Wednesday, May 28, 2014

Menunggu Kelahiran Baru

Salam...


Singgah kejap kat blog picisan ini. Dengan limpah rahmat dari Illahi.. Masih Bernafas sehingga kini. Yang hidup, perlu diteruskan berserta doa2 untuk mereka yang telah pergi.

Hari ini, 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435H, telah genap sebulan mak meninggalkan kami... Tak henti2 kenangan bersama arwah bermain di minda kami... Sering menjadi perbualan kami adik beradik dalam group whatsapp. Sungguh, kami rindukan arwah... Dan tiap kali rindu menjengah, hanya doa untuk arwah yang mampu kami utuskan.

Namun hidup perlu diteruskan. Semua dah tenang. Semua dah redha dan menerima ketentuan Illahi. Saya pula hamil 30 minggu. Sebulan yang lalu, saya terlalu mengikut emosi. Hinggakan berlaku komplikasi terhadap kandungan yang mana baby langsung tak bergerak. Tapi Alhamdulillah. Semua kembali normal... Yang dalam kandungan ni juga ada hak untuk hidup dan menjadi umat junjungan agung, Nabi Muhammad SAW.


Saya dijangkakan melahirkan baby girl. Wahhh... Teruja di hati hanya Allah dan mereka yang paling dengan saya yang tahu. Tapi dalam teruja, saya masih mampu mengawal perasaan tu. Dalam kata nak beli barangan baby dengan penuh lahap tu, tak adalah sampai ke tahap itu. Mungkin dengan kehilangan mak tersayang, saya mampu untuk mengawalnya. Arwah pernah berpesan, jangan membazir. Baju baby tak de lah sampai penuh almari. Yang branded jauh skali. Mungkin sebab saya isteri kepada lelaki yang tidak mementingkan jenama semua ni. Ada hikmahnya. Boleh la nak menabung.

Setakat ni barang yang besar kami beli pun almari untuk baby. Katil atau baby coat tu tak beli lagi. Almari tu pun almari jenis foam board adik beradik dengan utility rack tp beli kaler pink. Almaklumlah... Baby girl katakan. Setakat nak isi baju basahan dan baju jenjalan tu, tak perlu almari mahal.

(gambar ehsan google)

Ni lah almari nya. Saya beli sekali rack tiga tingkat kaler yang sama untuk letak lampin pakai buang dan barang2 lain. Rasanya kalau baju penuh kat dalam tu tak de lah banyak sangat kan bajunya. Ye dok??? Ayat penyelamat diri sendiri.

Kalau yang penuh macam ni hanyalah impian mami.

Katil baby pun tak payah yang mahal2. kalau dapat free pun lagi syukur rahmat. Jadi, setelah keputusan ditimbang-tara. Makanya, kami akn memilih Ikea sebagai destinasi pilihan untuk katil baby kami nanti. Ikutkan, tak payah katil pun tak pe kot. Tido je sebelah mami dan dedi. namun begitu, dedi agak lasak juga kalau beradu. Maka kami kenalah beli juga.

Nah!!! Berserta harga.

Tunggu juga la bila Ikea nak jual murah katil ni macam tahun lepas. Harga offer tahun lepas hanya RM99. Kayu boleh cat sendiri.. Boleh ler nak buat kaler pink. Leh geder2 dengan almari baby tu nanti.

Baru dapat mesej dari adinda tecinta. Katanya Sogo ada sales. Amboii... Memanjang sales kat Sogo tu. Kaki pula makin membengkak dan sembab. Nak berjalan jauh2 tu, macam tak ada daya sangat. Jadi mampu kirim je la kat adinda bongsu tu... Bukan kira air liur. Ni kirim taip je. Hahaha.

Oh ye. Sepanjang pregnent ni. Saya langsung tak memiliki baju pregnent. Faktor tubuh kecil. Perut pun kecil. Jadi pakai je la baju apa yang ada.

Hingga berjumpa lagi. Al-Fatihah untuk bonda tercinta. Dan juga Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah.


