Friday, June 12, 2015

Pengalaman Bengkak Susu

Assalamualaikum...

Nah tajuk entri. Memang straight to the point. Tak ada masa pulak nak berkias bagai. Sementara tuan puteri pengarang jantung saya tido. Harap dapat la kongsi serba sikit cerita mengapa dan bagaimana. Di sini saya hanya menceritakan sahaja pengalaman yang saya lalui ye ibu2. Bukan sebab secara saintifik.

************************************

Seperti yang sedia maklum, bagi mereka yang mengenali dan follow saya sejak lama. Tuan puteri saya lebih suka direct BF. Botol2 ni memang jarang sekali dia nyonyot. Nak berkepit aje dengan nenen mami dia. Alhamdulillah. Susu saya memnag banyak untuk dia. Mungkin hasil pemakanan dan juga supplement milk booster yang saya ambil. Memang saya amat bergantung pada supplement tu.

Demam bengkak susu memang saya akan hadapinya dalam s\dua kali sebulan. Kalau orang tua kata masa dalam pantang je kena bengkak susu. Tapi tidak bagi saya. Tiap bulan saya akan mengadap sakit tu. Nak kata tak pam, pam lah juga di samping tuan puteri yang kuat nyonyot tu. Saya hanya pam bila saya rasa susu terlampau banyak. Sebab kalau saya pam, tuan puteri saya memang jarang2 atau tak kan hisap susu dari botol. Hal ni berlanjutanlah sampai umur tuan puteri 6 bulan. Demam bengkak susu dah jadi alah bisa tegal biasa bagi saya.

Tetapi tidak masa umur tuan puteri 6 bulan. Seingat saya masa tu, dia nak susu tengah malam tu. Sebelum tido dia dah nyonyot yang sebelah kanan. Jadi waktu dia terjaga malam tu, saya suakan yang kiri. Dia tak nak. OK lah. malas nak argue walhal saya tau yang kiri dah banyak susu masa tu. Saya pun layankan aje dia nak yang kanan. Nak masuk jam 5am, dai terjaga lagi. Pun nak nyonyot yang kanan juga. Sebelum saya sambung tido, saya dah persan, nenen kiri makin mengeras mungkin sebab banyak susu. Sebab dah mengantuk punya pasal. Saya malas nak pam di hening subuh tu.

Dalam pukul 7am saya terjaga. Memang dah rasa sakit pada nenen kiri. Bagi saya, sakit bengkak susu yang biasa lah ni. Saya buat tak endah. Maklumlah dah biasa sangat sakit tu. Yang saya buat, tuam dengan tuala panas2 suam. Lepas tuam saya pam. Dan masa tu la dia punya sakit nak pam ditambah pulak langsung tak de susu yang keluar. Dah urut2 dengan sikat, pun tak ada yang keluar. Suakan pada tuan puteri suruh hisap, dia nyonyot dua tiga kali dia tak mau dah. Bermulalah episod bengkak susu yang paling sakit yang pernah saya alami setelah 6 bulan melahirkan tuan puteri. Masa tu 31 December 2014.

Sepanjang hari tu saya tak berputus asa. Sakit badan, nak bergerak pun sakit. Dengan tuan puteri langsung tak nak palingkan muka dia pada posisi dada sebelah kiri saya. Minta tolong dedi nyonyot. Memang katanya tak ada apa yang keluar. Saya sapu dengan tuala suam pada nipple kot tersumbat. Apa pun tak berkesan. Seharian menahan sakit. Malam tu saya tak boleh tido. Sakit yang teramat sampai menangis2 depan suami dan anak2. Saya ke klinik berdekatan. Doktor kata mungkin infection so dia bagi antibiotik dan sedas jarum cucuk kat montot untuk tahan sakit. Saya melalui malam tahun baru dengan sakit dan berat sebab besar sebelah. ngeh ngeh...

Nak kata berkesan ubat yang doktor bagi masa tak juga. Ubat tu untuk tahan sakit aje. Saya hanya bertahan untuk beberapa jam. Bila hilang kesan ubat tu, saya makan lagi ubat tu. Oh yee... Doktor kata ubat tahan sakit tu selamat untuk baby. Jangan kondem saya. Saya hanya ikut saranan doktor. Saya masih mencuba untuk pam. OK laa. Ada juga susu yang keluar. Tapi hanya dasar botol sahaja kuantitinya. Susu banyak tapi tak nak keluar. Jadi saya pam banyak2 kali. Dan saya meminta tolong pakcik google apakah saranan nya kalau susu tersumbat.

Macam2 cara saya buat. Letak kunyit yang ditumbuk. Letak daun pegaga dengan kapur. Malah letak seluar dalam suami pun saya buat. Susu tetap tak nak keluar. Sekali lagi saya ke klinik pada hari ketiga sakit itu. Dah tiga hari. Just imagine macamana rupanya. Dengan bengkak dan merening. Sentuh pun dah sakit.

