat umur, tak kita kelas dan kedudukan seseorang. Memang tak boleh lari dari GST.

Hujung minggu yang lalu juga banyak betul pengisian saya bersama keluarga dan kawan2. Tu yang sampai tak sempat nak menjengah belog ini. Banyak perkara dihabiskan dengan aktiviti makan. Bermula dari kenduri adik kawan saya, kami sekeluarga turut serta dalam rombongan mereka ke kenduri kahwin di Taman Medan. Hajat nak menyinggah di Sunway Pyramid tak kesampaian bila cuaca yang panas sangat, sakit pula kepala saya. Masuk dalam kereta rupanya dah berdarah hidung. Encik suami tak cakap apa atau tak bertanya. Terus pandu kereta balik ke Kajang.




Aktiviti makan nasi minyak dah settle. Rasa macam dah lama tak makan nasi minyak. Dan biasalah, saya kan suka pergi kenduri kahwin. Keesokannya, saya mengikut encik suami beli barang hotelnya. Pun macam dah lama tak masuk area pasar Chow Kit. Nampak teratur la sikit dari dulu. Lepas beli barang kami ke Kampung Baru untuk lunch. Targetnya haruslah pintu gerbang.

Kuasa membeli belah dan tawar menawar




Dah puas makan kat Kampung Baru yang makin meletop harganya. Kami terus balik ke rumah sebab encik suami nak kena sambung kerja. Saya lepak tiga beranak je tengok tv. Lambat pulak encik suami balik. Saya bawa anak2 makan kat cafe yang baru bukak di kawasan perumahan saya. Cafe 43ribu namanya. Cafe ni simple je bangunannya. Bangunan ala2 rumah kongsi pekerja buat MRT. Tapi harganya macam Secret Recipe laaa...



Hari berikutnya dah tak hari minggu. Siabang Kimi merengek nak menonton wayang lepas balik dari sekolah. Nak tengok Boboiboy katanya. Semua kawan2 dia dah tengok. Semua gelakkan dia sebab tak tengok lagi cerita tu. Encik suami pun cek tiket yang available. Mujur laa ada kat Balakong. Dekat sikit nak peginya. Ooo... Dedi cuti sebab tu dia layan.



Ni untuk kucing2 yang selalu datang rumah

Dan penghujung bulan March saya, setelah lama tak jengah ke Bangi Sentral. jom la kita pegi tengok kawasan. Masa saya nak luch kat Paramount Bangi Sentral ni, saya perasan ada orang tengah shooting. Tetiba datang pulak Ady Putra kat sebelah saya sambil tegur tuan puteri. Terkejut dan buat2 terkejut pun ada. Alang2 dia dah ada saya tanya, nak bergambar boleh tak. Dapatlah sekeping. Ok laa minta gambar dengan dia dari Apek Kelantan dulu. Baik je. Si Apek tu, siap lari2. Tau la kat padang dia tak berlari sangat.



Ni namanya Sinful Drinks Tudung People.

So, setakat itu sahaja coretan saya untuk kali ini. Wowww... Banyaknya gambar saya. Minta maap la kalau melambatkan kelajuan internet anda kerana gambar2 tersebut. Terima kasih tolong hit belog saya. Hingga jumpa lagi di lain entri. 

Thanks for reading. XOXO...