Thursday, May 15, 2014

PERATURAN MENZIARAH TANAH PERKUBURAN

ADAB DAN PERATURAN ZIARAH KUBUR
 
Menurut huraian ulama’ rahimahumullah, orang yang berziarah kubur dituntut melakukan seperti berikut:
 
1.            Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwudhuk)
 
2.            Ketika sampai ditanah perkuburan, disunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur dan berdoa semoga mereka beroleh rahmat dan selamat sejahtera. Ini diterangkan dalam hadith berikut:
      Dari Buraidah al-Aslami r.a, katanya;
” Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata:  Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga- Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekelian ”
                                                               (Hadith riwayat Ahmad , Muslim dan Ibnu Majah)
 
3.            Setelah sampai berhampiran kubur kaum kerabat atau sahabat kenalan, hendaklah berdiri rapat ditepi kubur dengan mengadap muka simati  (untuk mengetahui arahnya, semua orang mati dikebumikan dengan keadaan mengiring atas sebelah kanannya dan mukanya mengadap khiblat) sambil memberi salam secara khusus kepadanya : Contohnya kalau simati ayah kita, maka lafaz salamnya ialah :”Assalamualaikum wahai ayahku” dan kalau ibu, ” Assalamualaikum wahai ibuku.”
Demikian seterusnya kepada kaum kerabat dan sahabat kenalan, beri salam dahulu disertakan dengan panggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka semasa mereka hidup.
 
4.            Selepas memberi salam, sunat membaca aya-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati.
 
5.            Selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya, kerana  doa yang didahului bacaan al-Quran lebih diharap makbulnya.
 
ZIARAH KUBUR RASULULLAH SAW
 
Umat Islam umumnya (lelaki dan perempuan), sunat menziarahi kubur Rasulullah s.a.w di Madinah al Munawwarah kerana pahala dan kebaikannya amatlah besar.
 
ZIARAH KUBUR IBU BAPA
 
Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga kepada anak derhaka. Seperti dalam sebuah hadith diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat.
 
 
ORANG YANG MATI SENTIASA BERHAJAT KEPADA DOA UNTUKNYA
 
Kenangkanlah daku dalam doamu”- rayuan ini bukan sahaja terpancar dari orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi sentiasa dirayukan oleh orang yang mati.Ini diterangkan dalam hadith maksudnya:
 
Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya,atau saudaranya, atau sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya maka tidak terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang-orang yang hidup kepada orang mati ialah: ”Doa dan Istighfar”. (Riwayat oleh Ad-Dailami rahimahullah)
 
Rayuan rohnya dengan suara yang hiba dan menyayukan hati:
 
Di dalam hadith juga diterangkan, maksudnya:
 
” Bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing. Tiap-tiap satu roh di antaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan sayu, katanya:
 
” Wahai ahli rumahku! Wahai kaum kerabat dan anak-anakku! Wahai orang-orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagi dan menerima harta pusaka peninggalan kami, adakah sesiapa di antara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah memikirkan keadaan kami yang sedang berada di alam Barzakh?...kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa dan amal-amal yang salih, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu...”
 
” Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang lagi pada malam berikutnya.
 
” Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira.   Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa.” [Hadith yang menyayukan hati ini disebutkan dalam I’anah at-Talibin (2:144) ] 
 
Kedua dua hadith ini menerangkan setakat mana berhajatnya orang yang mati kepada doa orang-orang yang hidup.
 
Sebab itulah kita diberi panduan di dalam al-Qur’an [ Diantaranya: ayat 41, surah Ibrahim, dan ayat 10, surah Al-Hasyr ].  supaya tiap-tiap seorang sentiasa berdoa memohon rahmat bukan sahaja bagi dirinya, ibu bapanya dan kaum kerabatnya- tetapi juga bagi umat Islam umumnya, yang hidup dan yang mati. [ Jika si mati orang salih maka doa itu dapat meninggikan darjatnya, dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkannya dari azab (atau meringankan tanggungannya). Tanwir al-Qulub (217).
 
 
 
LARANGAN BERKAITAN DENGAN KUBUR
 
Banyak perkara terlarang yang dilakukan oleh masyarakat kita berkaitan dengan kubur antaranya:
 
1.   Membuat Bangunan Di Atas Kubur
 
Imam Syaukani mengatakan: ” Antara larangan meninggikan kubur adalah termasuk membangun kubah-kubah dan makam-makam (cungkup-cungkup) yang dibangunkan diatas kubur. Juga termasuk menjadikan kubur sebagai masjid, padahal Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang yang berbuat demikian. Antara lain kepercayaan mereka yang menyangka bahawa kubur-kubur itu mampu mendatangkan manfaat dan menolak bahaya lalu mereka menjadikannya sasaran untuk meminta terkabulnya hajat dan tempat bersandar untuk berhasilnya suatu cita-cita. Dan mereka meminta dari kubur apa yang semestinya diminta oleh seorang hamba dari Tuhannya, dengan mengusap-ngusap kubur dan memohon perlindungan daripadanya seperti perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah.
 
