Monday, March 28, 2016

Kuasa Bermain Mahirah

Assalamualaikum...

Wow... kemain hebat saya menghapdet belog. Semalam dah update. Hari ni nak update lagi. Gitulah kaedahnya bila keseorangan di rumah. Maksud keseorangan tu, anak2 semua tido maka mami terkulat terkebil sorang2. Saya memang susah nak tido siang. Dan sebolehnya saya akan elak untuk tido siang. Mata ni walaupun lelap 5 minit aje waktu siang, malam kang konpem tak tido sampai pukul 4am.

Waktu siang saya juga kalau tak komen FB atau IG kawan2, maknanya hp bukanlah berada di tangan. Sehari kena caj hp sampai dua kali gara2 tuan puteri saya yang mengamuk nak menonton video. Solusi yang baru dari encik suami, nanti dedi beli hp untuk Adik yee... Dan mami so feww. Cepatlah beli dedi oiii...

Sekarang pun dedi dah tak berapa suka nak bawa tuan puteri yang sorang ni untuk bershopping. Kalau encik suami saya ni balik kerja, tetiba ada paper bag Parkson. Wahhh shopping tak ajak nampak. Bukan tak nak menghiburkan Mahirah dan Kimi. Kalau kami ke mall, setakat nak beli baju selai memang sampai ke malam la kami kat situ. Ini semua sebab tuan puteri saya ni kalau dah nampak permainan yang masuk token or coin, konpem melekat kat situ aje. Dan dia juga dah kenal ToysR'us. Kalau kawasan saya ni, Alamanda dengan IOI City Mall dah tak boleh masuk dalam senarai riadah. Makanya kalau kami nak ke sana. Sila pertahan jiwa dan raga untuk melepak 2 atau 3 jam dan standby coin banyak2 kat menatang ngok ngek itu.

Ooo I like this. I want this. Please dedi

Ooo I got it. Thank you dedi




Orang keliling kalau nampak tuan puteri saya mengamuk sebab nak bermain, mesti diorang akan kata anak nak main pun mak pak berkira. Mereka tak tau, yang tuan puteri dah main dua jam di situ sementara menunggu abang Kimi keluar dari wayang. Kami menebalkan muka tuan puteri meraung sepanjang perjalanan kami ke parking. Dan pastinya dia akn tertidur dalam kereta. Bila bangun je, dia nak tengok hp sebab nak tengok rakaman dia bermain tadi. Dan merengek tunjuk2 hp kat encik suami. Maknanya, minta main lagi. Ehh.. Mami pulak hantar video ke Whatsapp group adik beradik mami. Dan semuanya tak tau nak setting non auto download WA video. Komen yang diterima. Aduiii oii.. Abisla data aku terdownload video mektek ko ni. Dan sorang lagi. HP aku kat Danish aje sebab nak tengok Dik Yah main kereta. Dah setengah jam oii ulang video Dik Yah main kereta. Semua ni akan menjadi kenangan bila Mahirah dah besar nanti.

Thanks for reading. XOXO...

No comments:

Post a Comment