Wednesday, March 16, 2016

Perjalanan Cuti Sekolah Kami.. Kajang - Kuantan - Labis

Assalamualaikum...

Pembuka cuti sekolah bulan March ni, kami menggunakan peluangNYA untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Memang nostalgic dan tragic jugalah perjalanan kami pada kali ini. Dah service kereta berbagai, break down pula kat tengah jalan. Mujur masa rosak tu masih kat area Ampang. Kalau dah masuk highway, tak tau la nasib dompet encik suami.

Punya seronok nak balik kampung masa mula gerak

Merasalah anak dara saya duduk tepi highway

Ini memang tarak jual... Legend NI sebab arwah mak paling suka kereta ni

While waiting 

Mujur kerosakan kereta kami tak begitu serius. Ongkosnya pun tak begitu banyak. Maka perjalanan kami pun dimulakan semula. Kemain hebat kuasa pecutan kereta saya selepas itu. Sampai Kuantan pun dah malam. Masa untuk tidur je laa.

Rezeki pagi tu, ada kawan adik ipar hantar ikan yang super segar

Sebab tak lama sangat duduk kat Kuantan, masa untuk menikmati Kuantan tu amat terhad. Cuma saya dan adik saya dapat melunaskan program kami sendiri. Tak dapat jumpa kawan-kawan lain akibat kekangan masa. InsyaAllah, ada rezeki nanti kita jumpa lagi.

Malam berikutnya di Teluk Chempedak

Sempat lagiii


Adik beradik saya. Mucho mucho...

Lepas urusan di Pejabat tanah bersama encik abah. Saya terus gerak ke Labis Segamat Johor. Kali ni di kampung encik suami saya pula. Paling saya suka bila balik sini adalah rumah dikelilingi pokok. Nak pula sekarang kan saya suka sangat dengan pokok-pokok.

Pisang ni sampai menunduk ke tanah

Jambu air sampai berguguran. Punyalah tak ada orang makan

Pokok ni la yang saya pernah petik buahnya sebab mengidam masa pregnant



Sama macam di Kuantan. Hanya dapat merasa duduk di Labis untuk dua hari sahaja. Masa balik ke Kajang, singgah sebentar di Air Terjun Gunung Ledang. Ramai juga la pengunjung di sana, maybe sebab cuti sekolah.
Nun sayup belakang tu Gunung Ledang. Nanti saya balik sekali lagi kita cari port yang lebih cun.



Tak puas balik kampung. Thank for reading. XOXO

No comments:

Post a Comment