2.   Menembok Kubur Dan Membuat Tulisan-Tulisan
 
Berdasarkan hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dilarang menembok kubur dan membuat tulisan-tulisan di atasnya. Hendaknya kuburan seorang muslim itu dibuat sederhana dan janganlah berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan kubur dan jangan membuat tembok, memagarinya dengan pagar besi yang mahal, menulisnya dengan dakwat emas, mengukir dan sebagainya.
 
3.   Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Solat
 
Perhatikan hadis dari Jundub, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 ” Ingat! Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dahulu menjadikan kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh mereka seperti masjid. Ingat! Sebab itu janganlah kamu menjadikan kuburan seperti masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu berbuat demikian.”  (Riwayat Muslim)
 
Pada hadis lainya dari Abu Martsad Al-Ghanawi:
  ”Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu solat  mengadap kepadanya.”
 
4.   Berjalan di Sela-sela Kubur Memakai Alas Kaki
 
Mengenai larangan berjalan disela-sela kubur dengan memakai alas kaki dijelaskan dalam hadis dari Basyir Al-Khashashiah, mengatakan:
 Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki berjalan dengan memakai terompah disela-sela kubur, maka baginda bersabda: ”Wahai pemakai terompah, tanggalkanlah terompah itu”.
                                                              (Riwayat Al-Khamsah kecuali Tirmizi)
    Menurut riwayat, orang itu melihat Rasulullah s.a.w dan ketika diketahuinya.dia melepaskan terompah dan mencampakkannya.
         Berdasarkan hadis tersebut di atas,dilarang duduk di atas kubur. Dan juga dilarang   berjalan di sela-sela kubur dengan memakai alas kaki. Ini dianggap sebagai adab untuk menghormati penghuni kubur. Kecuali jika ditakuti banyak duri atau sesuatu yang mungkin membahayakan kaki, maka dalam keadaan demikian dibenarkan memakai alas kaki.
 
5.   Meletakkan Karangan Bunga Atau Seumpamanya
 
 Meletakkan karangan bunga , bunga rampai dan sebagainya di atas kuburan tidak disyariatkan di dalam Islam. Tidak ada nasnya dari Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diperbuat oleh sahabat. Perbuatan yang demikian bertentangan dengan ajaran islam, sebab dapat digolongkan kepda pembaziran. Firman Allah bermaksud:
” Dan janganlah kamu menghamburkan-hamburkan harta mu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
                                                                                                     (Al-Isra’ :26-27)
 
6.   Menyembelih Binatang Di atas Kubur
 
 Menyembelih binatang di atas kubur adalah merupakan adat jahiliah yang telah dibasmi oleh islam.
Janganlah dikalangan umat islam melakukan sembelihan di atas kubur.
  Sebuah hadis dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
” Tidak ada penyembelihan (binatang di perkuburan) dalam Islam.
  (Riwayat Abu Daud)Al-Khattabi berkata: ” Biasanya orang-orang jahiliah menyembelih unta di makam lelaki dermawan. Kata mereka: ” Kita membalas kebaikannya, kerana semasa hidupnya dia biasa menyembelihnya dan menyajikan kepada tetamu. Maka sekarang kita sembelih haiwan ini dimakamnya untuk menjadi makanan bagi burung-burung dan binatang buas. Dengan demikian dia tetap menyediakan makanan setelah meninggal dunia sebagaimana dia telah menyediakan makanan selama hidupnya.”
 
Demikianlah adat jahiliah. Dan adat ini telah dibasmikan dan dilenyapkan oleh ajaran Islam, sesuai dengan hadis tersebut di atas.
 
 
PENUTUP
 
Demikianlah antara adab-adab yang perlu dilakukan apabila menziarahi kubur. Namun ziarah kubur bukanlah hanya dilakukan semasa hari pengkebumian atau setiap kali menjelangnya hari raya sahaja. Yang menjadi sunnah ialah dengan menjadikan amalan menziarahi kubur itu sebagai suatu usaha oarng yang hidup untuk mengingati oarng yang telah mati. Ia juga mengingati kita tentang kematian dan membuat persediaan dengan memperbanyakkan amal ibadat sebanyak mungkian kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya amal soleh mengukur darjat kita disisi Allah SWT.
                                                   

Sunday, May 11, 2014

Rindu Yang Tiada Hujungnya



Salam...

Tajuk entri pun dah macam tajuk novel.. Macam bait lagu jiwang... Cuba untuk menggembirakan hati nan lara... Hanya Allah SWT yang memahami... Terkadang rindu itu datang tak dapat kita bendung... Hanya airmata dan doa yang dapat meredakan walau sekelumit luka yang berbisa..