Hari keempat. Atas nasihat pakcik google dan kawan2 whatsapp. Saya pergi berurut kat bidan. Alhamdulillah. Dia berjaya membuka semula semua yang tersumbat. Tapi sakitnya, Allah je yang tau. Saya tengok susu yang keluar tu pun pekat lain macam. Tapi bidan kata, pantang nya jangan pam. Mungkin susu merajuk awak selalu pam tapi baby tak minum pastu awak buang pulak. Ni bagi baby minum. Ermmm... Bukan saya sesuka buang. Saya pam2 tapi baby tak nak minum, kena lah buang. OK la... OK la... Balik ni saya suruh baby minum. Dah suakan kat tuan puteri. Dia nyonyot dalam 3 4 kali, dia luahkan balik susu tu. Bagi yang kanan. Agak2 dia belum kenyang saya try lagi, pun sama. Dia luahkan semual susu tu. Saya tepon bidan tu. Baby tak mau minum. Saya pam je la. JANGAN!!! Kata bidan. Paksa juga hisap. Jangan pam.

Aduiii... Dah masuk hari kelima. Saya langgar nasihat bidan. Sememangnya tuan puteri tak boleh terima susu tu. Saya pam. OMG... Sekali lagi susu dah tak keluar. Saya melalui frasa sakit bengkak susu yang agak lama kali ni. Seharian terbungkang kat katil menahan sakit. Malah ubat tahn sakit pun saya skip memikirkan tak kan banyak hari nak telan ubat tu. Kang rosak pulak organ dalaman saya(ni cerita pakcik google la ni).

Dan pada malam itu, saya tidak lagi ke klinik. Lepas review mereka2 yang pernah kena demam bengkak susu dan pembacaan saya ada yang sampai kena operate. Saya terus shoot ke Hospital Kajang. Senang sikit dekat dengan rumah. Memang saya dah bagitau encik suami. Mungkin admitted. Lepas tunggu 4 jam. Kompem saya kena masuk ward sebab sel darah putih tinggi dan ada infection. Rasa lega sebab saya rasa sakit saya akhirnya ada penyelesaian. Dan saya hanya membayangkan pembedahan. Macam mana cara bedah saya tak tau. Tapi masa kat katil wad. Nangis pulak. First time tak tido bersama tuan puteri. Bila tanya encik suami. Macam mana dia menyusu. Dia nangis2 tak nak botol. Hisap sikit then nangis sampai tetido.

Pagi esoknya. Saya minta permission doktor, nurse dan security. Saya kene susukan baby. Saya tau dia kelaparan. Alhamdulillah saya dapat kerjasama yang baik dari semua. Tuan puteri boleh masuk jumpa saya. Selama beberap hari saya kat wad masa tu. Saya bergantung pada antibiotik dan pain killer. Menunggu juga. Dah nak masuk 4 hari macam berholiday je kat wad ni. Sampai la hari ke empat kat wad. malam tu doktor cucuk nenen dengan jarum macam nak amek darah. Nampak mende putih pekat. So, susu saya dah bertukar jadi nanah. Esok proceed untuk operate katanya.

Esok hari, pakar datang. Dia nasihatkan bukan operate. Tapi buat macam malam tadi. Saya kena scan kat mana kedudukan nanah yang dah masak dan banyak. Bila scan, kedudukan nanah betul2 belakang aerola/nipple. Saya sangkakan kene bius ke nak keluarkan nanah tu. Dia buat hidup2 oiii. 10ml nanah dia bawa keluar. Cucuk betul2 tepi nipple kita. Pakar tadi nasihatkan saya terus pam tiap dua jam.

Tiap Kali pam, saya tengok ada nanah campur darah. Even kadang2 ada ketulan darah yang keluar. Sakit 9 hari saya akhirnya temui penyelesaian. Dua hari kemudian, kena scan lagi, kat mana lagi ada nanah. Pun kena buat yang sama macam mula2 hari tu. Saya duduk wad 9 hari. Rawatan susulan seminggu kemudian. Tiap minggu scan untuk cek ada lagi tak nanah. Masa kat rumah pun saya teruskan dengan pam sampai tak ada yang keluar.

Sekarang. Breast kiri saya dah tak ada susu. Tapi production susu kat kanan tak penah stop. Malah cukup untuk tuan puteri. Selama kat wad, tuan puteri saya dah boleh hisap botol. Malah hisap formula pula. maklumlah. Encik suami yang jaga. Mungkin tak boleh handle baby nangis nak susu, nak panaskan susu beku lagi. Tapi saya redha dan berpuas hati kerana dapat berikan susu ibu sepenuhnya untuk dia selama 6 bulan.

Huiiii... Panjang betul karangan saya kali ini. Tapi nampak macam tak menarik sebab tak ada gambar pulak kan. Terima kasih pada keluarga yang datang melawat. Abah yang datang dari Kuantan nangis2. Adik beradik dan saudara mara yang datang dari jauh. Kawan2 yang bawa buah tangan. Yang tak dapat datang tapi sentiasa mesej dan whatsapp untuk tau perkembangan semasa saya. Yang jauh sampai Pakistan, Qatar, Macau, Kuching, Madinah. Semuanya terpahat dalam hati saya. Moga Allah memberkati kalian semua. Senang hati dan gembira rasanya bila saya dihargai sebegitu.

4 comments:

  1. Kena mastitis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori lambat reply. aah. doc kata puting tersumbat ps awalnya.

      Delete
  2. Akak..Sy mcm Akak jugakk..skrg kt hospital.. td dh buat ultrasound Dan doctor dh try guna jarum tu Utk sedut keluar, tapi xdapat.. 3x cuba.. breast ni perlu ke kita massage ye bg lembit sikit msa dlm wad ke mcmna,?

    ReplyDelete