Tuesday, May 24, 2016

My Kind of Fashion

Assalamualaikum...

Dah kenapa entri saya lately ni nak cakap pasal baju a.k.a pesyen. Macamlah diri tu Vivy Yusof. Kalau Vivy tu nak cakap pasal pesyen tak la juga. Ngengada sangat. Tapi nak berserita juga la sementara tuan puteri saya tengah tido. Few days ni dia tak sihat. Asik batuk. Kesian sangat kalau tengok batuk2 masa tengah tido. Get well soon my baby.

Bila saya cakap kat arjuna saya si abang Kimi, hanger kecik mami dah abis. Semua dah guna. Tak ada yang kosong. Mami buat apa hanger banyak2. Mami sangkut tudung. Almari mami pun dah penuh dengan jubah and tunic. Ermmm... Mami kena beli almari lagi la. Kat sebelah almari mami tu kan ada space lagi. 

Yang beli yang murah rege RM10. Yang banyak2 orang bagi tak pun menang contest instagram.

Back to serious thing. Saya bukanlah pakar dalam agama. Laluan hidup pun pernah terpesong satu ketika dulu. Tapi bila umur dah menginjak ke usia tua ni, banyak mengajar saya untuk pelajari dari kesilapan dulu. Baik dari tutur kata atau pun pemakaian. Suka juga saya dengar kata2 dari kawan2 saya. Kau ni dah macam makcik2 je aku tengok. Kata pencinta feshion muslimah. Tapi asik berjubah, baju besar, tudung kemain lebar. Alim betul ko ni.... You ni asik berbutik Bella Ammara laaa, Minaz la... Leeyana Rahman laaa... Kat pasar malam pun ada jual jubah laa kalau you nak berjubah sangat. Bazir2 duit masuk butik tapi beli jubah juga. Saya tak meletakkan diri saya sebagai orang alim. Saya pun kadang2 ting tong macam orang lain. Nak happy juga... Nak enjoy juga. Cuma yang boleh saya katakan kepada mereka, I ada husband. I kena juga jaga air muka my husband. And one more thing, I tak minta you belanja jubah untuk I.

Bagi saya, secantik mana pun, semahal atau semurah mana pun sesuatu fesyen muslimah itu, tidak ada larangan pun untuk umat Islam melakukan sesuatu kehendak mereka selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran yang ditetapkan. Termasuklah dalam hal pemilihan pakaian mengikut trend terkini atau citarasa sendiri. Namun, berfesyen berkonsepkan Islam mempunyai cara, gaya, panduan dan adab yang perli dipatuhi. Asalkan indah dan mudah diikuti. Yang penting, apa yang saya suka pakai, menutup aurat berdasarkan had yang ditetapkan, sopan serta tidak mengundang fitnah kepada saya.



Baju labuh macam makcik2 kata mereka

Janganlah pula kita salah anggap. Apa yang perlu difahami islah Islam tidak menetapkan bentuk atau warna yang perlu dipakai sama ada untuk beribadah atau beriadah. Agama kita hanya menetapkan bahawa pakaian yang sesuai bagi seseorang muslimah mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak Muslim yang kita bawa. Pada pandangan peribadi saya, tak payah merumitkan perkara yang mudah, mengharamkan yang halal atau sebaliknya. Yang penting, pepandailah kita berpakain atau berfesyen agar tidak melampaui batas. Jadi tak perlulah dipertikaikan cara dan gaya saya.

Rasa serius pula penulisan saya kali ini. Hingga jumpa lagi next entri. Tahnks for reading. XOXO.

No comments:

Post a Comment