Mak pergi tanpa pesanan... Tanpa sebarang kata... Kali terakhir berbual dengan Mak pada 25 April 2014... Dia pergi meninggalkan kami pada 29 April 2014... Pagi sebelum dia meninggal dunia... Hati saya memang dah digamit rasa rindu untuk berbual dengannya... Terbayang kampung halaman... Entah apa yang menghantui jiwa saya, melengahkan masa untuk menghubungi dia... Walaupun adik lelaki memberitahu kalau telefon masa tu mungkin dia tak dapat bersuara... Hanya kedengaran getaran suara sahaja ketika berbicara... Namun kuasa Tuhan tiada siapa yang dapat menduga... Suara Mak kedengaran jelas tatkala memanggil nama cucu2 nya... Itulah suara yang terakhir yang didengarinya sebelum tersedak selapas makan beberapa suap bubur dan longlai di kerusi rodanya...

Sesekali terlintas hasutan entah dari mana... Menyatakan mak masih hidup... Cuba telefon rumah dia... Mesti dia yang menjawab panggilan tu... Ahhh... Hasutan yang seolah ingin memesongkan aku... Yang tak nak aku terus berdoa untuk dia di sana... Hasutan yang membuatkan aku seolah tidak redha dan tidak dapat menerima ketentuan Illahi...

Kini tinggal kenangan sahaja... Kenagan yang menerjah satu persatu memori di setiap pelosok ingatan saya... Waktu kecilku bersama mak... Waktu remajaku... Waktu dimarahai... Waktu memberontak... Terlalu banyak kenagan yang menyedarkan saya banyaknya dosa saya pada Mak...

Masih terbayang lagi... Kurusnya tangan mak di saat bersalaman dengan dia tiap kali tiba di kampung dan pulang ke kota... Kurusnya Mak di saat saya membuka bajunya untuk memandikan dia di awal pagi tatkala pulang ke rumahnya... Berseleranya Mak bila menjamu lauk kegemarannya... Terngiang lagi di telinga suara dia yang bertanya "masak apa tuu" bila saya berada di dapur... Suaranya yang ketika itu terlantar di katil bertanyakan "siapa tu" tatkala kami melangkah ke rumahnya... Kini tiada lagi soalan tu bila masuk ke rumah... Tiada lagi soalan itu bila berada di dapur... Tiada lagi pekikan suaranya meminta membawanya ke bilik air... Tiada lagi sampai bila2...

Rindu itu datang lagi... Tiap waktu... Hatta terjaga dari tidurku... Rindu yang tak kan berhenti sehingga hujung nyawaku... Kerana saya tak kan dapat berjumpa dengan mak lagi... Hanya Syurga tempat yang menanti...

Adakala terasa ingin pergi bersama Mak... Namun yang masih hidup harus diteruskan... Mohon juga dipanjang usia agar tetap dapat bersedekah pahala untuk mak... Dapat mendoakan Mak sejahtera di sana hingga akhir hayat saya... Itu sahaja yang mampu saya lakukan waktu ini...

Mak... Amanlah Mak di sana... Bersama yang Esa Tuhan sekelian alam... Yang mengkehendaki sesuatu... Yang maha Mengasihi... Kerana Mak dah bersama Dia... Dia lebih menyayangi Mak...

Al-Fatihah untuk Mak... Hingga hujung nyawa saya...

Friday, May 2, 2014

MAK...


Mak... Banyak nya dosa2 Ida yang tak terampun oleh perbuatan Ida sendiri... Terasa kehilangan mak... Kehilangan yang terbesar dalam hidup ni... Tak terucap lagi dengan kata2 akan perasaan ni... Kami akn sedaya upaya membahagiakan mak di sana walaupun kami sering melukakan hati mak tika hidup mak...

Mak... Ampunkan segala dosa Ida... Dari lahir hingga pejamnya mata mak... Walaupun tak lama Ida tatap wajah mak sebelum dikebumikan... Namun Ida masih memanjat kesyukuran dapat cium wajah mak... Mak cantik sangat... Wajah mak bersih... Mak wangiii....



Mak... Tunggu kami di syurga Mak... Kesian tengok abah... Dia pasti kesunyian... Kesian tengok Ain... Dia yang paling rapat dan paling manja dengan mak... Kesian tengok Hisham... Dia yang sentiasa jadi harapan Mak... Ida akui Ida lega sikit sebab Hisham bersama mak ketika mak menghembus nafas yang terakhir...

Ya Allah... Ampuni dosa kedua ibu bapaku... Kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu aku masih kecil lagi... Tempatkanlah dia di syurga-Mu... Di situ kebahagiaan yang abadi untuk mereka...

Mak... Tunggu kami di syurga ye Mak... Sayang Mak... Selamanyaaa...