Monday, November 3, 2014

Tak Nak Hisap Susu Botol

Salam..

Stok susu banyak. Siap pam bagai. Susu formula pun ada untuk standby kot tergeliat pulak urat susu mami. Kang tak de susu pulak. Kesian Tuan Puteri. Tapi... Susu formula kering masuk angin. Susu yang di pam pulak buat penuh peti sejuk. Tak bersentuh. Ni semua sebab Tuan Puteri tak mau langsung hisap susu dari botol.

Puas mengajar. Puas juga la saya google apa yang saya nak kena buat. Semua yang cikgu google ajar semuanya saya try. Tapi Tuan Puteri Aliya Mahirah ni masih dengan keputusan dia. "BOOBS ONLY!!!"

Jenis hati kental macam saya, mesej Puan Boss kat tempat keje. Sorry Boss. I'm quit due to my daughter only want my boobs. Haaa... Ko mampu nak benti keje macam tu dengan alasan begitu. Itulah senario yang saya dah lalui. Sepanjang tempoh cuti bersalin. saya dah mencuba pelbagai teknik yang saya belajar dari nurse, orang tua, jiran tetangga, group whatsapp. Semuanya lah. Tapi tak berhasil. Bermula lah kehidupan saya sebagai suri rumah tangga. Jaga Tuan Puteri ini. Berhenti keje sebab Tuan Puteri tak nak hisap susu botol. Abis tuuu... Macam mana nak hantar kat pengasuh.

Ramai pulak yang tanya saya, macam mana nak ajar anak hisap susu dari botol. Saya hanya ada pengalaman belajar dan cuba mengajar. Ilmu saya pun tak seberapa. Tapi, sejak duduk rumah sambil tengok Wanita Hari Ini. Rajin juga la google ilmu2 dari otai2 yang ada dalam alam maya ini.

OK. Jumpa! Dari blog Selembutbayupemikirbumi…Tipnya ialah ..
  • Minta bantuan orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu TIDAK BERADA BERSAMA semasa 'bottle-training' kerana bayi anda boleh menghidu bau ibunya sejauh 10 kaki. Bila ibu tiada di sisi, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bayi yang " Oh..ini masa untuk minum susu dalam botol" atau pun.. "Eh, apa ni? (hisap..hisap..)..jap2x...oh sedap..sedap".
  • Bereksperimen dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah/ penjaga (face-to-face).
  • Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Dengan botol MIMIJUMI, tugas anda jadi lebih mudah kerana botol ini direka supaya ia kelihatan seperti puting ibu dan susu hanya akan keluar bila bayi mula menghisap.
  • Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  • Peluk dan tenangkan bayi. Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  • Gunakan botol susu yang menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting.
Gambar Ehsan Cikgu Google

Ok.. satu lagi.. Dari blog puankutu .. Tipsnya ialah ,
  • Beli botol dan puting yang menyerupai puting ibu. Kini terdapat banyak produk yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.
  • Sediakan puting flow paling perlahan. Tak kira berapa usia bayi, apabila menggunakan flow paling perlahan bayi akan terpaksa berusaha menghisap sepenuh hati sama seperti ketika minum direct dari ibu.
  • Pada permulaan, sediakan cuma 2 oz susu dan tambah setiap 0.5oz sekiranya bayi masih lapar. Susu ibu tidak sama seperti susu formula. Cuma sedikit kuantiti diperlukan untuk bagi bayi kenyang.
  • Jangan paksa bayi. Sekiranya bayi tidak mahu, cuba lagi lain kali. Dengan memaksa, bayi akan lebih menolak untuk minum dari botol.
  • Sebaik-baiknya minta bantuan orang lain beri bayi susu. Jauhkan ibu dari bayi kerana bayi boleh ‘bau’ ibunya yang menyebabkan dia menolak botol.
  • Untuk permulaan, bagi susu fresh yang baru sahaja diperah. Lepas perah cuba bagi bayi minum sekali sehari selama 3-4 hari. Bila bayi ok, cuba pula bagi susu perahan yang dah disejukkan dalam peti ais dan dipanaskan.
  • Sebaiknya elakkan guna susu beku. Susu tersebut boleh dijadikan stok di masa hadapan. Bayi yang masih kecil memerlukan khasiat sepenuhnya dari susu ibu segar. Selepas seminggu, boleh gantikan pula dengan 2 kali susu perahan sehari. Dan pada minggu ketiga, beri susu perahan 3 kali sehari.
  • Boleh juga mencuba cara ini : Semasa beri bayi minum guna botol, tarik sedikit botol supaya bayi terpaksa tarik dan hisap puting tersebut. Selepas dua tiga teguk tarik bagi bayi rehat sedikit & kemudian hisap lagi.
Harap, yang bertanya dapatlah serba sikit info dari apa yang saya pelajari. Saya ni tak berapa pandai juga. Tapi kalau tak menjadi juga ajaran di atas. Rasanya ibu2 kene lah buat keputusan benti keje macam saya. Sila nangis.

Selain dari itu. Ada yang bertanyakan. Macam mana pulak susu badan tak ada tapi baby nak direct BF. Teknik yang saya nak kongsikan ni pula saya belajar masa kat Sogo. Hahaha. Kenapa Sogo? Masa tu nak membeli pam susu masa tengah pregnant dulu. Ternampak gadget ini. Biasalah pempuan. kan busybody. Nak tau ini untuk apa.

 Medela - Supplemental Nursing Systems (SNS)

Produk ni digunakan untuk ibu2 yang mengalami masalah yang saya nyatakan di atas. Ada masa nak direct BF tapi susu tak ada. Acaner tu?? (Umma Lacto sedia membantu) Selain itu, ibu2 yang memiliki anak angkat juga banyak guna untuk menerbitkan naluri keibuan masa baby nyonyot nipple kita tu. Baby agak tertipu sikit. heeee... Tapi demi kebaikan bersama.


Cara penggunaannya

OK lah. Rasanya cukup sampai sini aje cerita saya untuk entri kali ini. Harap dapat membantu serba sikit pengetahuan kita ye ibu2 semua. Hingga jumpa lagi.

10 comments:

  1. Maaf, puan. Sambil blogwalking tadi ternampak boobs, tu yg singgah kejap :p Good info :)

    ReplyDelete
  2. Eee. Hahahag dah selambak mcm tu mestilah nampak kan Matt

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hehe... saje je, puan :) mohon singgah ke entri hamba di;

      http://www.matt-fitt.com

      Delete
  3. Matt... kmk dah follow...
    ktk pny tek web site kah?

    ReplyDelete
  4. info terbaik.. saya pn hadapi mslh yg sma & terpksa bhenti kerja demi ank

    ReplyDelete
  5. Masa mengandung da berhenti kerja sbb anak pertama yg lama menunggu...anak da 1 tahun 5 Bulan...cadang nak kerja n anta pengasuh...tp hadapi masalah, anak nak menyusu badan apabila masuk tidur@anak mengantuk...anak boleh minum susu formula, guna botol@straw...pening kepala fikir mcmmana nak tidurkan anak tanpa susu badan...huhu

    ReplyDelete
  6. Anak sye taknak df istri sye cuma pam je bagi dia mnum..skarang dah stahun lebih susu kurang dan dia taknak susu formula .ada sapa2 boleh bantu situasi istri sye ni ? Asyikk merengek je tak ckup susu..hmmm

    ReplyDelete